SERIBU BAYANGAN



Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya
Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatNya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi


SERIBU BAYANGAN
Damasutra

Klik dan dengar



::kata-kata selepas seminggu lebih tak update blog::
Penangan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas (baca : jem tanpa roti) menyebabkan telinga dijamu dengan lagu-lagu rock kapak dan tangkap leleh. Memang terbaik la lagu-lagu zaman 80an - 90-an. Tersangkut gak dengan lagu ni. Update blog pun duk tengah dengar lagu ni. Layannnn je laaa


Perjalanan dari Kota Bharu ke Tronoh yang normalnya 6 jam, dah pecah rekod bila jem di Tanah Merah, Bukit Bunga, Gerik dan selepas Tol Kuala Kangsar hingga ke RNR Sungai Perak ambik masa lebih kurang 10 jam untuk sampai ke kampus tercinta. Perghhh, berbaloi-baloi cuti CNY. Orang cina yang beraya, orang melayu yang suka dan gumbira. Cuti beb, sape tak mau.


Timo kasih banyok kepada nipi@beliamuda sebab sudi tumpangkan separuh jalan dari Melor ke Jeli. Timo kasih jugok ko Pok Jak bagi tumpang dari Jeli ke Tronoh. Sempat jugok tawaf kat Ipoh 3 kali,haha. Tak lupa pada yang memeriahkan perjalanan, konco-konco seangkatan yang merasa jem tanpa perasa, Pehe dan Zaim.

----------------------

GONG XI FA CAI

Akhirnya, update gak. Huh!

Post a Comment

20 Comments

  1. haha, akhirnya smpai perak ye?
    ok, selamat menjalankan aktivitas seperti sediakala ok.. nnt kalau dan, balik tgh tahun kita buat gathering lagi:)

    ReplyDelete
  2. haiya, lama lor tak update. ternanti-nanti jgk entry visible voice utk dibaca.

    p/s: best gak lagu ni.fes time dgr..layanzzz

    ReplyDelete
  3. nak kire cmne tuh incik penaberkala?hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. selamat sampai ke bumi Perak :)

    ReplyDelete
  5. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    trima kasih fifiey
    orite, no problema
    jangan lupa kontek klu nak buat gathering
    klu free boleh join

    ReplyDelete
  6. amirah:
    haha, mood hilang entah ke mana untuk update
    internet pun buat hal, lagi la takde mood

    best ke?
    save la, simpan buat ringtone,kah3

    ReplyDelete
  7. A.D.A.M.:
    aku pun baru suka menyukainya
    lagu lama tapi baru dengar

    ReplyDelete
  8. Hazwan Arif:
    guna shortcut doh tu 10 jam
    klu dop, 12 jam doh rasa

    ReplyDelete
  9. blog-tips-kurus:
    sufi?
    baru nak cari dan dengar,haha

    ReplyDelete
  10. Cik Cammy Lia:
    kira guna sempoa,haha

    ReplyDelete
  11. Miss Dill:
    alhamdulillah, semuanya selamat
    berkampung kat tronoh la plak

    ReplyDelete
  12. A.D.A.M.:
    aku setuju, lagu lama agak best
    ulang dengar pun tak jemu

    ReplyDelete
  13. SM Banjamin:
    Part lirik tu memang terbaik

    ReplyDelete
  14. hakhakhak......xreti gune la incik penaberkala

    ReplyDelete
  15. Cik Cammy Lia:
    haha, dont worry GOOGLE kan ada
    dh blaja time skolah rendah dulu, tp dh lupa

    ReplyDelete