cepat la gi lab, lambat doh ni
Sender : Hazwan Arif
Time : 9:16am
Mesej yang aku terima time berada di Lab Industrial Control and Automation System (IACS) pagi tadi. Biasanya kami berempat, aku, Hanifi aka beliamuda, Muzek dan Hazwan Arif aka kalampatah, tapi lain plak untuk hari ini. Hanya kami bertiga saja yang bertungkus-lumus tanpa kelibat Hazwan Arif aka kalampatah aka beliao untuk menyiapkan eksperimen finale part 1.
Dalam keadaan terlantar di hospital, sempat lagi tuh dia sms buat lawak,hahaha. Cayalah kawan aku sorang ni. Tapi, dalam hati siapa yang tahu kan? Harap-harap beliau terus tabah dalam menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku doakan kau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa, terutamanya menyambung pelajaran yang berbaki 1 tahun lagi :)
Tiba-tiba teringat balik apa yang berlaku beberapa hari lepas, tanggal 9 Mac 2011. Sewaktu on the way pulang ke Kelantan sempena cuti mid-sem selama 4 hari bermula 10-13 Mac 2011. Aku terima panggilan dari housemate, Amir.
Duk mano doh? Bawok molek keto tuh
Baru tolok jah, baru lepas stesen minyok Tronoh
Tau doh ko? Amin eksiden?
Bilo? Pah gano?
Bunyi kato berat jugak. Bawak molek la keto tuh. Kerol takdok doh
Tu antara perbualan ringkas yang penuh tanda tanya. Dapat berita tuh, agak terkejut. Mulai saat tu la, handset tak berhenti untuk menghubungi dan dihubungi rakan-rakat dan kenalan terdekat.
Dalam kereta, tangan tak henti update twiter untuk memaklumkan berita kepada semua rakan-rakan terutamanya warga CJ7 dan UTP. Sempat jugak baca berita di dua media yang melaporlan tentang kemalangan itu melalui telefon bimbit, iaitu dari BERITA HARIAN dan UTP DAILY.
BERITA HARIAN
Pelajar UTP maut kereta dinaiki bertembung di Gua Musang
2011/03/09
GUA MUSANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, maut, manakala seorang lagi cedera parah, dan tiga yang lain mengalami kecederaan ringan selepas dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 48, Jalan Gua Musang-Lojing, pagi ini.Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman, berkata Khairul Hakimi Ismail, 22, yang berasal dari Kampung Kepong, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira jam 11.30 pagi itu.
Beliau berkata rakan Khairul, Azwan Arif, 22, mengalami kecederaan parah manakala dua lagi rakannya Khairulamin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar, kedua-duanya berumur 22 tahun, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.
Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, seorang lelaki berumur 40 tahun iaitu pemandu kereta yang bertembung dengan kereta pelajar itu turut mengalami kecederaan ringan.
Che Rusli berkata, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Khairulamin sedang dalam perjalanan dari Tronoh, Perak menuju Terengganu itu bertembung dengan sebuah kereta.
Beliau berkata, pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat Khairul Hakimi yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu dalam kejadian itu. - BERNAMA
Bila berita kecelakaan jalan raya/ kemalangan yang diterima adalah melibatkan orang-orang yang kita kenal, memang tak dapat nak tipu rasa gundah dan tak sedap hati tu ada. Lebih-lebih lagi, orang yang terlibat adalah 2 orang housemate sendiri, 1 orang classmate merangkap kawan rapat, dan seorang lagi kawan satu batch, makanya perasaan hiba dan sedih tu pasti ada.
Alhamdulillah, sempat juga melawat Hazwan Arif aka kalampatah di Hospital Kuala Krai bersama Hanifi, Faris, Seli, Eju dan Pian. Walaupun beliau masih tak sedarkan diri masa tu, sekurang-kurangnya dapat melawat dan tahu keadaan sebenar pun jadi lah. Dengan jahitan di dahi, darah berselerak di baju putih dan kaki berbalut, rasanya cukup berat untuk ditanggung. Apapun, semoga beliau akan terus kuat semangat untuk menghadapi dugaan ini dan terus tabah, insyaAllah.
Alhamdulillah, sempat juga melawat Hazwan Arif aka kalampatah di Hospital Kuala Krai bersama Hanifi, Faris, Seli, Eju dan Pian. Walaupun beliau masih tak sedarkan diri masa tu, sekurang-kurangnya dapat melawat dan tahu keadaan sebenar pun jadi lah. Dengan jahitan di dahi, darah berselerak di baju putih dan kaki berbalut, rasanya cukup berat untuk ditanggung. Apapun, semoga beliau akan terus kuat semangat untuk menghadapi dugaan ini dan terus tabah, insyaAllah.
Unit kecemasan Hospital Kuala Krai |
Hazwan Arif aka Blogger kalampatah |
Esok, tanggal 15 Mac 2011, Hazwan akan menjalani operation. Sama-sama kita doakan agar operation yang akan dijalankan berjalan dengan lancar. Doakan beliau agar cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala, amin.
Kereta Amin selepas kemalangan |
Rumah pun masih sunyi tanpa kehadiran dua lagi ahli rumah, Amin dan Jahar. Semoga mereka cepat sembuh dari kecederaan yang dialami dan dapat meneruskan pembelajaran seperti sedia kala.
Akhir sekali, kepada semua yang membaca entri ini, sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Khairul Hakimi. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin
endnote : Semoga apa yang berlaku, dapat kita ambil iktibar. Kadang-kadang, kita berhati-hati, namun dek kecuaian orang lain kita menjadi mangsa. Sesungguhnya, ajal maut hanya ketentuanNya. Mereka dilanggar oleh kereta dari arah bertentangan yang terbabas. Hanya satu saat dapat merubah segalanya. Alhamdulillah, 3 orang kawan lagi masih selamat. Semoga mereka cepat sembuh seperti sedia-kala. Takziah kepada keluarga Khairul Hakimi. Semoga beliau tenang di sana.
10 Comments
Takziah ye,,ada hikmahnya
ReplyDeleteTakziah.semoga ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. insyaallah.
ReplyDeleteAl-Fatihah.
Miss Dill^^
Be Strong, KP!
ReplyDeletetakziah..dan alfatihah.
ReplyDeleteyang berada di hospital tu..semoga cepat sembuh.
al-fatihah... :(
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDeletefuyoo. teruk gila..
ReplyDeletealfatihah!!
ReplyDeletemoga dipermudahkan segala urusan..
takziah...alfatihah..sedih rase bile yg meninggal tu org yg rapat kan...semoga sekalian dpt maafkan beliau.
ReplyDeleteterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka
ReplyDeletealhamdulillah, haousemate pun dah balik ke kampus
hazwan pun dah selamat operate, cuma tunggu utk pulih sepenuhnya je
semoga beliau cepat sembuh dan dpt balik ke kampus secepat mungkin :)