"Semua pelajar dijemput hadir ke MPH untuk majlis perasmian bla bla bla..... Nanti persembahan dari Tronoh Theater Shop pun ada. Jemputlah datang"
"Tronoh Theater Shop akan mengadakan show di MPH. Jom la datang!"
"Tronoh Teater Shop bla...bla...bla.."
Ni antara dialog yang pernah aku dengar sewaktu muda-mudi dulu. Time bergelar adik junior muda trang tang-tang. Sebut pasal Tronoh Theater Shop (TTS), fikiran aku terus melayang dan hati mula berkata,"Kedai apa eh? Macam selalu je datang kat kampus ni" Nak buat camne, baca dan dengar TRONOH dan SHOP je, THEATER tu tak ambek pusing. Kedai la jadinya. LOL. Tapi tu masa foundation / 1st year la, skang dah celik sikit.
Usia makin meningkat, dulu junior, sekarang dah jadi senior sikit. Baru la nak ambik tahu pasal benda-benda yang berlaku di sekeliling. Pasal Tronoh Theater Shop pun kalau ada update/ show apa-apa dah tak blurrr. Kebetulan, member sekelas, Acab aktif gila join TTS. Baru la tau, TTS tu kelab di kampus yang aktif buat show. Tak kira lah, miming ke, sketsa pendek ke, teater ke, semua diorang sapu. Tapi, setakat mana je bakat mereka? Berbaloi ke nak tengok? Free pun aku tak tengok, ni kan plak yang berbayar. RM5 beb! Nasi lemak sebungkus tu kat Al-Quds Village 5.
Masuk tahun ke-2, aku pun pergi la sekali tengok Closing Ceremony kalau tak silap untuk HSE Week di Chancellor Hall. Rezeki kot, adalah free show dari team TTS. Masa tu ada 3 makhluk pakai make-up putih seluruh muka. Pakai gloove putih macam polis traffik. Pastu, pakai baju yang colourful, sorang hijau, sorang merah, sorang lagi kelabu kot... lupa da, cerita dah lama berlalu. Skip the story. Untuk majlis perasmian tu, best jugaklah depa bertiga buat gimik. Memang superb dan menjadi. Aku first time tengok depa beraksi pun agak terpegun. Baru la mula nak celik mata, oh hebat jugak budak-budak TTS ni. Not bad, good impression untuk orang noob macam aku for the first time tengok.
Selama hampir masuk 5 tahun duk bertapa di bumi Tronoh ni, banyak jugak lah show yang TTS buat. Tak terkira, yang FREE, JEMPUTAN KHAS, BERTIKET, CHARITY, semua ada. Cuma, aku je yang tak pernah-pernah nak acu cuba try test pergi tengok dengan kepala mata aku sendiri. Bukan setakat show tu je, mereka aktif gak join pertandingan teater peringkat Perak. Menang kot. Pelakon mime plak, pernah masuk paper, namanya HALF. Fuh, siap mesej tuh suruh beli paper hari tu,haha. Apepun, memang cukup dan boleh dibanggakan. Seni yang bukan semua orang mampu untuk buat. Bukan hanya bakat semata-mata, tapi kesungguhan dan semangat juang. Dan terkini, Acab dan Ash pun dah masuk paper pasal mime show ni. Hebat!
Bukan sekadar bermain di tempat sendiri je, TTS pernah buat show di Istana Budaya (IB) woo. Kagum gak la. Kat Ipoh pun depa pernah buat show. Aku tau mereka gempak, tapi aku je yang tak pernah datang untuk menonton. Baca kat blog je, tengok-tengok gambar. Bukan apa, tak pernah berkesempatan nak pergi sendiri tonton. Kalau sempat pun, malas la plak. Adoi, nasib la badan.
Bukan sekadar bermain di tempat sendiri je, TTS pernah buat show di Istana Budaya (IB) woo. Kagum gak la. Kat Ipoh pun depa pernah buat show. Aku tau mereka gempak, tapi aku je yang tak pernah datang untuk menonton. Baca kat blog je, tengok-tengok gambar. Bukan apa, tak pernah berkesempatan nak pergi sendiri tonton. Kalau sempat pun, malas la plak. Adoi, nasib la badan.
Sebelum internship, JUNE 2010, ada show teater BANGSAWAN. Aku dah pasang niat baik punya. Nak la sekali tonton dan tengok mereka beraksi. TUAH DAN JEBAT judul yang ada pada masa tu. Alang-alang tengok teater, boleh la refresh sejarah melayu,haha. Tiket beli baik punya, plan pun baik punya, tapi sayang sekali. Tak dapat pergi la plak. Ada meeting ETP (Baca : Engineering Team Project). So, burn la tiket begitu saja. Terkuburlah hasrat nak tonton teater untuk pertama kalinya dalam hidup. Kuciwa, tapi nak buat camne. Masih belum berkesempatan nampaknya. Takpe, FINAL YEAR kan ada :)
Balik-balik dari internship, JANUARY 2011, ACAB ada promote produk terbaru TTS. Dia cakap ada show bulan Februari. Judul apa? MAHMAKAH LORONG. "Pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal". Apa lagi, plan mesti baik punya. Kena pi tengok dah kali ni. Tebus kekecewaan tahun lepas. Nasib baik harga tiket tak naik-naik, still mantain RM5 walaupun harga minyak dan barang mentah sedang mencanak naik,haha. Harap-harap dapat la tengok.
