Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari
-Saidina Ali-
Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri
Tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang berharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan
Itu kata Andak Rabitah
Apa kata aku?
Nukilan buat sahabat
Apa pulak kata anda?
Renungan #3
Orang yang selalu beri kita semangat, orang yang selalu hulurkan bantuan ketika kita dalam kesusahan, orang yang sentiasa ada di sisi kita tidak kira ketika susah mahupun senang, orang yang berani memberi teguran dan nasihat, orang yang boleh melawak sedangkan kita dalam kemurungan dan kemarahan, orang yang mampu buat kita ketawa dalam tangisan, merekalah yang layak diberi gelaran sahabat. Ingatlah, walaupun rakan kita bukan daripada "rahim" yang sama, tetapi kita semua di bawah "ar-Rahim" yang sama. Rakan mahupun sahabat, adalah saudara kita.
Carilah rakan dan sahabat walau seribu kerana seribu itu sedikit.
Hindarilah musuh walau seorang kerana seorang itu ramai.
Entri terdahulu
14 Comments
aduh....tersentuh hatiku ini..tq rumet :)
ReplyDeletecayalah sahabat!!! semoga perkenalan kit adi dunia cyber ni, membungakan persahabatan sejati hendaknya... amin...
ReplyDelete"Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri.Tahu menilai setiap apa yang kita lakukan"..
ReplyDeletesy x rasa sy sahabat yg baik utk diri sendiri kerana ada masanya sy silap percaturan..~ (--")
sudikah penaberkala bersahabat dengan saya?
ReplyDeletetanpa insan bernama sahabat siapalah diriku ini.. hadirnya sahabat membuka lembaran baru dalam hidupku.. sahabat ada di kala aku kesepian, di kala aku kesedihan dan di kala aku hilang semangat..
ReplyDeleteya Allah, hanya padaMU aku memohon berkatilah persahabatan kami di dunia dan akhirat.. aminn..
tiru amirah juga lah
ReplyDeleteSudikah penaberkala bersahabat dengan saya?
ELf:
ReplyDeleteadeiii, rajalawak mari komen doh,haha
Sam Banjamin:
ReplyDeleteinsyaAllah bro
klu jumpa2 kat luar nanti, tegur-tegur la eh
semoga kenalan di dunia maya akan jadi kawan di dunia nyata
~SaL IjOu~:
ReplyDeletebetul tuh, rasanya setiap orang akn rasa yang sama
apapun, kita belajar dari kesilapan
baik dijadikan teladan, buruk dijadikan sempadan :)
amirah:
ReplyDeleteboleh je, no problem
len kali, pi penang buleh la jumpa,haha
HaiDa HiDa:
ReplyDeletesemoga sahabat yg kita sayang berada di bawah lindunganNya
hanya doa mampu diutus utk sahabat2 yg kini berada jauh di mata
Hans:
ReplyDeletekomen pun nak kopipes ke bro? adeii
boleh bro, no problem
nnt ak melawat kedah, ko kena bawa ak jalan-jalan,haha
wokeh no problem.roger2 la beta ya XD
ReplyDeleteamirah:
ReplyDeletebeyehhh
ready hidangan yg best-best eh