RESULT EXAM

Aku rasa, setiap orang yang bergelar pelajar tak sah kalau tak melalui fasa tunggu dan tengok "result exam". Selepas selesai fasa stress, "study week" dan fasa stress dan tak senang duduk, "exam", berehat sekejap di fasa "merdeka" tunggu result. Dan akhirnya, sampailah ke fasa yang ditunggu-tunggu iaitu fasa "result exam". Maunya kencing tak lawas, berak tak puas selagi result tak keluar.


Walaupun hidup dah 16 tahun bergelar pelajar sekalipun, tapi bila sampai time "result exam" tak pernah lagi tak rasa berdebar. Asyik berdebar je. Esok nak umum result exam, malam tuh dah mula rasa gelabah, tak senang duduk, gelisah dan resah.


Bila nak cek result exam pada hari diumumkan tuh, lagi lah berdebar. Mau gugur jantung. Aku tak jumpa lagi teknik macam mana nak hilangkan gabra time tengok result exam. Rasanya macam tak dapat nak elakkan diri dari rasa gementar. Korang ada tips? Ce bagi.


Hari ni, 6 Oktober 2011 adalah tarikh keramat result exam semester May 2011 diumumkan. Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang dicapai. Semoga semester September 2011 iaitu semester terakhir bergelar sebagai pelajar dapat ditamatkan dengan jayanya, insayAllah. Harap-harap, dapatlah naiikkan lagi prestasi untuk semester terakhir.





Sepintas lalu, tengok balik result-result lama sejak dari foundation hinggalah ke hari ini, rupa-rupanya dah 10 semester berlalu. Tinggal 1 semester je lagi. Semoga penghabisan nanti dapat memuaskan hati. Trend, macam biasa, sekali di atas, sekali di bawah. Tak ubah macam roda. Apapun, selagi roda mampu bergerak, selagi itu aku perlu mengayuh.


Doakan aku berjaya menghabiskan pengajian di semester terakhir ni. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin




notakaki : semoga sekeping keputusan hari ini dapat menggembirakan sekeping hati di kampung :)



Post a Comment

11 Comments

  1. weee
    finally..moge baek saje ye
    insyaAllah!

    ReplyDelete
  2. tahniah!

    one semester to go! jia you!

    dill.

    ReplyDelete
  3. aimie amalina:
    insyaAllah
    amin
    wish me luck

    ReplyDelete
  4. dill:
    xie xie miss dill
    doakan daku di sini

    ReplyDelete
  5. Tahniah dan teruskan berkayuh. biar patah dayung di tangan, dgn jari berkayuhlah jua.

    ReplyDelete
  6. shameel Iskandar:
    terima kasih bro
    insyaAllah, akan berusaha ke akhirnya

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete