SETUJU ATAU TIDAK, TAPI INI MEMANG BETUL! ABSOLUTELY CORRECT!


People are like tea bags!
You have to put them in hot water before you know how strong they are

Teh boh : Sampai harini tak tau apa maksud BOH

Teh lipton : Favourite time duk rumah sewa dulu
Nak jadi teh apa? Serbuk teh yang timbang? Teh BOH? Teh uncang LIPTON? Green tea? Teh bing? Teh O Bing? Teh tarik? Sendiri mau tentukan babe.


Analogi cukup mudah, kita nak minum, kita yang pilih dan tentukan nak beli brand apa?
Kita nak minum, kita yang order nak minum yang mana?
Tuntas, semuanya terletak di tangan kita!
Tepuk dada tanya selera, Alah bisa tegal biasa!
Hidup bukan sekadar untuk menguji orang, perlu ingat!
Kita sendiri pun perlu diuji dengan hadirnya orang-orang di depan mata kita.
Walaupun sukar tapi itulah yang tersurat, nak tak nak perlu juga hadap.
Dalam setandan pisang, mustahil tak akan ada yang busuk sebiji kan? Mesti ada punya.
Cuma kita tak tahu apa kondisi dan sebab sebenarnya, sama ada ditebuk tupai, dibaham burung atau digigit beluncas.


Persoalannya sekarang, apa nak buat jika ada pisang yang busuk/ buruk itu dalam tandan yang sama?
Asingkan dari tandan dan biarkan dipatuk ayam dan itik?
Campakkan terus ke dalam hutan/ belukar?
Ataupun masih ada kah harapan untuk digunapakai untuk dibuat cekodok/ lepat pisang?
Itulah yang agak sukar sikit, tapi cukup mudah kalau kita fikir ia betul-betul pisang, main campak je.
Tapi cuba fikir dalam konteks manusia sejagat?
Apa yang penting "People are like tea bags! You have to put them in hot water before you know how strong they are."Apa pula kata anda?

END NOTE : Quote yang simple yet meaningful, dijumpai dalam library AMD sewaktu internship dari June 2010 - January 2011. Kebetulan, situasi yang dialami ketika itu memang cocok dengan apa yang dimaksudkan dalam quote itu. Hanya kawan-kawan sekapal layar saja yang akan faham di sebalik yang tersirat. Tapi, tak mustahil orang lain di luar sana pun pernah tempuhi dan alami situasi yang sama bukan? Hidup penuh cabaran dan dugaan. Itulah realiti dan hakikat.


Kehidupan tidak seindah apa yang kita sangka, tapi keindahan itu kita bisa cipta!

Post a Comment

19 Comments

  1. teh lipton mmg enak. tp best lagi teh sostro tepi jalan;) hehe

    ReplyDelete
  2. nk oder teh komtar.

    yg manis kita telan, yg pahit pon kita kena telan.itula kehidupan

    ReplyDelete
  3. cakap pasal analogi teh ni, aku teringat dulu cikgu Bio aku penah cakap (nasihat),

    'tanpa tekanan yang kuat, sebutir intan takkan terhasil'

    ReplyDelete
  4. mcm2 teh ada ape2pun aku ske lagi teh ais.. hehe

    ReplyDelete
  5. I love penaberkala.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
    Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
    Best regards

    ReplyDelete
  6. hidup ini mmg tak lepas dari dugaan, jadi kita kena relaxkan minda, marilah minum teh lipton utk menyegarkan minda..hehe

    ReplyDelete
  7. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    teh sostro? first time dengar nih
    try lagi la tek pernah

    ReplyDelete
  8. amirah:
    teh komtar pun ada ka?
    yup, betul tuh
    selagi boleh telan, telan la dengan hati yang terbuka
    asal hilang dahaga

    ReplyDelete
  9. ain fathihah:
    first time tau quote ni
    'tanpa tekanan yang kuat, sebutir intan takkan terhasil'
    thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. NICK IRFAN:
    teh ais atau teh beng (kelantan)
    sedap sungguh

    ReplyDelete
  11. LiFe KaMi:
    tiada dugaan, hidup tidak bermakna,haha
    yeah, mai secawan

    ReplyDelete
  12. mendalam entry ko kali nih
    aku suka
    betullah tu
    kita takkan tahu kehebatan seseorang itu jika tidak diuji
    sama seperti uncang teh

    Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

    ReplyDelete
  13. hans:
    thanks bro
    sebab quote ni amat mendalam maksudnya
    haha, tp agak tersirat sikit

    ReplyDelete
  14. aku suka quote ni, pena berkala, boleh aku selitkan dalam pengajaran nanti,

    ReplyDelete
  15. padin:
    haha, sila-sila
    memang sesuai dalam keadaan apa sekalipun
    we are like tea bag

    ReplyDelete
  16. bagus quote nih,,mendalam. tapi memang banyak quote yang bagus-bagus kan..seronok bacanya..

    Latest Entri :
    Pemakanan Punca Penyakit

    ReplyDelete
  17. eiela:
    quote sebenarnya cetusan ilham org2 yg telah hadapi situasi yg sama
    so, maybe sesetengah quote secocok dgn hidup kita
    sbb tu kot seronok baca

    ReplyDelete
  18. Betui sgt la ni. Haiz. Kdg2 nampak ok, tp rupenya tak.

    ReplyDelete
  19. A.D.A.M.:
    aku sokong 100% kenyataan ko
    yg kita tgk ok tp tak sebenarnya, tu yg KO
    apepun, ambil pengajaran dari org2 yg kita jumpa kan

    ReplyDelete