Dibawakan terus dari bumi Tronoh, Perak
Bersiaran dari Universiti Teknologi PETRONAS
Lintas langsung dan juga siaran rakaman
Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS |
Program 3 hari 2 malam
Padat dengan informasi
Dibawakan khas untuk semua warga UTP dan seluruh rakyat Perak
Dipancarkan terus melalui saluran RTM untuk seluruh rakyat Malysia
Istimewa 17-19 Feb 2011 |
FORUM PERDANA
Dewan Chancellor UTP |
Siaran Rakaman
Masa : 800 MalamTempat : Dewan Chancellor, UTP
Tajuk : Isu Palestin
Moderator : Ustaz Mohd Erfino Bin Johari, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi
Ahli Panel:
1) Tun Dr Mahathir, Bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia
2) Prof. Madya Dr. Hafidzi Bin Mohd Noor, Pensyarah Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM)
Siaran Langsung
Masa : 1000 MalamTempat : Dewan Chancellor, UTP
Tajuk : Kasih al-Amin
Moderator : Dr Ridhuan Tee Abdullah
Ahli Panel:
1) Prof. Dato' Dr. Zaleha Bt Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2) Dr. Zahazan Bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn. Bhd.
3) Prof. Madya Dr. Fakhruldin Bin Mohd Hashim, Pensyarah Kanan dan Ketua Penyelidik Teknologi Laut Dalam, Universiti Teknologi PETRONAS.
SIARAN LANGSUNG : SOLAT JUMAAT
Lintas langsung Khutbah dan solat Jumaat dari Masjid An-Nur Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) pada 18 Februari 2011.
PROGRAM-PROGRAM LAIN
RAKAMAN : PROGRAM TA'ALIM
SEMINAR IPT
19 FEB 2011
RAKAMAN PERSADA JURNAL
19 FEB 2011
HALAL FEST
17-19 FEB 2011
CHANCELLOR COMPLEX, UTP
Kompleks Chancelor, UTP |
Orang-orang sekitar Perak, moh-moh datang ke HALAL FEST. Bawak anak-beranak datang beli produk-produk hallalan toyyiba.
TEATER : MAHKAMAH LORONG
Teater : Mahkamah Lorong |
Tarikh: 19 atau 20 Febuari 2011
Tempat: Multipurpose Hall (MPH),UTP
Masa: 9 Malam
Tiket Masuk: RM5
Cerita memaparkan keadaan sosial di satu lorong yang dihuni oleh gelagat pelbagai jenis binatang. Ketenangan mereka terganggu dengan pembunuhan seekor kucing Parsi di lorong tersebut. Mahkamah Lorong bersidang untuk mendakwa Gagak pembunuhnya. Gagak telah didapati bersalah membunuh.
Namun adakah benar gagak telah membunuhnya?
Saksikan sendiri untuk mengetahuinya.
Untuk maklumat lanjut dan tiket masuk, sila hubungi :
Naemah | aisyahnaemah@gmail.com | 017-2337279
Ammar | e.mailasyraf@gmail.com | 013-4043889
:::::NOTA TUKANG TULIS:::::
Yeah, tiket teater dah beli. First time dalam hidup nak pergi tengok teater. Harap-harap, kali ini takde halangan macam tahun lepas, tiket burn bergitu saja. Terlepas untuk tengok Teater Bangsawan. Dapat tonton Mahkamah Lorong pun jadi la. Warga UTP, jom sama-sama tonton teater terbaru dari Tronoh Theater Shop (TTS)Malam ni jom pi Chancellor Hall. Alang-alang ada siaran langsung kat kampus, jom la kita pakat gi kawan-kawan. Bila lagi nak tonton LIVE! Orang jauh tu, jangan lupa bukak dan tonton tv1 malam ni.
Uish, padat gak aktiviti weekend ni. Sempat ke tak nak pergi tak tau la. Sape nak pergi HALAL FEST, jangan lupa ajak aku skali. Nak join sekaki.
9 Comments
padatkan jadual anda dengan aktiviti sihat adalah suatu yang menguntungkan:)
ReplyDeleteselamat berhibur dan beramal:)
Ayuh kita pergi ke sana! :)
ReplyDeletemake sure kalau ko pegi tengok, ko enter frame tau... lambai2 sikit tangan tu.. hahaha..
ReplyDeletewoah sangat sangat sangat menarik!
ReplyDeletelau xhjg mgu ni nak p kursus kawen tapi xjd lak.hehe
best kan?
ReplyDeletennti abg solat jumaat duk saf dpn taww :D
hee, gurau2.
bagus sekali pengisian di UTP. moga dpt melashirkan warga UTP yg cemerlang dan terbilang.
ReplyDeleteKae jugak minat teater. Teater hok palng kawe nak tgk tapi takdan sapa lani ialah teater Menunggu kata Dari Tuhan arahan dinsman
makesure ko masuk tv nanti bro. haha
ReplyDeletemacam meriah je..
ReplyDeleteeheheee
err, mahkamah lorong?
ReplyDeletedah tengok ;D
masa depa mai kedah hari tu, depa main teater yang sama.
btw, boleh nampak apa yang mereka cuba sampaikan. kan? bukan sekadar nak bergelak ketawa, tapi apa yang jadi dalam perundangan negara kita sekaligus menunjukkan sikap sebenar sebahagian pemimpin kita. well, politics is every where. everyday in our life (: