TIPS : PRANK BIRTHDAY DAN HADIAH ISTIMEWA

Time belajar kat universiti ni, macam-macam trend ada kalau nak prank member time birthday mereka. Tapi benda paling kejam aku buat time birthday Amir Maliki. Nak prank tuh siap plan ambil masa seminggu. Prank terbaik punya, paling banyak watak dan tempat yang digunapakai. Maklum la, ada orang sponsor kek kot malam tuh, ehem-ehem. Klimaks dia, motosikal aku yang dia pinjam tiba-tiba hilang. Masa tu aku berlakon baik punya, buat muka tension dan bimbang. Lakonan mantap Asip, Sariy, Zuhair dan dibantu pelakon tambahan Amin, Jahar, Seli, Pehe, Pok Jak pada masa tuh. Terbaik punya,hahahahaha. Itu semua 3 tahun yang lepas.


Prank-prank lain macam baling tepung, pecah telur, conteng kereta guna cat, dan macam-macam lagi antara trand yang kerap orang gunapakai. Tapi makan masa untuk buat. Kalau silap haribulan, buat pada mereka yang 'panas baran', aku rasa mampu je dapat flying kick free-free. Ulam dicita, pucuk mendatang.


Kali ni, mai nak bagi tips untuk prank birthday spontan. Bukan semua birthday member kita ingat kan? Alang-alang dah tau, tak syok nak ucap kat facebook je. Apa kata kasik prank sikit, bikin gempak biar sampai pecah perut. Raikan hari ulang tahun member, sekali setahun je.


Tips mudah je. Kalau keadaan terdesak, dalam masa yang singkat dan tidak sempat untuk membuat persediaan, take it easy. Pilih la barang-barang yang ada, balut cantik-cantik, jadikan sebagai hadiah.


Contoh macam ni


Aku dan housemate bersepakat kasik hadiah sorang satu sempena birthday member aku sorang ni. Idea spontan, balut dengan kertas surat khabar dan kertas A4 pun jadi laa. Asal ikhlas kan? hahaha. At least, gembira sikit member yang sambut birthday tu bila diraikan walaupun tidak seberapa. Ye dok?

Pok Jak dengan hadiah No 1, Pehe dengan hadiah No 2, aku dengan hadiah No 3, dan Amir dengan hadiah No 4.

Siap-siap balut, plan cantik-cantik, call cameraman (Alip) untuk rakam sebagai kenangan, maka prank pun bermula. Rombongan ke bilik mangsa. Tu dia, terkejut beruk tuan punya badan. Tiba-tiba banyak dapat hadiah birthday tahun ni.

Upacara membuka hadiah pun bermula sambil dirakam. Aksi mangsa yang 'excited' membuka balutan hadiah sambil berteka-teki adalah moment paling suspen dan akan kami ingat sampai mati. Nak tengok, try godek video kat youtube,hahaha. Gegey-gegok rumate dia duk suko selok, Mak Ming.


Hasilnya, aku tak sanggup nak story.....



Apapun, anggaplah birthday kali ni paling meriah dan paling banyak hadiah,lol.


Happy Birthday to my bestfriend
merangkap coursemate dan housemate
Mohd Khairul Azhar Bin Abd Aziz
10764

crazy morning CJ7
Cilok dari firstforay
Happy belated birthday jugak untuk firstforay

Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam hidup.
All the best bro!


notakaki : sebab nama dekat-dekat, nombor matrik dekat-dekat, sebab tu lah tempat duduk dalam exam hall tak pernah berubah selama 5 tahun belajar kat UTP.

