Nukilan : penaberkala
Pusing kanan
Pusing kiri
Pandang atas
Kipas berputar ligat
Lagu-lagu diputarkan ke gegendang telinga
Mata masih belum mahu lelap
Resah
Gelisah
Keluh-kesah
Berdesing di cuping telinga
Aduh, sakit dicucuk-cucuk
Cis
Nyamuk punya serangan
Kepala mula berdenyut
Mata masih belum tertutup
Masih berkelip-kelip
Pandang atas
Kiri
Kanan
Sesekali ke luar tingkap
Cahaya berkelip-kelip
Oh, kilat
Diselangi petir
Guruh berdentum
Pranggg
Periuk jatuh di dapur
Sah
Si tompok punya angkara
Buat aku terkejut
Sunyi seketika
Fikiran melayang
Fikir dan terus berfikir
Ada apa di hari esok?
Rintik-rintik mula kedengaran
Oh, hujan
Dingin
Damai
Nyaman
Tarik selimut
Pejam mata
Lupakan segala
Jumpa lagi esok
Selamat malam!
Published with Blogger-droid v1.7.4
6 Comments
ish ish payah nak lelap mata yer..hehe
ReplyDeletebanyak befikir ni..
selamat malam bro..
Ni mesti update via S2? >_<
ReplyDeleteselamat malam penaberkala!
ReplyDeleteLiFe KaMi:
ReplyDeletetime free, memang susah nak lelap
time buzy, asyik mengantuk pulak
perangai mata betul,haha
Anonymous:
ReplyDeletesejak bila anon bermaharajalela ni,lol
amirah:
ReplyDeleteselamat hari raya cik mirah,haha