Teluk Duyung atau lebih dikenali sebagai Monkey Beach adalah satu lokasi pelancongan yang agak menarik untuk dilawati di Pulau Pinang. Aktiviti riadah seperti tracking : Dari Taman Negara Pulau Pinang ke Teluk Duyung / Monkey Beach ataupun hiking : Dari Teluk Duyung / Monkey Beach ke Muka Head (rumah api) adalah antara 2 aktiviti utama di sana.
Aktiviti tepi pantai seperti banana boat, jetski ataupun tapak untuk BBQ juga disediakan untuk pengunjung. Paling menarik, lawatan ke sana akan ditemani monyet-monyet cute yang pastinya nakal dengan pelbagai gelagat yang mampu membuatkan kita tergelak, senyum sinis mahupun tertawa kecil.
Berikut merupakan rentitan perjalan kami ke Teluk Duyung / Monkey Beach pada 8 Januari 2011. Coretan ini adalah travelog kami ke sana, perkongsian maklumat dan pengalaman serta sebagai tanda kenang-kenangan dan bukti kami pernah sampai ke sana terutama bagi ahli ekxplorasi sendiri. Semoga membaca catatan travelog ini mampu membuat kita senyum sendiri.
830AM
Berkumpul di flat Mutiara Perdana
Ahli eksplorasi kali ini paling ramai setakat ini iaitu seramai 22 orang yang terdiri daripada Faris / Moh / Farah / Ujie / Ayu / Alip / Deli / Miji / Dila / Amin / Muzek / Lapo / Anuar / Adam / Illias / Faisal / Fiza / Zati / Zu / Jakir / Afifi / Cha .
6 kereta sebagai jentera mengangkut ahli rombongan ke Teluk Bahang
WMD - WND - TAV - TAT - NCL - PJX
900AM
Bertolak dari Bayan Baru ke Teluk Bahang
Perjalanan bermula dari Bayan Baru menuju ke Teluk Bahang. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 1jam 30 minit agak lancar dan bebas dari kesesakan lalu lintas.
1030AM
Tiba di Teluk Bahang
Pelbagai pakej disediakan di sana. 7 tawaran destinasi menarik disediakan untuk para pengunjung. Seperti apa yang dirancang dan dipersetujui, destinasi D : Teluk Duyung / Monkey Beach menjadi destinasi pilihan kami.
1040AM
Pendaftaran di kaunter Taman Negara Pulau Pinang
Ahli ekplorasi kali ini dibahagikan kepada 2 kumpulan
Ahli ekplorasi kali ini dibahagikan kepada 2 kumpulan
GROUP A : Untuk membawa dan menyediakan makanan di tapak BBQ
GROUP B : Tracking
Group A : Menaiki boat bersama bahan mentah/ makanan
Ujie / Deli / Miji / Lapo / Zu / Jakir / Afifi / Cha
Group B : Tracking menuju ke Monkey Beach / Teluk Duyung
Faris / Moh / Farah / Ayu / Alip / Dila / Amin / Muzek / Anuar / Adam / Illias / Faisal / Fiza / Zati
Pendaftaran dimulakan oleh Organizer : Faris diiukuti oleh ahli-ahli ekplorasi. Setiap pengunjung perlu berdaftar di kaunter untuk mengisi maklumat peribadi seperti nama, umur, asal dan waktu berdaftar sebagai rekod Jabatan Pelancongan Pulau Pinang.
1055AM
Group B : Tracking bermula
14 ahli eksplorasi memulakan tracking tepat jam 1055 pagi. Masa yang ditetapkan adalah 1 jam 15 minit. Persoalannya, mampukah kami memenuhi waktu yang ditetapkan? Untuk ahli eksplorasi, tahukah berapa lama masa yang anda ambil untuk tiba ke destinasi? Lepas ni korang akan tahu.
