Pernah dengar pepatah ni : Rumah dah siap, pahat masih berbunyi? Pastinya semua pernah dengar dan belajar dalam subjek teras Bahasa Malaysia sejak dari bangku sekolah lagi. Persoalannya, apakah maksud sebenar yang cuba disampaikan? Search kat google ataupun refer kat link ini -> Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. (wajib baca)
Sudah jelas dengan maksudnya? Sudah faham dengan definisinya? Jom bagi contoh situasi untuk menghubungkaitkan pepatah melayu ini dengan keadaan semasa.
Rasanya, inilah pepatah melayu yang paling tepat dan sesuai dengan keadaan sekarang. Kalau dulu, dunia blog kecoh dengan isu-isu bola sepak Piala AFF Suzuki, tapi kini selera orang ramai berubah serta-merta dan terarah kepada Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku dan lebih tepat lagi pasal Anugerah Juara Lagu (AJL 2010).
Apa yang dapat dirumuskan di sini ada dua perkara
Tapi persoalannya sejak bila bermula dan sampai bila akan bertahan? Time skuad Harimau Malaya dibelasah teruk dulu, memang kaw-kaw punya kena kutuk. Time skuad Harimau Malaya menjulang piala, masing-masing ditiup angin ibarat lalang, semua kembali memberi sokongan padu. Cuba bayangkan, di mana penyokong ini semua andai suatu hari nanti skuad Harimau Malaya kurang menyerlah. Adakah masih menyokong dan gah bersama ataupun balik kepada bentuk asal dan berpaling tadah. Dalam erti kata lain mengutuk? Tepuk dada tanya selera. Tepuk kepala, galilah dengan akal!
Bukan setakat itu, pelbagai isu ditimbulkan. Dari aspek juri sehinggalah pemegang gelaran juara lagu. Kebanyakan daripadanya membangkang keputusan dan memperli juara. Apakah ini semua? Paling tepat, inilah situasi yang sebenar yang dapat menggambarkan rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Tapi tak sama dengan kes 1 tadi, bunyi pahat kali ni agak membingitkan telinga yang mendegar dan memenatkan mata yang membaca.
Jom la layan lagu yang telah diiktiraf sebgai juara lagu AJL 25. Best ke? Layan je lah dulu
Nasib baik ada AJL 25, ada jugak peluang untuk aku bukak telinga dengar lagu ni dan bukak mata untuk baca liriknya.
SUMBER -> Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)
09/06/12 NOTA: Menulis puisi dan lirik itu satu disiplin yang berbeza. Kadangkala melodi diutamakan untuk memberi rentak pada penceritaan dalam mana-mana lagu. Ada juga masa lirik membawakan ritma yang menentukan corak melodi. Puisi lebih bebas dan tak tertakluk pada mana-mana ukuran.
Dalam proses penulisan lagu, saya lebih biasa dengan melodi dulu sebelum lirik. Dalam kes ini, saya sudah tahu apa yang saya cuba sampaikan jadi liriknya mudah dicapai dari apa yang saya pernah kupas.
Seperti yang awak boleh lihat, walaupun ceritanya sama (perkataan yang digunakan pun sama), terdapat kelainan dari segi susunan dan fokus masing-masing. Puisi barangkali lebih kepada memujuk supaya jangan bergaduh dan berpisah, manakala lagu/liriknya adalah peringatan untuk tidak bergaduh dan berpisah. Haha.. Saya hanya menulis, bukan menghurai. ;p
Kesimpulannya, saya lebih selesa berlagu dari berpuisi. Tapi, setelah mengupas subjek ini di dalam puisi, macam lagi senang lah pulak untuk menulis lirik. Mungkin saya akan cuba cara ini lagi. ;)
Kata-kata yang dipetik daripada blog Ana Raffali. Jelas, beliau menghasilkan lagu kerana minat dan bukannya untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 2010. Penulisan puisi, diikuti irama dan muzik membuahkan seni lagu yang unik dan penuh kontroversi setelah dinobatkan sebagai juara. Tapi lirik lagu ni agak puitis dan menarik
Antara baris ayat yang paling mendalam maksudnya adalah seperti berikut:
Maksudhnya apa?
