Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Lobang digali menggali lobang
Untuk menutup lobang
Tertutup sudah lobang yang lama
Lobang baru terbuka
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Lobang digali menggali lobang
Untuk menutup lobang
Tertutup sudah lobang yang lama
Lobang baru terbuka
Kat atas ni sebahagian lirik lagu "GALI LOBANG TUTUP LOBANG". Lirik lagu di atas sebenarnya pasal hutang. Pinjam duit keliling pinggang, tapi tak gheti-gheti nak bayar. Hutang sana, hutang sini, nak bayar tapi liat. Walaupun hakikatnya, hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Tapi, hari ni bukan nak cakap pasal hutang, pemiutang dan penghutang. Cuma nak cakap pasal "GALI LUBANG TUTUP LUBANG".
Aku cuma tertarik dengan baris ayat ni, Lobang digali menggali lobang, Untuk menutup lobang, Tertutup sudah lobang yang lama, Lobang baru terbuka. Aku nak gunakan baris ayat ni sebagai analogi tentang apa yang sedang berlaku sekarang di dunia blog mahupun twitter. Pendek kata, di dunia siber tanpa sempadan ni.
Mula-mula, mari kita kecilkan skop perbincangan. First skali, untuk pendefinisian. Cuba kita takrifkan lubang ini sebagai "aib". Ya, "aib" seseorang. Gali pula sebagai "usaha seseorang terhadap aib tersebut". Menutup lubang dan membuka lubang pula adalah "usaha orang sekeliling berkaitan aib terbabit". Aku rasa "aib" apa, tak perlu diperjelaskan panjang lebar di sini kerana aku yakin lebih sejuta orang dah tahu (propa je nih). Maksudnya, dah ramai orang tahu pasal isu yang ingin aku utarakan di sini. So, tak payah buat blurr.
Lobang digali menggali lobang
Aku tak pasti dari mana lubang ini dijumpai. Tapi yang pastinya, lubang yang dijumpai itu kini digali dan terus digali. Kepada penggali asal, memang sah-sah la dia gali lubang untuk timbus diri sendiri. Untuk orang sekeliling pula, mungkin lubang yang telah digali itu menjadi satu fobia untuk mereka, takut-takut terjerumus dan tertimbus sama. Untuk sebahagian manusia pula, ada yang mengaggap lubang itu satu "nikmat" buat mereka. Gayanya seperti ada potensi selaku bisness baru untuk digali dan dikorek. Seterusnya dalamkan lubang itu untuk kepentingan sendiri. Nak dapatkan emas, harta karun, mata air mungkin.
Untuk menutup lobang
Ramai yang berziarah ke lubang itu. Ada yang sekadar lalu-lalang, ada juga yang singgah sekadar ingin membuat ujikaji dan eksperimen. Tidak terlepas, ada yang berusaha untuk menutup lubang itu. Malangnya, bukan semua yang menutup lubang itu menggunakan teknik yang betul. Ada yang menggunakan teknik kotor, hanya sedikit yang menggunakan teknik yang berkesan dan menjurus ke arah kemaslahatan sejagat.
Tertutup sudah lobang yang lama
Kata sesetengah yang bertanggungjawab untuk menutup lubang itu, "Tak elok gali lubang untuk timbus diri sendiri". Bunyinya sungguh prihatin dan cakna. Tapi, sejauh manakah keberkesananya dan jaminan untuk menutup lubang lama itu?
Lobang baru terbuka
Apa yang jelas kelihatan hari ini, bukan semakin cetek lubang itu, malah makin dalam dibuatnya. Yang berpesan, menasihati, malah yang mengutuk tindakan itu sekalipun semakin teruja untuk menggali lubang itu agar semakin dalam dengan cara mereka sendiri. Bukan setakat itu, malah dinaik taraf pula dengan teknologi mereka sendiri agar lubang itu semakin maju. Gali sana, gali sini. Semakin banyak lubang-lubang kini bertebaran di sana sini. Motif? Tujuan? Apakah sebenarnya? Hanya mereka yang bertanggungjawab sahaja mampu menjawabnya.
21 Comments
bagus nasihat dan teguran anda. sangat lembut dan memberi panduan
ReplyDeletehaha mula-mula dengar lagu tu macam geli. kadang-kadang tak semua boleh dikongsikan haha
ReplyDeletehmm....................
ReplyDeletesaya pegi jenguk je, tak komen ape2 pun.. sebenarnya pendedahan 'orgtu' sgt penting, menunjukkan betapa tingginya kebejatan sosial sekarang.. mungkin dia kurang perhatian ibubapa.. post2 dia membuatkan saya melihat balik adik saya yang form 2.. dia masih manja, masih tak tahu banyak (mcm innocent gitu) dan dia lelaki.
ish.. boleh percaya ke ni?
peh, setuju. kalau kawan kawan tak sebar, mana orang nak tahu perkara ni. dan aib takkan terbongkar.
ReplyDeletetq atas penulisan bernas ini.
Freaky:
ReplyDeleteteguran utk diri sendiri jugak sebenarnya ni
sekadar berkongsi apa yg difikirkan
[ acabond ]:
ReplyDeletetu pasal, klu sebut lubang semua dah pikir lain dah,aishh
yup, setuju
pasal hal dalam kelambu pun nk cerita satu dunia memang tak leh la
norashikin rahmat:
ReplyDeletehonestly tu say, sy pun pergi baca jugak entri dan komen-komen terbabit
agak terkesima jugak la, only 14
yup, betul tuh. Adanya kes macam ni memang dapat dijadikan kayu pengukur utk kes sosial hari ni. Klu takde, kita pun x sangka kan?
but, the way the story spreads, wow
sungguh cepat di blog mahupun tweeter
in this case, ada pro dan kontranya
pasal percaya ke tak, tak leh nk jawab sebab kita takde jawapan.
Mungkin juga ini memang kerja "dia", dan mungkin juga bukan kerja "dia", means ada org lain di sebalik cerita yg dibuat.
wallahualam
mirul:
ReplyDeletehaha, betul. Aku pi baca pun bila ramai gila orang letak link kat tweeter dan sekarang berlambak di blog.
Kongsi maklumat tu ada bagusnya, boleh jugak kita tahu. Tapi kena betullah caranya.
thanks bro for the comment
pembunuh sempelat!!
ReplyDelete*perkataan baru ku hari ini. :-)
**psstt! dah boleh komen ni. syukurlah nak.. (",)
ReplyDeleteblog-tips-kurus:
ReplyDeleteoh, nasib bek dah boleh komen
ingat dah ada problem ke apa
thanks
sempelat tu maksudnya berlumur dengan kotoran/berselekeh, camtu la lebih kurang
menarik jgk apa yg ko tulis ni.. hehe gali5 lobang...
ReplyDeleteowh
ReplyDeleteada lagu rupanya bab2 gali2 nih
suka entry nih
menarik la
pandai ko hurai satu persatu
nice entry
go go salleh yaakob.
ReplyDeletehhehe.
saye cume lalu lalang je. nak tokok tambah saye tak reti. saye bukan budak yang hafal hadis setiap masa. nak nasihat pun saye tak tahu. cume berharap, dia berubah..
manusia selalu buat silap. saye tahu itu. (:
Rakyat malaysia memang begitu prihatin terhadap isu yang panas-panas saja.pandai bercakap tapi cepat melatah.
ReplyDeletenak tunjuk jalan tapi tak tengok peta nak mengembara tapi tak punya kompasnya sudahnya sama-sama terjerumus dan tersesat sama.
buat sesuatu biarlah berhemah jangan nanti orang pandang kita ni bangsa yang lemah.
owh,rasanya apa penilaian kita terhadap penggali lubang yang asal ya? dia yang pertama,jadi apa yang dia cari di alam maya ini sehingga terjumpa?
hahaa..
ReplyDeletemendalam maksud dia.. berkali2 bace bru phm isi tersirat..kdg2 kita sendiri x sdr wt silap tp teguran demi teguran membantu kita jd lebih baik..
NICK IRFAN:
ReplyDeletesekadar menulis dan mengupas isu semasa
merasionalisasikan apa yg berlaku di depan mata
Hans:
ReplyDeleteyup, tu serangkap lirik lagu yang aku ambil
best gak lagu tuh, sarat dengan mesej pasal hutang
thanks bro
aku sekadar menulis apa yg terlintas di kepala je
selebihnya, biarkan pembaca mentafsirkan sendiri
cik azeya"
ReplyDeletesalleh yaacob eh yg nyanyi lagu ni?
yup, sama la
semoga dia berubah, yg penting apa yg berlaku tu jadi pengajaran buat yg lain supaya tidak mengulangi apa yg telah terjadi ni
pisau belati"
ReplyDeleteterima kasih untuk komen dan pandangan
agak setuju yang bab cepat melatah
contohnya isu-isu lain sebelum ini
tanpa kesahihan, sudah ramai yg sudah berani keluarkan kenyataan berbentuk hebahan tanpa mengajak orang utk selidik dan mengkaji
bab peta, kompas tu memang menarik
nice analogi
betul tuh, bila bangsa cepat melatah, bangsa kita semakin lemah
dari persepsi penulis, penggali lubang utama adalah pemilik blog berkenaan
gara-gara lubang yg digali, tertimbus diri sendiri
ke-duanya, penggali sisipan iaitu selain daripada tuan empunya blog
Di sini pelbagai ragam ada.
Ada yg berbentuk nasihat, ada yg berbentuk kutukan.
darkbatman:
ReplyDeleteentri untuk difikirkan bersama
bukan paksaan utk diikut 100%, cuma untuk perbaiki apa yg patut bagi sesiapa yg rasa perlu
p/s : terutama ak sendiri