People are like tea bags!
You have to put them in hot water before you know how strong they are
Teh boh : Sampai harini tak tau apa maksud BOH |
Teh lipton : Favourite time duk rumah sewa dulu |
Nak jadi teh apa? Serbuk teh yang timbang? Teh BOH? Teh uncang LIPTON? Green tea? Teh bing? Teh O Bing? Teh tarik? Sendiri mau tentukan babe.
Analogi cukup mudah, kita nak minum, kita yang pilih dan tentukan nak beli brand apa?
Kita nak minum, kita yang order nak minum yang mana?
Tuntas, semuanya terletak di tangan kita!
Tepuk dada tanya selera, Alah bisa tegal biasa!
Hidup bukan sekadar untuk menguji orang, perlu ingat!
Kita sendiri pun perlu diuji dengan hadirnya orang-orang di depan mata kita.
Walaupun sukar tapi itulah yang tersurat, nak tak nak perlu juga hadap.
Dalam setandan pisang, mustahil tak akan ada yang busuk sebiji kan? Mesti ada punya.
Cuma kita tak tahu apa kondisi dan sebab sebenarnya, sama ada ditebuk tupai, dibaham burung atau digigit beluncas.
Persoalannya sekarang, apa nak buat jika ada pisang yang busuk/ buruk itu dalam tandan yang sama?
Asingkan dari tandan dan biarkan dipatuk ayam dan itik?
Campakkan terus ke dalam hutan/ belukar?
Ataupun masih ada kah harapan untuk digunapakai untuk dibuat cekodok/ lepat pisang?
Itulah yang agak sukar sikit, tapi cukup mudah kalau kita fikir ia betul-betul pisang, main campak je.
Tapi cuba fikir dalam konteks manusia sejagat?
Apa yang penting "People are like tea bags! You have to put them in hot water before you know how strong they are."Apa pula kata anda?
END NOTE : Quote yang simple yet meaningful, dijumpai dalam library AMD sewaktu internship dari June 2010 - January 2011. Kebetulan, situasi yang dialami ketika itu memang cocok dengan apa yang dimaksudkan dalam quote itu. Hanya kawan-kawan sekapal layar saja yang akan faham di sebalik yang tersirat. Tapi, tak mustahil orang lain di luar sana pun pernah tempuhi dan alami situasi yang sama bukan? Hidup penuh cabaran dan dugaan. Itulah realiti dan hakikat.
Kehidupan tidak seindah apa yang kita sangka, tapi keindahan itu kita bisa cipta!
19 Comments
teh lipton mmg enak. tp best lagi teh sostro tepi jalan;) hehe
ReplyDeletenk oder teh komtar.
ReplyDeleteyg manis kita telan, yg pahit pon kita kena telan.itula kehidupan
cakap pasal analogi teh ni, aku teringat dulu cikgu Bio aku penah cakap (nasihat),
ReplyDelete'tanpa tekanan yang kuat, sebutir intan takkan terhasil'
mcm2 teh ada ape2pun aku ske lagi teh ais.. hehe
ReplyDeleteI love penaberkala.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
ReplyDeleteWebmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards
hidup ini mmg tak lepas dari dugaan, jadi kita kena relaxkan minda, marilah minum teh lipton utk menyegarkan minda..hehe
ReplyDeleteFIFIEY LYCHEE MARATION:
ReplyDeleteteh sostro? first time dengar nih
try lagi la tek pernah
amirah:
ReplyDeleteteh komtar pun ada ka?
yup, betul tuh
selagi boleh telan, telan la dengan hati yang terbuka
asal hilang dahaga
ain fathihah:
ReplyDeletefirst time tau quote ni
'tanpa tekanan yang kuat, sebutir intan takkan terhasil'
thanks for sharing
NICK IRFAN:
ReplyDeleteteh ais atau teh beng (kelantan)
sedap sungguh
LiFe KaMi:
ReplyDeletetiada dugaan, hidup tidak bermakna,haha
yeah, mai secawan
mendalam entry ko kali nih
ReplyDeleteaku suka
betullah tu
kita takkan tahu kehebatan seseorang itu jika tidak diuji
sama seperti uncang teh
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
hans:
ReplyDeletethanks bro
sebab quote ni amat mendalam maksudnya
haha, tp agak tersirat sikit
aku suka quote ni, pena berkala, boleh aku selitkan dalam pengajaran nanti,
ReplyDeletepadin:
ReplyDeletehaha, sila-sila
memang sesuai dalam keadaan apa sekalipun
we are like tea bag
bagus quote nih,,mendalam. tapi memang banyak quote yang bagus-bagus kan..seronok bacanya..
ReplyDeleteLatest Entri :
Pemakanan Punca Penyakit
eiela:
ReplyDeletequote sebenarnya cetusan ilham org2 yg telah hadapi situasi yg sama
so, maybe sesetengah quote secocok dgn hidup kita
sbb tu kot seronok baca
Betui sgt la ni. Haiz. Kdg2 nampak ok, tp rupenya tak.
ReplyDeleteA.D.A.M.:
ReplyDeleteaku sokong 100% kenyataan ko
yg kita tgk ok tp tak sebenarnya, tu yg KO
apepun, ambil pengajaran dari org2 yg kita jumpa kan