Maksudnya penyeluk masa tak dapat apa-apa. Memang sesuai ditujukan kepada kita semua. So, aku pun malas nak menyeluk saku masa aku sendiri tentang isu ini. Tapi dah terbabas taip entri ni,aiyoo. Just to give my point of view. Padahal lebih baik pi makan maggi tomyam satu bungkus, telur rebus 2 biji, milo ais secawan. Kenyang jugak perut. So stop protest/complaining kerana tak mungkin akan ada juara baru AJL 25. Kutukan/pujian pun tak mungkin dapat menjana pendapatan hasil sumbangan wang yang dimenangi Ana Raffali,hak3. Sia-sia saja.
Jawapan daripada pihak berkenaan : HARIAN METRO
Sebab ramai tengah kecoh-kecoh pasal Ana Raffali, tak pasal-pasal aku try Google tadi. Bukan apa, kalau semua duk kecoh pasal sesuatu isu, aku suka baca, intai, dan fikir. Herm, ada yang baik, ada yang buruk. Nak tau gak kenapa ramai orang tak suka dia. Ke tak suka lagu dia? Konpius,haha
Hasilnya, jumpa la blog dia nih http://ana46.blogspot.com/
Best jugak rupanya lagu-lagu Ana Raffali. Nasib baik ada AJL, baru kenal,haha.
SENARAI LAGU AJL 25
Sudah jelas dengan maksudnya? Sudah faham dengan definisinya? Jom bagi contoh situasi untuk menghubungkaitkan pepatah melayu ini dengan keadaan semasa.
Rasanya, inilah pepatah melayu yang paling tepat dan sesuai dengan keadaan sekarang. Kalau dulu, dunia blog kecoh dengan isu-isu bola sepak Piala AFF Suzuki, tapi kini selera orang ramai berubah serta-merta dan terarah kepada Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku dan lebih tepat lagi pasal Anugerah Juara Lagu (AJL 2010).
Apa yang dapat dirumuskan di sini ada dua perkara
1) Isu bola sepak
Malaysia Mantap! Malaysia Hebat! Juara Piala AFF Suzuki! Sana-sini penuh orang berbicara. Orang yang tak minat bola sepak pun tiba-tiba jadi minat bola. Itu bagus! Langsung tak salah. Masing-masing bagi sokongan padu. Puji sana, puji sini. Kalau senario macam ni, memang ok. Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Ini tak mengapa kerana bunyi yang dihasilkan itu lemak merdu dan sesuai dijadikan halwa telinga. Kongsi kegembiraan bersama!Tapi persoalannya sejak bila bermula dan sampai bila akan bertahan? Time skuad Harimau Malaya dibelasah teruk dulu, memang kaw-kaw punya kena kutuk. Time skuad Harimau Malaya menjulang piala, masing-masing ditiup angin ibarat lalang, semua kembali memberi sokongan padu. Cuba bayangkan, di mana penyokong ini semua andai suatu hari nanti skuad Harimau Malaya kurang menyerlah. Adakah masih menyokong dan gah bersama ataupun balik kepada bentuk asal dan berpaling tadah. Dalam erti kata lain mengutuk? Tepuk dada tanya selera. Tepuk kepala, galilah dengan akal!
2)Anugerah Juara Lagu
14 lagu-lagu terbaik tanah air 2010 berentap di pentas paling berprestij. Hari-hari dengar radio dan lagu-lagu di mp3, inilah saatnya lagu-lagu terbaik sepanjang tahun dipilih dan dinobatkan sebagai juara lagu. Tapi kali ini agak berbeza, AJL 25 menimbulkan sedikit kontroversi. Pertama kali juara untuk AJL diboooo dan tindakan protes penonton membaling kerusi tersebar di sana sini. Di mana silapnya? Bukan setakat itu, pelbagai isu ditimbulkan. Dari aspek juri sehinggalah pemegang gelaran juara lagu. Kebanyakan daripadanya membangkang keputusan dan memperli juara. Apakah ini semua? Paling tepat, inilah situasi yang sebenar yang dapat menggambarkan rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Tapi tak sama dengan kes 1 tadi, bunyi pahat kali ni agak membingitkan telinga yang mendegar dan memenatkan mata yang membaca.
Lepas ni, agak-agak isu apa plak?
