BAYANG-BAYANG

B a y a n g - b a y a n g


B A Y A N G - B A Y A N G
N u k i l a n : P e n a b e r k a l a

selagi adanya cahaya
selagi itu adanya ia

di darat, di air
ia pasti hadir

zahirnya bila adanya sinaran
matahari, bulan mahupun neon

satu warna pelbagai rupa
hitam gelap dijadikan cerita

setiap detik dan ketika
dimensinya mungkin akan berbeza

jarak dekat bukan segala
tak tertangkap oleh sesiapa

lari laju bukan kepalang
tak terkejar keliling padang

hadir bukan sembarangan
tak terlindung walau dilitup awan

tiada sakitnya bila dipijak
walau dengan jentera jentolak

tiada hilangnya di muka air
campak batu-bata mahupun batu lekir

dikejar tak dapat
digodam tak sakit

bukan kuasa sakti
ternyata kuasa realiti

bila konsep saintifik ditatap
Oh! Rupanya cahaya dihalang objek legap


usah takut, usah gusar akan hadirnya
wujudnya hanya seketika cuma

bukan selalu
cuma ikut waktu

bukan berpusat
tapi merata tempat

hadirnya hanya sekali
yang pergi tak akan kembali

hadirnya tiada kali ke-dua
bentuk sama hakikatnya tidak serupa

tataplah selagi ada di depan kerdipan mata
bila hilang sinaran cahaya maka ghaiblah ia

ini bukan madah pujangga
ini cuma bayang-bayang punya cerita

Post a Comment

26 Comments

  1. gue suka statement ni

    dikejar tak dapat..
    digodam tak sakit..

    ReplyDelete
  2. puisi itu melankolik....cair di telinga....kira halwa telingalah

    ReplyDelete
  3. bravo! hebat lah! suka sangat berkarya nya! baguslah! bakal sasterawan negara ni..HHAHAHA

    ReplyDelete
  4. mie:
    baru tau godam ada dalam kamus,haha
    igt loghat kelantan je, tu yang guna

    ReplyDelete
  5. Miss Dill:
    sebab puisi itu indah
    maksudnya pelbagai

    ReplyDelete
  6. REMEDY:
    betul tu bro
    kdg2 bukan sekadar melankolik, pelbgai genre ada yg menarik
    nasihat dan metafora alam pun best juga bila difahami

    melankolik, melankolis
    1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul
    2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak, dsb)

    ReplyDelete
  7. Cik Cammy Lia:
    haha, ye lah
    guna bayang-bayang sendiri
    tengok gambar ni dapat ilham

    ReplyDelete
  8. atinmarzuki:
    thanks atin
    hobi time boring-boring je nih
    bab sasterawan tu x mampu den, ilmu cetek j
    bakat pun tak seberapa
    suka-suka boleh la

    ReplyDelete
  9. cik su suka gak main bayang2 masa kecik.. hehe.. pandai pena berpuisi.hehe.. good.. kalau kat skolah ni cikgu bagi 5 bintang

    ReplyDelete
  10. kreatif...aku ingat bayang apa di shoutmix aku td..

    ReplyDelete
  11. Cik Su Life Cycle:
    Suka bayang2? haha
    terbalik la kita, masa kecik dulu tgk bayang2 pun takut, siap nangis lagi org cite,LOL

    5 bintang? haha, mana boleh woo
    kosa kata teruk kot, biasa je

    ReplyDelete
  12. Shahazrin:
    thanks bro
    haha, bayang-bayang ak la

    ReplyDelete
  13. hans:
    haha, ak kagum gak ngan ko
    gempak syial contest yg ko buat
    ada masa ak join
    kasik ak menang,LOL

    ReplyDelete
  14. Orang penang ka?
    Anak mami berpuisi naa..
    Hahaha..

    Latest entry : 6 Masalah Cinta Terhangat

    ReplyDelete
  15. d_tieah:
    uiks, cheq bukan org penang la
    ambo ore qlate,haha

    ReplyDelete
  16. da jwb dlm hati tadi, soalan kat SB tu..BAYANG-BAYANG...

    ReplyDelete
  17. blog-tips-kurus:
    oh, hebat-hebat
    tahniah

    ReplyDelete
  18. memang smart lar....bayang2 tu...kol bape amik ?

    ReplyDelete
  19. ok, the answer was bayang2 .. ok, nnt fifiey cuba berteka-teki dgn member2 di indon pulak. nak tahu apa respond diorg:) haha

    ReplyDelete
  20. Cik Cammy Lia:
    snap secara tak sengaja 2 tahun lepas
    petang kot, dalam pukul 5

    ReplyDelete
  21. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    haha, selamat berteka-teki

    ReplyDelete