Check point pertama setelah 5 minit perjalanan bermula. Bergambar kenang-kenangan. Perjalanan (tracking) ke destinasi tidak sesukar mana memandangkan track yang disediakan agak baik dan terjaga. Tanda arah yang disediakan di sepanjang perjalanan memudahkan lagi peserta tracking mengenalpasti arah tuju exsplorasi.
Antara aksi-aksi tracking yang sempat dirakam. Ada yang cepat, ada yang lambat. Tapi, alhamdulillah semuanya selamat. Seni yang diperlukan dalam tracking adalah seni menyusun tapak agar tidak terpeleot dan terbabas.
1100AM
Group A : Chef dan ahli dapur menaiki boat menuju ke Monkey Beach
8 ahli lagi meneruskan perjalanan menaiki boat berserta bahan mentah untuk BBQ dan makanan. Tugas terpikul di bahu mereka adalah menghidupkan api untuk BBQ dan membakar ayam.
Antara Chef yang ditugaskan, agak profesional dan berkemahiran tinggi. Bakal-bakal menantu mithali. Berkenan cepat-cepat hantar rombongan meminang,haha. Apapun, satu pujian dan penghargaan kepada mereka yang terlibat kerana bertungkus-lumus menyediakan ayam bakar kepada peserta tracking. Lagi satu, mereka tak makan selagi tak siap semua ayam dibakar. Bravo!
1210NOON
Tiba di Monkey Beach / Teluk Duyung
Durasi tracking yang berjaya direkodkan adalah 1jam 14minit. Nampaknya berjaya memenuhi masa yang telah ditetapkan, tapi kurang 1 minit. Pecah rekod wooo.
Antara penemuan-penemuan berharga sepanjang perjalanan
Antara penemuan-penemuan berharga sepanjang perjalanan
Pokok romantik : Mempunyai daun-daun yang berbentuk LOVE is CINTA
Tapak penyelidikan USM.
Cuba cari perkataan tersembunyi di sebalik gambar di atas
Pokok unik : Batang pokok yang berpintal dan memiliki permukaan yang luas seperti cendawan.
Itulah antara keindahan alam yang sempat kami rakam. Subhanallah!
1220NOON
Tiba di tapak BBQ
Perjalanan menuju ke tapak BBQ, terletak berhampiran kaki bukit untuk hiking ke Muka Head (rumah api)
1230NOON
BBQ bermula
Agenda utama eksplorasi, BBQ dimulakan. Acara membakar ayam diketuai oleh Chef lalapo dibantu oleh rakan setugas yang lain : Miji / Cha / Jakir / Afifi / Deli
SHIFT A : Tonggak utama BBQ
SHIFT B : Mengambil alih tugas memberi peluang shift A menjamu selera
SHIFT C : Saat-saat akhir time ayam tinggal 5-10 ketul,hak3
100PM
Persediaan juadah untuk lunch
MENU
Nasi goreng
Ayam bakar + sosej
Soya + Teh
Pencuci mulut : Limau
120PM
Lunch hour
Acara kemuncak mengambil tempat, iaitu majlis makan-makan di tepian pantai. Terbaik dengan menu-menu yang superb terhidang!
"Lama sungguh tak makan-makan tepi pantai macam ni ramai-ramai. Time kecik-kecik je berkelah"
Antara dialog yang terpancul keluar sewaktu menikmati juadah
Antara dialog yang terpancul keluar sewaktu menikmati juadah
Gadis-gadis beralih tempat makan setelah berebut kuasa dengan monyet yang ada di Monkey Beach. Mereka tewas di tangan monyet setelah seketul ayam bakat berjaya dirampas di depan mata,haha. Hanya mampu menjerit, monyet berjaya mendapatkan makanan untuk lunch!
Persoalannya, kenapa monyet pergi serang tempat makan perempuan dan bukannya lelaki? Musykil! haha, kesian tengok depa berperang dengan monyet.
230PM
Game : REGU
Sementara menunggu boat tiba jam 330 petang, selepas mengisi perut dan kekenyangan, game menarik pula mengambil tempat. Game yang simple dan menarik, REGU dikelolakan oleh Amin.