Konklusi, orang kita kalau puji, herm memang tinggi melangit ke atas langit
Tapi, kalau bab mengutuk, memang kaw-kaw kutuk dalam hingga menjunam ke perut bumi
Ok, titik
Jom la layan lagu yang telah diiktiraf sebgai juara lagu AJL 25. Best ke? Layan je lah dulu
Nasib baik ada AJL 25, ada jugak peluang untuk aku bukak telinga dengar lagu ni dan bukak mata untuk baca liriknya.
Tolong Ingatkan Aku
Lagu dan lirik oleh Ana Raffali
Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi
tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari
tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu
bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu
tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
tolong ingatkan aku
kisah kita
Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi
tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari
tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu
bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu
tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
tolong ingatkan aku
kisah kita
SUMBER -> Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)
09/06/12 NOTA: Menulis puisi dan lirik itu satu disiplin yang berbeza. Kadangkala melodi diutamakan untuk memberi rentak pada penceritaan dalam mana-mana lagu. Ada juga masa lirik membawakan ritma yang menentukan corak melodi. Puisi lebih bebas dan tak tertakluk pada mana-mana ukuran.
Dalam proses penulisan lagu, saya lebih biasa dengan melodi dulu sebelum lirik. Dalam kes ini, saya sudah tahu apa yang saya cuba sampaikan jadi liriknya mudah dicapai dari apa yang saya pernah kupas.
Seperti yang awak boleh lihat, walaupun ceritanya sama (perkataan yang digunakan pun sama), terdapat kelainan dari segi susunan dan fokus masing-masing. Puisi barangkali lebih kepada memujuk supaya jangan bergaduh dan berpisah, manakala lagu/liriknya adalah peringatan untuk tidak bergaduh dan berpisah. Haha.. Saya hanya menulis, bukan menghurai. ;p
Kesimpulannya, saya lebih selesa berlagu dari berpuisi. Tapi, setelah mengupas subjek ini di dalam puisi, macam lagi senang lah pulak untuk menulis lirik. Mungkin saya akan cuba cara ini lagi. ;)
Kata-kata yang dipetik daripada blog Ana Raffali. Jelas, beliau menghasilkan lagu kerana minat dan bukannya untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 2010. Penulisan puisi, diikuti irama dan muzik membuahkan seni lagu yang unik dan penuh kontroversi setelah dinobatkan sebagai juara. Tapi lirik lagu ni agak puitis dan menarik
Antara baris ayat yang paling mendalam maksudnya adalah seperti berikut:
"saku penyeluk masa" - dalam saku ada duit, penyeluk saku ambil duit dalam saku, duit masuk dalam saku penyeluk saku. penyeluk masa ambil apa, apa masuk dalam saku penyeluk masa? ;)
Maksudhnya apa?
Maksudnya penyeluk masa tak dapat apa-apa. Memang sesuai ditujukan kepada kita semua. So, aku pun malas nak menyeluk saku masa aku sendiri tentang isu ini. Tapi dah terbabas taip entri ni,aiyoo. Just to give my point of view. Padahal lebih baik pi makan maggi tomyam satu bungkus, telur rebus 2 biji, milo ais secawan. Kenyang jugak perut. So stop protest/complaining kerana tak mungkin akan ada juara baru AJL 25. Kutukan/pujian pun tak mungkin dapat menjana pendapatan hasil sumbangan wang yang dimenangi Ana Raffali,hak3. Sia-sia saja.
Jawapan daripada pihak berkenaan : HARIAN METRO
Sebab ramai tengah kecoh-kecoh pasal Ana Raffali, tak pasal-pasal aku try Google tadi. Bukan apa, kalau semua duk kecoh pasal sesuatu isu, aku suka baca, intai, dan fikir. Herm, ada yang baik, ada yang buruk. Nak tau gak kenapa ramai orang tak suka dia. Ke tak suka lagu dia? Konpius,haha
Hasilnya, jumpa la blog dia nih http://ana46.blogspot.com/
Best jugak rupanya lagu-lagu Ana Raffali. Nasib baik ada AJL, baru kenal,haha.
