SERIBU ISU
Sehari-hari
meniti di bibir mulut orang berbicara
di kaca televisyen
di dada-dada akhbar
di media-media cetak
di media-media elektronik
tweeter
facebook
blog
tidak terkecuali
tak terlepas
di warung-warung kopi
aku, kau,dia
ya, kita!
dengar, lihat dan baca
satu persatu
hari demi hari
apa yang sedang berlaku
macam-macam
lebih satu
mungkin seribu
apa yang kita mampu
dengar, baca, tengok
bercakap
berbicara
ambil tahu
diam membisu
atau buat buta dan bisu
tak payah ambil tahu
pilihlah salah satu
kadang-kadang perlu lebih dari itu
sendiri tentukan
tapi ingat
baca, lihat, dengar
fikir degan bersih
rasional
jangan emosi
tak guna menyalak sendiri
cuba sembunyikan warna bendera dalam almari
sekejap
kaji dan teliti
satu
soal agama rasmi
Islam,Kristian
mana satu?
Ada kata betul
Ada yang sangkal
Ada yang nak playsafe
Tapi satu
perlu ingat
mana letaknya perlembagaan?
Artikel 3 (1)
tak kan itu pun tak tahu
hati-hati
jangan buat buta dan tuli
dua
tonton video seks berjemaah
ibu ayah dan anak-anak
depan tv?
mana taknya
sudah ada terpampang di depan mata
sengaja?
tidak bagi yang menonton
sedikit je pun, sensor kot
ya, memang betul
tapi relevenkah?
tak malu ke nak jawab
mungkin si kecil akan tanya
umi, apa itu?
papa, mereka buat apa ni?
ternganga gamaknya
sekarang perlu tanya
salah siapa?
untuk apa?
wajarkah?
tepuk dada, tanya selera
tepuk kepala, galilah dengan akal
tiga
simbah asid
takut, ngeri, kejam, zalim
ya, setuju
mangsa tak berdosa
ya, mereka tak salah apa-apa
motif?
entah
takziah kepada mangsa
hati-hati kepada semua
bila isu timbul
desas-desus pun muncul
ada yang kaitkan dengan peristiwa 13 mei?
perlu ke?
ada bukti, ada saksi?
cuba teliti
jangan main sembur
telan tanpa kunyah
ini jenayah
tolong
hindari prejudis
tangkap yang salah
buru sampai dapat
bagi ganjaran setimpal
empat
tanah runtuh
Hulu Langat, Kajang
Mangsa?
Anak-anak yatim
Rumah Anak Yatim Al-Taqwa
lebih kurang 25 tertimbus
ramai yang terkorban
Innalillah wa-inna ilaihi raji'un
daripadaNya kita datang
kepadaNya kita kembali
maut tak kenal siapa
takziah kepada mangsa
harus puji
rakyat kita sungguh prihatin
peka
pemurah
kagum
lima
halal atau haram
sampai bila nak berteka-teki
logo halal terpampang
semua yakin
duduk makan semeja
tanpa sedikitpun ragu-ragu
hari ini
penemuan DNA ba alip ba ya dalam ujian
serta-merta haram
tercalit nama restoran sana sini
terkena tempias haram
eh, aku pernah makan
eh, aku pun
kau pun?
sama
ketawa? senyum? blurrrr?
semua keliru
apa fungsi logo halal?
sekadar boneka?
menghalalkan yang haram
arghhh, keliru
bila ada syubhah
jangan cuba pura-pura yakin
haram hukumnya
kedai mamak, mee segera, bahan mentah
mula jadi tanda tanya
seolah-olah tidak selamat
untuk makan di bumi sendiri
oh, mencabarnya!
cukup lima
jenuh nak atur sampai seribu
tak masuk lagi lain-lain isu
tandas awam
harga petrol
harga kuih gerai mak cik jenab
bakar bendera
bola sepak
subsidi
royalti
integrasi nasional
jawabnya
kepala di bawah kaki ke atas
izinkan aku berleter di ruangan sendiri
agar aku tidak hanyut dibuai mimpi
penaberkala
p/s : mungkin apa yang aku rasa kau juga merasa, tak banyak mesti ada sikit. Walaupun mungkin pemikiran kita berbeza. Tidak perlu angguk tanda setuju. Ini mungkin hanya apa yang aku tahu.Sedikit, ye hanya sedikit.
Ada apa-apa isu yang tertinggal yang mahu dikongsi?
15 Comments
dah la suhu tengah panas sekarang. dengan benda-benda ni semua, memang buat keadaan lagi panas la.
ReplyDeletedunia sekrang dah tunggang langgang dah terbalik.sana sini jaja nama tayang harta.
ReplyDeletejadi mangsa rakyat juga.
bunuh sana fitnah sini.video seks tengok ramai-ramai tayang seluruh negeri.macam tengok wayang.
esok lusa bila ada anak terbuang tunding jari salahkan sana sini.tapi lupa tak sedar diri siapa yang beri didikkan?
yang haram dah jadi halal yang halal di haramkan.keliru sampai tahan perut sebab ragu-ragu takut nak makan bukan tak mampu bayar tapi takut ada campuran meragukan.
runtuhan rumah anak yatim?
selalu sangat...
banyak kes runtuhan sana sini semua tempat kita tengok kat mana?
lereng bukit,tepi bukit,atas bukit.
persoalannya,kenapa masih mahu bina bangunan di kawasan berbukit?
kerajaan tak boleh support ke buat bangunan kat tanah rata lebih selamat selain dari bukit dalam hutan sana tuh?
pelik...
pengajaran lalu tak beri kesan......salah siapa?
salah manusia itu sendirilah!
banyak pengajaran dari apa yang awak tulis. moga kita semua lebih peka dengan segala yang berlaku di sekeliling kita.
ReplyDeletesemoga Allah bantu kita.
dill.
lumrah alam boss... ada gula sikit, garam sikit.. hehe
ReplyDeletelepas 1, 1 datang.. bila 2 datang then pergi, terus datang lagi 10.. hahaha msalah2x
ReplyDeletedunia akhir zaman....
ReplyDeletebetul betul. sekarang semua hal yg perlu dititik beratkan macam dah takde ape. bahaya sane sini. halal haram nampak sama. macam mana? haih. tak gune mengeluh tp disuarakan juga hampa tanpa hasil. =.="
ReplyDeletemcm2 bende berlaku skg..xtau dh nk wt ape..dgr pekakkan tinge n wt yg terbaik. kehkehkeh
ReplyDeleteMalaysia skrg dah macam Amerika
ReplyDeletetak masuk isu Arak lagi -> Malaysia pengguna 10 terbesar dunia
Meatball IKEA Halal
hermmm..lama tak datang sini.mesti tak mengecewakan ilmu y dapat kat sini.Still da same.
ReplyDeletesetuju dgn semua y awak tulis...tp,tak tahan tu..harga kuih gerai mak cik jenab pun masuk..haha
mcm2 hal dah sekarang ni. isu makanan ade baby tu menakotkan. ramai yang tak tahu then makan, termasuk aku.
ReplyDeleteurgh. halal haram dicampur adukkan. depa ni gila!
yang DNA babi tu kek ape ek??
ReplyDeletehe3..aku makn sr gak..waaaa
ReplyDeletebiar pun bkn seribu terasa mcm semuanya tertulis di puisi itu. harus di renungi dgn akal, bkn membaca dgn hiburan
ReplyDeletebagus..begitu alert skali isu2 semasa :)
ReplyDelete