Post a Comment

28 Comments

  1. teringat masa blajar kolej dulu..
    time harijadi je mmg ada yang kena siram sebaldi air sabun..
    sampai ada member yg dah tau esok birthday dia sanggup tido kat bilik warden..hehe

    ReplyDelete
  2. zaman universiti la yang paling best..

    p/s: salam kenal saya follow blog nie.jemput ke blog saya

    ReplyDelete
  3. hahaha, ak ingat gi zaman bljr kat arau, meggi ruski tuh, favourite kot!hahahaha. tiap mngu kompem makan,hehehe. Ok la tu, prank ke tak, yg pnting ingat kan? :)

    ~ Tak pernah lagi di prank kan T__T hehee

    ReplyDelete
  4. haha. cun gak idea ko ne.. xpernah aku tpk.

    ReplyDelete
  5. LiFe KaMi:
    tu dia, kena siram dengan air sabun tuh,hahahaha
    bab lari bilik tidur bilik warden memang tak tahan, dahsyat sangat tu lari

    betul tuh, benda-benda macam ni la akan jadi kenangan nanti

    ReplyDelete
  6. Hazwan Arif:
    gi make mcD sekali dah padahal, tapi tak perasan
    kelik baru sedar birthday jaha,lol

    ReplyDelete
  7. Wan Pai:
    buat kenangan pai
    taun depan takleh dah nk buat, masing-masing bawa haluan sendiri dah lepas grad

    ReplyDelete
  8. Amy Syaquena:
    yup, setuju
    tp tinggal 6 bulan lagi zaman universiti sebelum berakhir

    salam kenal jugak
    terima kasih singgah komen dan follow

    ReplyDelete
  9. TYNTHA LANA:
    prank spontan ni kadang-kadang akan lebih ingat sampai bila-bila
    first time makan maggi RUSKI, tuan punya birthday la yg kasik try,haha

    ReplyDelete
  10. Darkbatman:
    hadiah simple, tapi pecah perut gak duk gelak semalam

    ReplyDelete
  11. gila sweet hadiah. pecah perut gua

    ReplyDelete
  12. neyra shazeyra:
    sweet kan? haha
    pendek kata, kenyang la perut tu
    pakej terus dari sarapan hingga ke makan malam

    ReplyDelete
  13. hai. bleh berkenalan? besday kite same. hihi

    dill.

    ReplyDelete
  14. hahahaha...bagusnya member2 pi seponser barang2 dapur/bhn makan....hahahaha

    ReplyDelete
  15. dill:
    owh, ada kembar tak seiras rupanya kat sini,haha
    happy birthday jugak miss dill
    semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  16. amirah:
    nak buat camne, tu je yang ada kat bilik masing-masing,haha
    kasik je lah, asal ada kan

    ReplyDelete
  17. hahahahaha
    korang bagi hadiah apa pun asal namanya hadiah pasti dia terharu punya lah

    eh,bukan tayang bontot...
    tayang body la
    hohohooh

    ReplyDelete
  18. terbaik punya idea.lepas ni boleh buat kat housemate juga.

    ReplyDelete
  19. Hans:
    cipta sejarah la kan kasik hadiah macam tu
    konfirm tak pernah dapat time birthday

    saja je sakat hang kat picture tu bro
    gambar taun bila tu?

    ReplyDelete
  20. Ruby:
    sila-sila
    konfirm kawan menangis terharu dapat hadiah banyak-banyak,haha

    ReplyDelete
  21. ok gak la bg hadiah makanan.blh gak makan..hehe

    ReplyDelete
  22. nik rosmawati:
    daripada takde langsung, baik ada kan? haha
    maggi pun maggi la :)

    ReplyDelete
  23. tiru idea ni la; nak bagi colleague tukar dept bulan dpn. agak2 beliau kecik ati tak? hehe!

    ReplyDelete
  24. blog-tips-kurus:
    dia lagi suka hati kot,haha
    gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati

    ReplyDelete
  25. jarang sgt nak celebrate birthday sendiri.. dr kecik sampai la skrg. Rasa krg minat nak celebrate.. kekekeke

    ReplyDelete
  26. THE LEKAT LEKIT STORY:
    sama lah,melainkan ada orang celebrate
    baru sekali, taun lepas,haha
    terharu kot

    ReplyDelete