SENARAI LAGU AJL 25
Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
Pelita – A.P.I / Loque / Loque
Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
KOMPILASI AJL
Nukilan : penaberkala
Usah hanyut dibuai mimpi dan janji yang tidak pasti
Walaupun si jejaka sudah berjanji sumpah setia, itu mungkin kehebatan Drama King
Walaupun si gadis cantik lagi manis setanding Sofea Jean, itu mungkin hanya luaran semata
Bilamana nokhtah cinta memancarkan sinarnya
Tidak mungkin akan ada kebahagiaan dalam perpisahan
Ku ada kamu itu tidak cukup hanya di bibir sahaja
Kerana Cinta sempurna itu harusnya tulus ikhlas hadir dari dalam jiwa
Kebahagiaan ibarat pelita hidup
Yang dapat bulatkan tekad untuk terus berlari mengejar penghujung kehidupan
Hidup perlulah bijak dalam mencari konklusi
Agar dapat kecapi keindahan hidup sebenar yang bukan sekadar ektravaganza
Jahat biar berpada, baik biar bertempat
Tolong ingatkan aku bila aku terleka dan terlalai
Selamat Malam!
end note : keputusan AJL25 memang unexpected. Apapun tahniah. Sudah mula suka dengan lagu TIA : Tolong Ingatkan Aku! Agak-agak bila plak nak ada Anugerah Juara Nasyid?
16 Comments
suka pepatah tu.. people mmg mudah excited dlm menggembar-gembur isu tanpa meneliti kan??
ReplyDeleteso, kita sebagai yg memahami, chill sjalah.. cuba andaikan diri kita di tempat org yg dicaci, dicela, dikutuk terbabit, sedangkan kita hanya melakukan apa yg kita diperharus lakukan...pasti agak sedih kan?
apapun, semoga kita semua mendapat kejayaan hakiki dalam apa jua bidang, yang baik diambil tauladan, yg buruk dijadikan sempadan:)
lumrah manusia mmg begitu...
ReplyDeletesis da lame tau pasal ana raffali tu...
smlm tgk dia buat show AJL live,first time dgr lagu tu..pehh! terus minat...n xsangke lak dah minat,terus menang lak..hehe ;p
pandai karang puisi guna tajuk2 lagu tuh.mmg org brjiwa sstera nih ;)
biarknlh pahat2 itu brbunyi...kputusan tetap telah dibuat....sy masih suke lagu Tolong Ingatkan Aku ;)
bising je.. biarla ana raffali ku menang.. haha
ReplyDeleteRasenye tiap2 tahun akan ada bunyi-bunyian pasal AJL. Bukan isu baru lagi.
ReplyDeletePerlu buka mata, buka minda dan buka hati untuk apa jua di sekeliling kita.
Manusia lebih senang untuk menempiaskan rungutan, kutukan dan apa jua yang negatif. Kenapa tidak pandang dari segi positif. Lebih optimis, lebih baik kan?
Kita perlu berubah. Berhijrah.
ana rafali dah menang kan.. tak sangka.. artis baru kot, lahir dari youtube kan tak silap? untunglah dia orang tu kan.. yang menang congrats.. saya ni entah bila lagi nak menang .. pandai main muzik jgk.. muzik ketuk pintu.. hehe
ReplyDeletewow speecesss aku bace entri ni.. nice entri bro..
ReplyDeleteorang Malaysia especially Melayu memang suka amalkan konsep pahat nih
ReplyDeleteaku pun pelik
bagi aku kalau tak suka biar sendiri2 tahu jer lah
ini siap create page benci dekat fb sudah
hahaha
ketawa jer kut aku
lepas nih tak tahu la isu apa plak
P/S : Antara Pukul, Jam, Minit Dan Waktu
:) :) :) terbaeekkk!!!!
ReplyDeletestress x dpt tgk anugerah juara lagu. GERAM..
ReplyDeletewah suka kolpilasi ajl penaberkala.hehe...alah kita2 mmg la mcm ni, lau xsuka bising aje, lau suka sokong bagai nak rak w/pon sebenarnya bnda tu xelok..
ReplyDeletelagi 1, kat fb mcm2 dh grop bantahan itu ini, topik perbincangan pulak yg xkan membawa kemana-mana.cakap2 kosong aje. sesaper yg xsuka ana rafali mng boleh la like pagi 'kami bantah ana rafali jadi juara ajl25'...hahahaha
org kita kalau puji memang tinggi melayang..kalau kutuk pun kaw2 punya..
ReplyDeletenice one...tak sangka boleh tersama idea
ReplyDeleteperkara macam ni entahla, memang akan berlaku dan terus berlaku.. selagi ada perkara yang tak puas hati tu, sampai bila pun org akan mengata..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete