TRAGEDI KB MALL : CUBAAN BUNUH DIRI & KANTOI KHALWAT

Masihkah anda ingat Tragedi KB MALL yang menggemparkan pada Disember 2009 yang lepas? Kalau dah lupa, boleh intai-intai, jeling-jeling kat sini -> TRAGEDI KB MALL 2009


Hari ini, tragedi KB MALL kembali lagi. Tapi tragedi kali ini boleh dikatakan lebih mengejutkan dan penuh dramatik.




1) Cubaan bunuh diri dari bangunan KB MALL




Banyak-banyak tempat, KB MALL juga yang dia pilih. Nasib baik bukan BANGUNAN WISMA ataupun BANGUNAN HOSPITAL USM. Apa masalahnya pun tak tahu lah sampai sanggup panjat tingkat tiga KB MALL semata-mata nak terjun. Macam satu free show plak dah jadinya.

Inilah dia yang jadi bila akal tak dapat diselia dengan baik. Kadang-kadang, emosi yang akan kawal diri. Natijahnya, timbullah isu nak bunuh diri, terjun sana, terjun sini. Seolah-olah, tiada jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi. Betullah orang kata "Ikut hati mati, ikut rasa binasa".




2) Kantoi berkhalwat dalam tandas awal KB MALL

Khalwat : pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri (sehingga dapat dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang): kejadian-kejadian khalwat yang menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden.

Dengar kata, video kantoi pasangan terbabit tersebar di facebook. Apa nak jadi lah, tempat orang nak shopping pun dah jadi tempat nak buat projek. Macam-macam yang berlaku sekarang. Habis segala tempat nak rembat untuk puaskan tempias nafsu serakah. Sampai toilet awam pun nak sapu? Tak tau apa nak cakap. Sampai toilet awam pun berani nak masuk berdua-duaan berlainan jantina/ bukan muhrim.



Semoga apa yang berlaku dapat diambil iktibar dan pengajaran kepada semua terutamanya anak-anak muda zaman sekarang. Kita muda-mudi negara, tunggak agama, negara dan bangsa. Apa yang dah berlaku, bolehlah diambil iktibar dan difikirkan bersama. Sesungguhnya, tiada masalah yang tiada penyelesaian. Paling penting, tiada tempat yang selamat untuk lakukan kejahatan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Jadi, fikir dulu sebelum buat!


Aduh, macam-macam ada. 2 kes serentak belaku di lokasi yang sama, KB MALL. Cuma ceritanya yang berbeza. Kombo terus,haha


endnote : Terima kasih untuk beliamuda untuk maklumat sebentar tadi 

Post a Comment

18 Comments

  1. Astaghfirullah hal azim..manusia bile dah lupa Allah sebagai pencptaNya,Allah sebaik2 pelindung,hanya kepada Allah tempat kita mengadu...ni la jadinya....mereka lupa even manusia tak support mereka..Allah SWT akan sentiasa berada disisi mereka.support mereka..sama-sama kite muhasabah balik..

    lagi satu..yang orang ramai2 kat bawah p bergumbira siap sorak2 buat apa..at least masing2 time ni sama2 kite berdoa..ni tidak anggap bnda ni as an entertainment plak....
    sama-sama kite muhasabah balik

    ReplyDelete
  2. astaghfirullahalazim..boleh bersorak bila budak tu jatuh...

    manusia zaman akhir semakin pelik...

    ReplyDelete
  3. dunia nak kiamat.
    otak ade letak kat lutut.

    ReplyDelete
  4. xtau pulak pasal khalwat tue...

    rasanya banyak yang perlu di baiki di sana dulu baru baiki tempat lain

    ReplyDelete
  5. Dengar citer kes nak bunuh diri tu pasal kena saman sebab tak pakai tudung,tatau r btol ke tak..

    video khalwat yg tsebar kat facebook berlaku kat tandas tingkat atas kb mall. Yang takleh bla dalam video tu awek tak pakai sluar..

    ReplyDelete
  6. abg bomba ponnn..ptut sorg duk blh kiri..sorg duk blh knn..bomba ke2 tu pon awat lmbt beno nk trun nye..haishh!

    Seb bek x mati.smpt lg la kalo nk buat solat taubat.bl x bertindak mngikut iman mcmni la..

    ReplyDelete
  7. ah kenapa perlu selamatkan orang yang sudah tak mahu hidup?

    ReplyDelete
  8. management KB Mall nampaknye kena buat something. kerajaan kelantan pulak buatlah bangunan lain yg tinggi2 lagi, kesian KB Mall jadi mangsa org bunuh diri sbb takda bangunan untuk org awam yg tinggi2 kot.

    ReplyDelete
  9. Amirah Adnan:
    hanya dia yg tau sebab musabab jadi macam ni
    kita selaku pemerhati, ambil iktibar agar tak sesekali terfikir nak buat mcm ni

    ReplyDelete
  10. Anonymous:
    betul tuh, takde masalah yg takde penyelesaian
    dan bunuh diri adalah bukan langkah penyelesain utk sesuatu masalah

    pasal org bersorak tu
    klu difikir dari sudut positif, mungkin org romai bersorak sebab mangsa berjaya diselamatkan
    kalau tgk video versi lain, mereka bertepuk tgn selepas mangsa jatuh dan berjaya diselamatkan

    ReplyDelete
  11. f_aRa_aINa989:
    tu pasal, mereka teruja kot
    dah jadi macam show plak dah
    maklumla, first time la tuh tengok depan mata cubaan org nak bunuh diri

    ReplyDelete
  12. saya_arief:
    tu la,macam-macam dah berlaku skang
    yg tak pernah berlaku pun, dah makin kerap berlaku

    ReplyDelete
  13. Bro Framestone:
    bro, pasal baiki sana baiki sini tu rasanya tak relevan
    kat mana-mana pun sama je, pucuk pangkal diri sendiri dan pegangan peribadi

    ReplyDelete
  14. Wan Pai:
    oh, sebab musabab tu tak tau la plak
    macam2 spekulasi ada kat internet, tp susah nak percaya
    ada org kata putus cinta, ada org kat frust result spm. Macam-macam ada

    tu pasal, pasal video yg tersebar kat fb tu memang tolol..adoi,tandas awam pun gomo

    ReplyDelete
  15. Semarak Api:
    haha, tu pasal. Ada prasan gak bomba sorang tu je yg tangkas. Yang lain agak lambat bertindak. Nasib baik sempat selamat

    ReplyDelete
  16. amirah:
    mungkin satu tanggungjawab selaku masyarakat yg prihatin
    tak kan nak tgk je kan?

    ReplyDelete
  17. YobSumo:
    bangunan yg tinggi lagi dari tu berlambak je bro
    wisma persekutuan tinggi lagi kot
    nak rendah sikit, bangunan Billion ataupun hospital usm

    tp tu lah, klu dah berlaku benda-benda macam ni, kecoh gak
    tu pun nasib baik berjaya diselamatkan, klu mati? lagi la kecoh

    ReplyDelete