Siapa kata dah besar panjang, tanggungjawab sebagai seorang anak semakin berkurang?
Siapa kata dah besar panjang, kasih sayang kita pada mereka pun semakin berkurang?
Siapa kata dah besar panjang, kita bebas nak melakukan apa saja tanpa pengetahuan mereka?
Siapa kata dah besar panjang, dah berkeluarga sendiri, tanggungjawab kepada ibubapa tak perlu lagi?
Siapa kata dah besar panjang, kita tak perlukan mereka di sisi?
Kita masih perlukan mereka bukan? Mereka perlukan kita lebih dari itu!
Kasih mereka tulus dan abadi, akan kekal sampai ke mati
Tetapi adakah kasih kita pada mereka tidak berbelah bahagi?
Tanya sama hati
Ketahuilah "HAK" mereka, dan katahuilah "TUNTUTAN" kita terhadap mereka
TUNTUTAN INSAN BERGELAR ANAK
- Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
- Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
- Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
- Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.
- Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
- Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
- Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.
- Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
- Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
- Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
- Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
- Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.
- Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
- Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
- Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
- Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
- Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
- Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
- Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
- Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.
- Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.
Bahagiakan mereka sementara mereka masih ada
Ukirkan senyuman manis di bibir mereka
Hilangkan sedikit kerut jerih-perih di wajah mereka
Dengan meluangkan masa bersama dan layanan istimewa
Kirimkan doa buat mereka tidak kira di mana jua kita berada
Kerana kita di sini hari ini kerana doa mereka!
Renungan #2
Kecik-kecik dulu, kita sentiasa dibelai dan dimanja. Besar-besar pun, kita masih sempat merasa kasih sayangnya. Persoalannya, sampai bila? Di saat peluang terbuka luas, elok benar kita merasa kasih sayang mereka. Bukan hanya di dunia, tapi biar sampai syurga. Kasih sayang mereka pada kita nampak ketara, tetapi kasih sayang kita pada mereka, adakah jelas di mata mereka? Semoga apa yang kita buat dapat membahagiakan mereka. Kalau dulu untuk mereka berdua, tapi kini hanya untuk dia yang satu, ibuku tercinta. Semoga untuk satu yang ada, aku dapat bahagiakannya dan gembirakannya sampai bila-bila. Kerana, tanpanya aku tiada di sini.
8 Comments
nice entry
ReplyDeleteaku suka :-)
hormatilah ibu bapa kita selama2nya
Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis
keep ur good writting penaberkala!
ReplyDeleteu have to be called anak mithali, i bet. hehe.
setuju sgt2 dgn penyamapaian penaberkala! :))
my parents adalah segalanya. selagi mereka masih hidup, selagi itu mereka harus dikasihi dan disayangi.
ReplyDeletesesama m'igtkan.. gud entry
ReplyDelete:)
Hans:
ReplyDeletethanks bro
yup, betul tuh
hormatilah ibu bapa kita selama2nya
Rtp Farra Arisha:
ReplyDeletebaik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan teladan
thanks ya singgah dan komen
macam kenal je, adik fifiey lychee maration eh?
salam kenal
NHAR:
ReplyDeleteya betul
selagi cuti masih berbaki sebulan lebih sebelum ke Iowa ni, selagi itulah sempat nk bermanja ngan mereka kan?haha
happy holiday
Fyqa:
ReplyDeletethanks :)