YAKIN BOLEH

Percaya akan keupayaan lagu untuk memotivasikan diri? Perlu percaya walaupun bukan semua lagu dapat bertindak sebagai mangkin dalam memotivasikan diri.


Motivasi diri perlu ada dalam diri? Ya perlu ada dan mustahak dalam apa jua pekerjaan yang kita kerjakan tidak kira belajar, bersukan, bekerja atau apa sekalipun.


Seperti ramai orang berkata "Motivasi bergantung pada diri sendiri kerana tiada siapa yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri". Betul, tepat 100%. Tapi jangan lupa, faktor luaran perlu diambil kira dan tidak boleh dinafikan begitu saja . Contohnya : Orang sekeliling, faktor persekitaran dan sumber motivasi. Salah satu sumber yang boleh dibincang sebagai sumber motivasi adalah lagu.


Kenapa lagu? Kerana lagu dapat membantu meningkatkan kemahiran merangsang deria. Deria yang dirangsang sudah tentu telinga iaitu melalui pendengaran. Mendengar adalah salah satu kemahiran penting kerana dengan mendengar kita dapat menyerap lebih banyak perkataan. Menurut teori, dalam proses mendengar, otak manusia mampu memproses kira-kira 800 perkataan seminit. 90% komunikasi berlaku melalui pertuturan manakala 20% daripada apa yang kita dengar mampu untuk kita fahami.


Apa kaitan dengan lagu?

90% komunikasi berlaku melalui pertuturan? Mungkin kerana lagu adalah seni pertuturan yang diiringi irama dan muzik.

20% daripada apa yang kita dengar mampu untuk kita fahami? Mungkin 20% daripada lagu-lagu yang tercipta di atas muka bumi ini mampu untuk kita dengar, faham dan jadikan motivasi diri. Ada tapi bukan semua.


Jadi, tidak salah rasanya kalau ada yang mengatakan lagu pun dapat memotivasikan diri. Pendapat peribadi, lagu Fikirkan Boleh adalah salah satu sumber kekuatan utama dalam memotivasikan diri. Setuju atau tidak? Walaupun sejak di bangku sekolah rendah lagi didendangkan dengan lagu ni, tapi sama sekali tak pernah rasa bosan bila dengar. Kadang-kadang, bila dengar boleh plak rasa bersemangat dan menjadi lebih optimis dan positif!


Apapun, jom layan lagu ni! Ambil semangat sikit, kasik burst out sikit semangat dalam diri. Yeah! Klik link di bawah jom layan sat lagu nih. Berkobar-kobar, don't hot-hot shit chicken maa. Fikirkan boleh sokmo



Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Apa yang dapat diambil sebagai intipati lagu nih lebih kurang macam ni la:

Kalau kau fikir ragu-ragu akan jadi tak menentu
Kalau kau fikir kau boleh, kau boleh melakukan
Kalau kau fikir kekalahan, kau akan temui kegagalan
Kalau kau fikir kemenangan, kau akan temui kejayaan
Apa yang penting, PERCAYA, TABAH dan BERTINDAK atas kemampuan
Nescaya KEJAYAAN milik kita bersama!


Lagu ni aku dapat gambarkan macam seseorang yang tengah menasihatkan orang lain yang dalam keraguan dan kurang keyakinan diri. Dan mungkin sesuai dan cocok untuk aku pada ketika ini dan mana-mana yang dalam situasi yang sama. Biasa la, awal-awal semester. Otak masih beku, tak nampak flow perjalanan macam mana dan paling penting tak kenal lagi subjek-subjek sama ada MAJOR atau MINOR yang diambil. Ditambah plak dengan Final Year Design Project (FYDP) untuk Process Plant Design (PDP) dan lain-lain subjek yang agak baru dalam kamus hidup. So, relax, take time, and enjoy with the new environment! Chaiyok.


Maka diisytiharkan lagu ni : Fikirkan Boleh! menjadi lagu tema untuk semester baru,LOL.



Bukan apa, orang kata daya upaya minda dapat ditingkatkan dengan beberapa cara. Antaranya:
  • Tulis didalam diari atau buku catatan perkara yang positif dan baik setiap hari. (taip dalam blog pun boleh kan? Ni ye la kot, salah satu usaha,haha)
  • Memiliki motivasi diri yang tinggi. (tengah cari la ni, tu dengar lagu nih)
  • Memfokuskan fikiran. (F.O.K.U.S, yes,try to go for it)
  • Sentiasa berdoa selepas berusaha. (insyaAllah, akan amalkan sentiasa)
  • Membaca buku-buku yang berfaedah. (tak suka baca buku, suka baca blog. Tapi banyak jugak blog yang berfaedah, jangan bimbang tak sesat)
  • Sentiasa mengajak, merangsang orang lain untuk menjadi hebat. (cuba lakukan, cuba selagi mampu untuk menolong dan diperlukan)
  • Berkawan rapat dengan orang yang positif lebih dari yang negatif. (electrostatic discharge?)
  • Memerhatikan keindahan ciptaan Allah S.W.T. (sekecil-kecil ciptaannya, tak mampu ditandingi oleh kehebatan manusia, subhanallah. Refer lagu dikir barat : Anak Tupai)

"Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it."
Greg Anderson


Post a Comment

24 Comments

  1. CARA2 tu memang tepat.
    tapi selalu gagal...

    ReplyDelete
  2. setuju benar, lagu sangat berperanan utk memotivasikan diri.Tapi, sesetngah lagu akan melalaikan

    ReplyDelete
  3. lama tak dgr lagu tu.
    lagu faizal tahir-gemuruh, ella-standing in the eyes pon best gak...byk ja lagu2 beri semangat...
    insyaAllah by maher zain, sangat touching.

    ReplyDelete
  4. yes yes yes, yes I CAN!
    adik abby suka nyanyi lagu fikirkan boleh.
    yakin diri dan positif minda pasti membuahkan hasil yang tak kurang positif. insyallah.

    ReplyDelete
  5. suke lagu tu......nyanyi ngan bersemangat hehe

    ReplyDelete
  6. font x sekata hehe..
    xpe kn k komen gini??haha

    ReplyDelete
  7. blog-tips-kurus:
    dimana ada kemahuan di situ ada jalan kan?
    seribu cara sekalipun, kalau tak berusaha takkan dapat kot
    tu kdg2 rasa demotivate

    ReplyDelete
  8. shameel Iskandar:
    yg lalai tu yg syok,haha
    yg jiwang-jiwang tu yang layan
    kawe pun gitu gak, adoi

    ReplyDelete
  9. amirah:
    yup, gemuruh pun agak best
    standing in the eyes dh post kat blog taun lepas
    all maher zain songs sedap didengar

    ReplyDelete
  10. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    ye lah, lagu ni kan ada dalam teks book skolah rendah
    kadang-kadang, keyakinan dalam diri tu yg banyak membantu sebenarnya

    ReplyDelete
  11. Cik Cammy Lia:
    nyanyi dengan kuat? haha
    buat ringtone sekali ye

    ReplyDelete
  12. Hazwan Arif:
    malas nak edit, haha
    lirik lagu tu copypaste je

    setiap komen diterima dengan hati terbuka

    ReplyDelete
  13. bagus2..semangat tu penting..usaha jangan lupa... semoga berjaya.. adus badan sakit la...

    ReplyDelete
  14. saye sgt suke lagu tuu!! sgt best! lamenye x dgr.. dah 3thn++ dah
    :'(

    ReplyDelete
  15. Shahazrin:
    insyaAllah, semoga dgn semangat yg cukup dan usaha berterusan kita akan berjaya amin

    sakit lengan gak nih main badminton,haha

    ReplyDelete
  16. Pena, terima kasih mengomen ditempat makcik.

    Apa yang pena tulis tu betul. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Nak gapai sesuatu kena fikirkan boleh.

    ReplyDelete
  17. Zaza:
    boleh la dengar, klik je kat link tuh
    nyanyi kuat-kuat biar smua omputeh kat sana dengar,haha

    ReplyDelete
  18. Cik Ina minat Do do Cheng:
    tertarik dengan kisah hidup makcik
    bukan semua org hadapi apa yg makcik lalui
    kagum dengan ketabahan dan kecekalan yg dimiliki

    yup, tgh kumpul keyakinan diri
    harap-harap semua akan berjalan lancar

    ReplyDelete
  19. bile nyanyi, rase bersemngat je kan..

    ReplyDelete
  20. niesz:
    Dengar pun dah semangat, nyanyi lg la kot,haha

    ReplyDelete
  21. nice sharing..
    lagu mmg boleh bantu tingkatkan motivasi, kesedaran dan dakwah.. :)
    keyakinan boleh dibina dengan berpikiran positif

    ReplyDelete
  22. gnesop.com:
    thanks bro sop
    yang penting kita ambil sisi-sisi positif yg ada dari apa yg kita lihat dan dengar

    ReplyDelete
  23. aku paling suka lagu fikirkan boleh, senyum seindah suria dengan inilah barisan kita... penciptaan lagu tu mmg bagi kesan pada diri aku....

    ReplyDelete
  24. Zulfikar Hazri:
    baguslah kalau ada lagu yg didengar dan memberi kesan
    bukan sekadar berhibur kan

    ReplyDelete