BENDERA
Nukilan : penaberkala
Ada apa pada bendera?
Kau kibar di sini sana
Kau gantung di mercu menara
Kau pacak di tanah rata
Kau kibar di puncak pokok kelapa
Kalau kau sendiri tidak faham
ertinya
Apa salah bendera?
Bila sanjung kau kibar
Bila naik hantu kau bakar
Bila bangga kau pacak
Bila naik angin kau pijak
Apa guna warna bendera?
Bila merah
Buat semua bikin amarah
Bila biru
Buat semua bikin haru-biru
Bila hijau
Buat semua bikin pencacau
Bila kuning
Buat semua bikin pening
Bila putih
Buat semua bikin merintih
Apa rasa bila bendera menjadi
alat?
Atau diri sendiri diperalat?
Alat tebalkan lemak perkauman
Alat kebalkan tembok kenegerian
Alat semarakkan api sentimen
murahan
Alat perkukuhkan benteng pemisah
Alat menghangatkan semangat assabiah
Alat membakar kemarahan pihak yang bertelagah
Sedih cukup sedih
Melihat nyalaan merah jingga pada bendera
Kau pijak di sini sana
Kau ganyang merata-rata
Kau herdik, kau hina
Tanpa rasa sekelumit cakna
Cukup lah cukup
Nyalakan api yang bisa membakar
jiwa
Mari lah mari
Padamkan bara yang bisa menyalai sanubari
Ayuh lah ayuh
Rasionalkan tindak-tanduk
Jangan asyik menjadi pelanduk
Yang hidungnya dicucuk-cucuk
Kelak yang berdiri pun bisa
terduduk
Ingatlah
Bendera itu terselit hikmat
Bendera itu tercalit khidmat
Bendera itu terpalit hakikat
Bendera itu tercatit keramat
Contest Aku Berpuisi
Syarat-syarat penyertaan
- Tema Puisi adalah bebas, bergantung kepada kreativiti anda. Yang paling penting puisi bermesej dan asli. (Cadangan tema: Kemanusiaan, Palestin, Agama, Nasihat, Politik)
- Wujudkan satu entri puisi di blog anda disertakan dengan Banner Contest Aku Berpuisi & Tajuk entri "Contest Aku Berpuisi-Tajuk Puisi Anda". (Contoh tajuk: Contest Aku Berpuisi-Jasa Guru)
- Tinggalkan link pada ruangan komen entri Contest Aku Berpuisi.
- Tag 3 orang kenalan blog
- Tarikh Akhir 16 Ogos 2011
Kehakiman
- Peringkat Saringan: Pemilihan 20 puisi yang terbaik daripada semua puisi.
- Peringkat Akhir: 3 panel pemilih akan dirujuk iaitu para pensyarah dalam bidang Kesusteraan Melayu untuk menilai 3 puisi yang terbaik untuk ditabalkan pemenang.
Hadiah
- Novel Sastera Melayu yang diiktiraf kepada 3 pemenang utama (Tajaan Blogger WARNA DAN AKU)
- Topup RM30 kepada Puisi Terbaik (Tajaan Blogger MIECYBER'S BLOG)
- Button Batch Contest Aku Berpuisi kepada 3 pemenang utama
- Button Batch Contest Aku Berpuisi kepada 5 puisi yang bertuah
NOTAKAKIPUISI : Aku teringin nak tengok puisi dari 3 orang rakan blogger yang aktif berkomentar di blog ini dan berbakat besar dalam penulisan kreatif iaitu (1) Monolog Dalaman (2) Pisau Belati dan (3) Musafiran Dunya
Puisi ini telah terpilih sebagai 5 puisi pilihan untuk Constest Aku Berpuisi di blog Mohamad Azhan dan turut diterbitkan di blog beliamuda
Puisi ini telah terpilih sebagai 5 puisi pilihan untuk Constest Aku Berpuisi di blog Mohamad Azhan dan turut diterbitkan di blog beliamuda
26 Comments
perghh..menarik..ada can nk menang ni =D
ReplyDeletepenaber~~pencacau?? apakah itu?heheheh.
ReplyDeleteNot bad ko punya..senang nak paham, bila bca tu terbayang2 mcm2 peristiwa pasal bendera ni :)
aku rasa dah tahu dah siapa pemenang
ReplyDelete:-)
http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html
wah2..
ReplyDeletex terpk pasal bendere nih
bagus!
semangat patriotik nih!
heeee
nice one!
>_____<
salam sahabat puisi =)
ReplyDeleteTerima kasih atas penyertaan, puisi yang ringkas tetapi padat mesejnya. Bendera lambang sesuatu yang kadang2 disalah guna demi kepentingan tertentu.
Hazwan Arif:
ReplyDeletesaja mencuba nasib
TYNTHA LANA:
ReplyDeletepencacau tu maksudnya azimat utk mengelirukan atau membingungkan orang
ye ke? thanks ya
apepun, wish me luck
Hans:
ReplyDeletelol, ak baru je join
ko dah lama join, besar kemungkinan boleh menang,haha
aimie amalina:
ReplyDeletekadang-kadang apa yang berlaku di sekeliling boleh jadi ilham
rembat je,haha
Mohamadazhan.com:
ReplyDeletesalam sahabat organizer
yup, betul tuh
kadang-kadang, disalahertikan dan disalahgunakan
Maksud jelas dan indah...
ReplyDeleteThanks for a good poem ^^
arepchepha:
ReplyDeleteterima kasih
sekadar melontarkan pandangan :)
salam alaik..
ReplyDeletesaya turut join contesr ini..
follow sini...jom ke blog ana,,
~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali:
ReplyDeletewsalam
terima kasih singgah
salam kenal :)
good luck utk contest ni
Sebuah puisi yang matang dan berkesan. Ambo suko
ReplyDeletetu la.. xsangka pulak dapat masuk final top10.. gud luck
ReplyDeletetahniah...
ReplyDeletetersenarai top 10..
gud luck!!
Alif Pauzi:
ReplyDeleteterima kasih boh
sekadar berkarya apa yang ada di depan mata
Shaker™:
ReplyDeletetahniah bro
apapun, all the best for the final result
Lia Irdelia:
ReplyDeletethanks :)
wish me luck ok
wahh! hebat! tahniah dapat jadi top 10 ok? goodluck :)
ReplyDeletemaizatulsuraya:
ReplyDeleteThanks ya :)
Tahniah
ReplyDeletetahniah! =)
ReplyDeletetahniah utk 5 puisi pilihan..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete