Setiap pasukan masih berpeluang menjadi juara. Tapi, rasanya persaingan hebat dan jelas boleh dilihat antara pasukan Kelantan dan Terengganu.
Keputusan penuh perlawanan Liga Super 2011 -> http://sokernet.com/
Keputusan penuh perlawanan 28 Mei 2011 menyaksikan Terengganu tewas 0-1 di tangan Kedah. Kelantan dan Selangor masing-masing mencatat kemenangan sekaligus mengutip 3 mata penuh. Sebelum ini, Terengganu merampas takhta selaku juara liga daripada Kelantan setelah menundukkan Pahang 5-0 dengan penuh bergaya dengan pesta gol mereka dan turut dibantu pasukan senegeri T Team yang menundukkan Kelantan 2-1. Dengan berakhirnya perlawanan 28 Mei 2011, kedudukan liga kembali berubah dan kini semakin sengit antara Kelantan dan Terengganu.
Kedudukan terkini sehingga 28 Mei 2011 menyaksikan Kelantan dan Terengganu begitu terikat dengan jumlah menang, seri dan kalah dalam kesemua 23 perlawanan adalah sama sekaligus berkogsi jumlah mata yang sama iaitu 47 mata. Lebih menarik perbezaan gol pun turut sama antara kedua-dua pasukan iaitu 26 gol. Cuma yang membezakannya dan meletakkan Kelantan selaku juara liga buat masa ini adalah lebihan cuma 1 gol, 46 gol berbanding Terengganu 45 gol. LOL, agak besaing rapat di situ. Kesilapan membawa padah.
Secara kasar, untuk Liga Super 2011, kedudukan terkini pasukan dalam carta liga jelas boleh dibahagikan kepada 4 kelompok utama.
Kelompok 1 : Kelantan - Terengganu - Selangor
Kelompok 2 : Perak - Kedah - Harimau Muda
Kelompok 3 : T Team - Johor FC - Felda United
Kelompok 4 : Negeri Sembilan - Kuala Lumpur - Sabah - Pahang
Perlis : Rasanya untuk musim kali ini Perlis tak mampu beri saingan kepada mana-mana pasukan kerana jauh ketinggalan.
Apapun, masih berbaki 3 perlawanan untuk setiap pasukan merombak kedudukan dalam liga kali ini. Untuk 3 perlawanan ini, mungkin persaingan akan berlaku dalam kelompok masing-masing untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam Liga Super 2011. Kerana mana mungkin pasukan dari kelompok 2 mampu melonjak ke tangga teratas dengan perlawanan yang hanya berbaki 3 perlawanan saja lagi.
Untuk pasukan Kelantan, The Red Worriors (TRW), 3 pasukan yang akan ditentang selepas ini adalah Terengganu (pesaing terkuat musim ini), Perak dan Sabah.
6 Jun 2011 : Terengganu vs Kelantan
Terengganu bakal beraksi di laman sendiri dan merupakan perlawanan Psykologi kerana pertemuan ini sedikit-sebanyak bakal mempengaruhi kedua-dua pasukan untuk saingan perlawanan akhir Piala FA pada 11 June 2011 nanti. Masing-masing akan merebut kemenangan untuk menjamin kedudukan selaku pendahulu liga dan juga merebut takhta selaku Juara Piala FA pada 11 June. Selain bertemu Kelantan, Terengganu akan bertemu menentang T Team dan Felda United yang dilihat mampu mengganggu-gugat kemaraan Terengganu.
14 Jun 2011 : Kelantan vs Perak
Perak merupakan pasukan yang dilihat akan memberi cabaran dan saingan kuat untuk pasukan Kelantan dalam misi mengutip 3 mata penuh. Mampukah Kelantan membalas dendam dan menuntut bela di atas kekalahan teruk 0-4 kepada Perak dalam perlawanaan yang lalu di Stadium Ipoh? Itu bakal terjawab pada 14 Jun 2011 nanti. Kelebihan pastinya berpihak kepada Kelantan kerana bakal beraksi di laman sendiri dengan lautan merah peminat fanatik The Red Worriors.
6 Julai 2011 : Sabah vs Kelantan
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pasukan yang berada di tangga tercorot jangan dianggap tidak berbisa. Tengok saja Kedah yang mampu mengalahkan Terengganu dalam perlawanan 28 Mei 2011, ini juga mungkin akan berlaku. Apapun, semoga perlawanan antara Sabah dan Kelantan akan memberi peluang cerah untuk Kelantan memungut 3 mata penuh dan terus mara untuk merebut takhta selaku Juara Liga Super 2011.
Untuk keputusan semasa dan terkini, boleh kunjungi -> http://sokernet.com/keputusan-terkini
GOMO QLATE GOMO
Selagi wisel 90 minit tak ditiup, selagi itu The Red Warriors menang.
Selepas 90 minit, kalah,menang,seri, kita terima.
p/s: wartawan sukan tak bertauliah
10 Comments
berbakat doh jadi wartawan sukan neh..huhu..
ReplyDeleteGOMO KLATE GOMO
hohoh
ReplyDeletekelantan menang la
apa2pun aku gembira kedah menang semalam
:-)
haha aku harap Selangor dapat pintas kedudukan di akhir garisan nanti heee
ReplyDeleteyehh gomo kelate gomo..
ReplyDeleteWan Pai:
ReplyDeletewartawan di blog sendr cukup la,haha
yeah, gomo qlate gomo
tapi debar jugak dengan kedudukan loni
Hans:
ReplyDeleteterima kasih team kedah sbb menghalang kemaraan terengganu
at least sama mata balik dengan kelantan
oyeah
padin:
ReplyDeleteselangor pun masih ada harapan nak rampas takhta kalau kelantan dan terengganu kalah dalam mana2 perlawanan
agak mencabar persaingan utk liga super kali ni
shera haifa:
ReplyDeleteyeah, gomo qlate gomo
trima kasih singgah dan komen
salam kenal
pasal bola?
ReplyDeleteaku tak faham tapi cuba juga untuk jadi faham.
Pembunuh Tanpa Bayang€:
ReplyDeleteselamat memahami dan menyelami dunia bola
yg penting bola itu bulat,wakaka