MUNGKINKAH?



MUNGKINKAH?
penaberkala

Ingin ku lihat
Yang kaya itu berjalan kaki
Yang miskin itu menaiki Ferrari

Ingin ku dengar
Yang bijak pandai itu gagal
Yang bodoh sombong itu berjaya

Ingin ku sentuh
Yang merah membara itu dingin
Yang jernih berasap putih itu hangat

Ingin ku rasa
Yang manis itu kopi
Yang pahit itu gula
Yang pedas itu garam
Yang masin itu lada

Ingin ku tahu
Yang bercakap benar itu petualang
Yang lidah bercabang itu pejuang

Ingin ku bertanya
Mungkinkah?

Ingin ku beri
Yang berkata mungkin satu persoalan
Yang berkata tidak satu jawapan


Tiba-tiba rasa selesa meluahkan kata-kata dalam bentuk penulisan kreatif. Bukan nak berlagak jadi sasterawan negara, cuma jiwanya ada di situ. Kali ini, lebih selesa menyampaikan yang tersirat dari yang tersurat. Mungkin sudah bosan asyik membaca yang tersurat, situ sana sini terpampang. Sampai mual dan sesak nafas sendiri.

Kali ini, izinkan diri sendiri faham apa yang ditulis. Menulis dari ilham dan pemikiran sendiri. Mungkin ada antara mereka yang lain di luar sana juga faham, cuma faham dengan persepsi dan pemahaman yang berbeza. Itu cukup, asal mesej itu ada. Mungkin ada langsung yang tak akan faham, "gila apa duk membebel, karut semua ni, blablabla", biarkan mereka, itu kuasa mereka.


"menulis kerana suka, jangan sampai terpaksa"
"menulis ikut rasa, biar orang membaca pun suka"
"menulis itu bahaya, jangan sampai jadi bahana"
"semua mampu baca, tapi tak semua mampu menulis"
"semua mampu menulis, tapi bukan semua nak jadi penulis"

penaberkala

Post a Comment

9 Comments

  1. bila jiwa menulis, hati merasa.

    sentuh ke lubuk jiwa.

    dill.

    ReplyDelete
  2. menulislah utk kepuasan diri sendiri, bukan utk kepuasan org lain :P

    ReplyDelete
  3. pergh syahdu mendengarnya..
    manusia memang banyak keinginan, ada yg dapat dikecapi dan ada yg tidak..
    terlalu tersirat utk dihuraikan..

    p/s : lama juga tk dtg sini, kat australia tu belabuh je, anak sihat makin comel, alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang, yang tersirat beri lebih makna daripada yang tersurat... Kadang-kadang, yang tersirat itu punya makna besar lebih daripada apa yang tersirat...
    Yang pasti, individu tersebut sendiri menilai sesuatu yang mampu dinilainya. Mengetahui isi hati penukil kata? Mungkin kita dapat mengetahui, mungkin kita tidak, hanya sang penulis dan Tuhan sahaja yang mengetahui.

    ReplyDelete
  5. alah wei. teruskan je. aku suke bace. rileks okay. biarkan mereka begitu. mereka hanya mempunyai otak yang sempit!

    chill. chill.

    :)

    ReplyDelete
  6. mungkin...
    hanya mungkin.
    tapi berapa tinggi taruhan itu?

    yang kita nampak beda sama sekali dengan yang kita harap.tapi itu juga mungkin lebih baik.

    jika si kaya berubah jadi si miskin?
    mungkinkah si miskin tadi punya hati yang baik seperti mana sebelumnya atau mungin lebih teruk lagi sifat tamaknya daripada si kaya yang asalnya?

    itu juga mungkin?

    ReplyDelete