Dalam lecture hall Acab siap jual tiket. Dah booking awal-awal untuk [awok]2 satu rumah. Lecture theater pocket D jadi saksi untuk pembelian tiket kali ke-2. Harap-harap tak burn, Kali ni, beli 7 terus. Swing sikit mood, tengok WAYANG -> tengok TEATER. Ada yang dah pernah tengok, aku je yang belum tengok teater secara live. Maka, 19 Februari telah menjadi sejarah. Sejarah untuk hidup aku la, bukan hidup orang lain. Akhirnya, dapat juga tengok teater secara langsung. Yeah!
Mulai saat ni, kalau orang tanya, dah ada jawapan.
"Kau pernah tengok show TTS?"
"Kau pernah tengok teater?"
"Kau pernah tengok mime?"
Kali ini dengan yakin dan confident nya aku dah boleh jawab, "YES". Ringkas, tepat dan padat sambil senyum kambing.
"Teater apa yang kau tengok?"
Teater Mahkamah Lorong oleh ahli-ahli Tronoh Theatre Shop (TTS), UTP. Pakej skali dengan 1 sketsa pendek dan mime sekali yang cukup romantik dan merobek hati,haha. Torbaik!
"Lagi?"
Selepas menonton Mahkamah Lorong |
"Lagi?"
JERIT, Jilid 1!
"Dan yang terbaru?"
Ash in The Ashes : The Mime Show
"Akan datang?"
Mungkin aku akan menonton
Teater Maharaja Beruk
17-18 Disember 2011
Untuk maklumat lanjut : Teater Maharaja Beruk
Apa komen aku?
Mungkin aku akan menonton
Teater Maharaja Beruk
17-18 Disember 2011
Untuk maklumat lanjut : Teater Maharaja Beruk
Apa komen aku?
Memandangkan aku tak pernah ada chance nak ke Istana Budaya, mahupun tengok teater secara live, aku rasa pendekatan TTS membawa teater dan mime show di dalam kampus adalah langkah terbaik. At least, kasik chance kat aku dan student-student lain tengok teater tanpa perlu keluarkan bajet yang banyak.
Lagipun, RM5 adalah berpatutan untuk menonton show yang ada "kualiti"!
Takde kat panggung-panggung wayang apatah lagi di pasar malam!
Apapun, aku harap TTS akan terus berkembang maju. Walaupun dunia semakin maju, semoga nilai seni dan teater ini tidak pernah layu. Semoga akan sentiasa ada pelapis dari semasa ke semasa. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti!
Apapun, aku harap TTS akan terus berkembang maju. Walaupun dunia semakin maju, semoga nilai seni dan teater ini tidak pernah layu. Semoga akan sentiasa ada pelapis dari semasa ke semasa. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti!
All the best TTS!
http://tronohtheatershop.blogspot.com/
notakaki : Entri ni sudah lama diperam, sejak 21 Februari 2011. Cerita sudah basi pun, cuma ada sedikit penambahan. Kepada yang berbakat tuh, salurkan bakat anda di saluran yang betul. Tak payah nak berdrama, bersketsa di lokasi yang tak sepatutnya. Join TTS, berlakonlah sepuas hati di atas pentas. Dan kepada yang tak pernah tengok teater secara langsung,boleh la slow-slow try. Belum cuba belum tau!
notakaki : Entri ni sudah lama diperam, sejak 21 Februari 2011. Cerita sudah basi pun, cuma ada sedikit penambahan. Kepada yang berbakat tuh, salurkan bakat anda di saluran yang betul. Tak payah nak berdrama, bersketsa di lokasi yang tak sepatutnya. Join TTS, berlakonlah sepuas hati di atas pentas. Dan kepada yang tak pernah tengok teater secara langsung,boleh la slow-slow try. Belum cuba belum tau!
4 Comments
kene promote sket kat junior2..ramai yg xtau pasal TTS ni..diorg hanya tahu Super Junior je keh3
ReplyDeleteJom ramai2 g tengok nanti, pastu lepas teater amik gambar lg. haha
ReplyDeleteHazwan Arif:
ReplyDeletetu pasal, junior-junior tak kenal lagi tts tu apa
macam aku dulu la tuh,haha
Wan Pai:
ReplyDeletejom gi sekali ramai-ramai nanti
kenangan last doh