Alhamdulillah, apa yang dirancang sudahpun terlaksana. Paling kurang, boleh la jumpa member-member lama dari Maktab Rendah Sains MARA Jeli (2002-2006). Memang, bukan mudah untuk berkumpul ramai-ramai skang. Tambah-tambah lagi, masing-masing tengah belajar, ada segelintir yang sudah bekerja dan tak kurang juga yang kini masih lagi menuntut ilmu di seberang laut. Dan aku, baru saja melucutkan jawatan sebagai seorang pelajar. Masih lagi dalam proses transisi, dari seorang pelajar kepada pekerja. Mudah-mudahan murah rezeki, cepat-cepat dapat kerja. Amin. Apepun, terima kasih kepada organizer untuk event kali ini, Wan (nama baru katanya) aka Pecak. Semoga ada lagi organizer lain yang akan muncul untuk event seterusnya.
FUTSAL
Macam biasa, port paling strategik untuk berkumpul main futsal adalah di Real 7, Pasir Tumbuh. Tak ramai yang datang, cuma 11 orang : Fakhrullah, Pecak, Imi, Nije, Piju, Amiruddin, Mamat, Syafiq Zaidan dan tetamu jemputan Naim dan Syeme. Start jam 315 petang, tamat pukul 515 petang.
BBQ
Sebelah malamnya pula diteruskan lagi dengan aktiviti BBQ di HB Village, Pantai Cahaya Bulan (PCB). Cuma sedozen yang dapat datang (12 orang) : Pecak, Imi, Piju, Limi, Nije, Amiruddin, Tien, Mc Lin, Kiok, Mc Sya, Nuril, Nino dan tetamu jemputan Naim (kembar Mat Yo). Dan terima kasih juga kepada Nabila Fatin yang datang dari jauh semata-mata nak jumpa kawan-kawan.
5 ekor ayam menjadi mangsa malam tuh. Dimeriahkan lagi dengan bihun goreng, beberapa paket sosej, jagung bakar, keropok, air soda dan 2 biji kek.
Kempunan nak hirup udara tepi pantai, deru ombak pun tak dengar, kah3. Takpe, next time kita plan buat tepi pantai la pulak.
Pukul 9 malam start BBQ, pukul 11 malam settle semua. Duk makan-makan, sembang-sembang, sampai pukul 1200 malam.
Ada jugak hok tok kenal Amiruddin? hahaha. Yang baju hitam tu lah Amir. Kemon la, 5 tahun belajar sekali, ada lagi yang tak kenal. Kengsot hati Amiruddin. adeiii
Time ada gathering macam ni la ada can nak borak lama-lama. Kat facebook, kat twitter, via handphone tak sama dengan jumpa face to face. Dunia maya hanya perantara, dunia nyata jugak yang dapat mempertemukan dan menyatukan kita.
Kek sponsored by Nino
Kek sponsored by Kiok
Dengar kata, hangus tangan-tangan duk bakar kek ni,haha
Di kesempatan ni, 23 Januari 2012, aku nak ucap Happy Birthday to Fatien Salleh. Sermoga panjang umur, murah rezeki, dan cepat-cepat dapat jodoh. Amin.
Aku rasa, dia member paling lama aku kenal, sejak dari tadika,haha. Jumpa balik bila masuk MRSM masa form 1.
BOWLING
Aktiviti diteruskan lagi keesokan harinya di Billion. Berbowling beramai-ramai. Main tak sampai 2 jam, tapi tunggu turn hampir 3 jam. Tak habis game, semua cabut lari bila sistem buat hal, DANG! Aku dan Nino habiskan sampaikan pukul 4. Sempat juga jumpa Norez.
Apapun, aku harap lepas ni akan ada lagi aktiviti-aktiviti lain. Ada trip macam Genting Hinglands (klik sini) dulu pun best jugak. Jumpa lagi next time!
8 Comments
harap2x ada penganjuran plop la sebab geng2x kito dah start balik bercuti ni..xsabar nak jumpa sep2x jeli 06..
ReplyDeleterugiiii xjoin!! buat lagi la next week ko...hihi :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletealangkah seronoknya dapat berkumpul sama kawan kawan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAnonymous:
ReplyDeleteinsyaAllah, klu smua ada mesti ada lagi xtvt lepas ni
Apapun, harap-harap, next time ramai boleh join
Ieda Sefie:
ReplyDeletetu la ieda, bila nak join?
5 taun doh tok jupo,haha
Pembunuh Tanpa Bayang:
ReplyDeletememang seronok sebab bukan selalu dapat peluang macam ni
lagipun skang masing-masing sibuk dengan hal masing-masing
so, bila ada cuti, dapat la chance jumpa dan buat gathering