Masing tekun mendengar taklimat dan berada dalam group masing-masing
Group 3 : Anuar / Afifi / Muzek / Ujie / Dilla
Korang memang terbaik, banyak gak boleh jawan,haha. Good job!
Group 1 paling aktif dan mantap! Syabas
Group 3 : Anuar / Afifi / Muzek / Ujie / Dilla
Korang memang terbaik, banyak gak boleh jawan,haha. Good job!
Group 1 paling aktif dan mantap! Syabas
Aksi-aksi si bisu dengan pergerakan isyarat
Aksi paling mencuit hati : PAPADOM
Illias did a great job, sampai mati aku akan ingat,haha
Aksi paling mencuit hati : PAPADOM
Illias did a great job, sampai mati aku akan ingat,haha
315PM
Packing barang dan kemas tapak BBQ
Semua sampah-sarap perlu dikutip dan dibawa pulang. Jagalah kebersihan alam sekitar! Kepada sesiapa yang bakal berkujung ke sana, bawalah pulang sampah-sarap yang ada bersama kalian. Semoga keindahan Teluk Duyung / Monkey Beach terus terpelihara.
333PM
Bertolak pulang ke Taman Negara Pulau Pinang
Semua 22 ahli eksplorasi diangkut menaiki 2 buah boat, 11 orang untuk satu boat. Makluman kepada sesiapa yang berniat untuk berkunjung ke sana, RM50 untuk sewa boat bagi satu arah. Perjalanan 2 hala, pergi dan balik bernilai RM100. Semakin ramai, semakin murah dan meriah!
343PM
Tiba di Taman Negara Pulau Pinang
350PM
ISOMA : Istirehat + Solat + Minum + Ambil gambar
Kemudahan tandas awam untuk mandi disediakan di Taman Negara Pulau Pinang. Surau juga disediakan. Konklusi, kemudahan yang tersedia agak memuaskan dan cukup lengkap.
Sebelum bertolak pulang, kami bergambar sebagai kenangan dibawa pulang
Akhir kata, terima kasih kepada smeua yang terlibat.
Exsplorasi paling meriah!
Terbaik
430PM
Bertolak pulang ke destinasi masing-masing
600PM
Ketibaan di flat Mutiara Perdana
Penghargaan
- Faris : Organizer dan tunggak utama dalam mendokong misi ini
- Dilla : Resipi rahsia ayam berempah yang sedap dan mengancam
- Lalapo : Ketua chef yang berdedikasi
- Jakir /Afifi / Cha / Deli / Miji : AJK logistik dan tukang masak yang berdedikasi
- Moh : jurukamera liputan, video maker. Thanks for the nice video!
- Alip : tunggak utama sumber foto blog visible voice
- Amin : organizer game regu yang jiwang : CINTA perkataan wajib dalam setiap jawapan,LOL
- Muzek : Tahniah sebab tamatkan tracking walaupun kepenatan,haha
- Adam : jurukamera, setiap sudut dan sediap detik
- Illias : Peserta regu paling kreatif di abad ini, ada harapan masuk Raja Lawan Lawak musim terbaru
- Faisal / Fiza / Zati / Farah / Ayu : tahniah berjaya menamatkan tracking sejauh 3km lebih.
- Zu / Ujie : AJK makanan yang siap sedia di tapak BBQ
end note : semua merasa apa yang diceritakan, tapi semua perlu tahu setiap detik dan momment yang istimewa. Semoga eksplorasi ini dapat dijadikan kenangan paling berharga untuk hari-hari terakhir di Penang (internship). Salam kenal buat semua dan jumpa lagi di lain waktu dan ketika!
Rakaman video eksplorasi ke Teluk Duyung @ Monkey Beach ada di sini -> VLOG EKSPLORASI
Rakaman video eksplorasi ke Teluk Duyung @ Monkey Beach ada di sini -> VLOG EKSPLORASI
29 Comments
musykil...monkey beach np dpnggl teluk duyung ea..?
ReplyDeletedila~yup2..haha..akku plak yg jawab..erm, raja lawak ke raja lawan??hehe
ReplyDeletedila:
ReplyDeleteASAL-USUL NAMA TELUK DUYUNG / MONKEY BEACH
dulu namanya teluk duyung
sebab time awal-awal kehidupan, duyung dipercayai wujud di situ, dan teluk tuh penuh dengan duyung-duyung
lama-kelamaan, duyung semakin pupus dan hilang
era baru pun muncul, tp skang monyet plak jadi perintis
smp la arini, bilangan monyet semakin bertambah dan bermaharajalela di teluk duyung
nak tak nak, org pun tukar la nama teluk duyung dan kini lebih dikenali sbg monkey beach
jadi skang, nama monkey beach lebih relevan berbanding teluk duyung
tp sayang, ini semua bukan FAKTA, tapi AUTA dari penaberkala,kah3
Hazwan Arif:
ReplyDeletehaha, trima kasih
typo sikit, byk dooh dekpon menaip,lah3
bestnyoh!!!
ReplyDeletemu g under gapo nie??
Yang tadi tu fake story tau you.
ReplyDeleteIni cerita yg sebenarnya.
http://julianaviolet.blogspot.com/2011/01/facebook-shut-down-hoax-spreads-like.html
wah meriah berjalan-jalan ^_^
ReplyDeleteAnis Balqis =)):
ReplyDeleteAgak best la
ni organize sendiri, gang2 yang buat praktikal dan senior yg kerja kat penang
♥ Juliana Violet ♥ :
ReplyDeleteorite, dh baca both articles
btw, thanks for the info
just prepared right
Wan Gerrard:
ReplyDeleteLast trip in penang bro
lepas ni susah nak jalan-jalan lg
skang last week kat penang
Dah lame aku x g bnda2 cmnie.
ReplyDeletewow..bez gi melancong.
ReplyDeletelama xbuat camnih.
A.D.A.M.:
ReplyDeleteSusah nk dapat peluang keemasan macam ni
alang-alang ada tempat best, pergi je la
untuk isi masa lapang
r-mean:
ReplyDeleteyup, melancong itu best
cari pengalaman baru
heh hampir terpercaya dgn auta penaberkala tadi..hehe,
ReplyDeletesaya rase, monyet yg serang tmpt makan perempuan tu monyet jantan la..bese la nak tarik perhatian..haha
X penah dengar pulak nama tempat ni..he3. Macam menarik.. BOleh g ngan family bwa anak bini (ces, bujang lagi mna ada anak bini..ha3)
ReplyDeletelain kali meh bejale di indonesia pulok deh;))
ReplyDeletewah bestnya korang jalan2 kat sana.. hehehe da nak habis da intern yek.. hehe
ReplyDeletefull picture da terupload di Facebook... leh jenguk2 di http://www.facebook.com/album.php?aid=94054&id=1051227418&l=d45769318f
ReplyDeletep to the s: peh, dpt title jurukamera... setiap sudut setiap detik plk tuh... mcm x je... haha...
Siti Safiyyah:
ReplyDeleteterpedaya ke? saja je tuh sekadar penglipur lara
maybe betul kot, monyet jantan tak berani nak ganggu org laki
deCrewz:
ReplyDeletetempat ni kat penang
agak menarik la klu pi ramai2
jgn lupa bawak saudara-mara skali
buat cuti-cuti famili
FIFIEY LYCHEE MARATION:
ReplyDeletebeyeh, klu nk gi indonesia fifiey dh kena jadi tour guide,hehe
tenangsudey:
ReplyDeleteyup, dah nak abis intern dah ni
tak sabar nk kembali ke bumi tronoh
master_red_lion:
ReplyDeleteorite, thanks for all the pictures
haha, title tu mmg tepat kot
xleh nk disangkal lg bila tgk picture kat fb
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete