RENUNGAN #2 : TUNTUTAN INSAN BERGELAR ANAK


Siapa kata dah besar panjang, tanggungjawab sebagai seorang anak semakin berkurang?

Siapa kata dah besar panjang, kasih sayang kita pada mereka pun semakin berkurang?

Siapa kata dah besar panjang, kita bebas nak melakukan apa saja tanpa pengetahuan mereka?

Siapa kata dah besar panjang, dah berkeluarga sendiri, tanggungjawab kepada ibubapa tak perlu lagi?

Siapa kata dah besar panjang, kita tak perlukan mereka di sisi?

Kita masih perlukan mereka bukan? Mereka perlukan kita lebih dari itu!

Kasih mereka tulus dan abadi, akan kekal sampai ke mati

Tetapi adakah kasih kita pada mereka tidak berbelah bahagi?

Tanya sama hati


Ketahuilah "HAK" mereka, dan katahuilah "TUNTUTAN" kita terhadap mereka

TUNTUTAN INSAN BERGELAR ANAK

  • Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
  • Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
  • Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
  • Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.
  • Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
  • Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
    • Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.

    • Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
    • Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
    • Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
    • Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
    • Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.
    • Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
    • Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
    • Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
    • Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
    • Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
    • Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
    • Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
    • Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.
    • Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.

    Bahagiakan mereka sementara mereka masih ada
    Ukirkan senyuman manis di bibir mereka

    Hilangkan sedikit kerut jerih-perih di wajah mereka
    Dengan meluangkan masa bersama dan layanan istimewa

    Kirimkan doa buat mereka tidak kira di mana jua kita berada
    Kerana kita di sini hari ini kerana doa mereka!



    Renungan #2
    Kecik-kecik dulu, kita sentiasa dibelai dan dimanja. Besar-besar pun, kita masih sempat merasa kasih sayangnya. Persoalannya, sampai bila? Di saat peluang terbuka luas, elok benar kita merasa kasih sayang mereka. Bukan hanya di dunia, tapi biar sampai syurga. Kasih sayang mereka pada kita nampak ketara, tetapi kasih sayang kita pada mereka, adakah jelas di mata mereka? Semoga apa yang kita buat dapat membahagiakan mereka. Kalau dulu untuk mereka berdua, tapi kini hanya untuk dia yang satu, ibuku tercinta. Semoga untuk satu yang ada, aku dapat bahagiakannya dan gembirakannya sampai bila-bila. Kerana, tanpanya aku tiada di sini.


    RENUNGAN #1 : 10 SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN


    notakaki : Mood nak balik kampung. Mid-semester break sudah dekat, tapi kerja bertimbun-timbun lagi tak siap.

      Post a Comment

      8 Comments

      1. nice entry
        aku suka :-)
        hormatilah ibu bapa kita selama2nya

        Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

        ReplyDelete
      2. keep ur good writting penaberkala!
        u have to be called anak mithali, i bet. hehe.

        setuju sgt2 dgn penyamapaian penaberkala! :))

        ReplyDelete
      3. my parents adalah segalanya. selagi mereka masih hidup, selagi itu mereka harus dikasihi dan disayangi.

        ReplyDelete
      4. sesama m'igtkan.. gud entry

        :)

        ReplyDelete
      5. Hans:
        thanks bro
        yup, betul tuh
        hormatilah ibu bapa kita selama2nya

        ReplyDelete
      6. Rtp Farra Arisha:
        baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan teladan

        thanks ya singgah dan komen
        macam kenal je, adik fifiey lychee maration eh?
        salam kenal

        ReplyDelete
      7. NHAR:
        ya betul
        selagi cuti masih berbaki sebulan lebih sebelum ke Iowa ni, selagi itulah sempat nk bermanja ngan mereka kan?haha

        happy holiday

        ReplyDelete