Dulu kecik-kecik, selalu jugak pergi makan Satay Jawa di Kubang Kerian dengan famili. Sekali makan, beratus-ratus cucuk. Orang lain pergi makan, aku selalunya pergi tidur. Kanak-kanak mentah la katakan. Mungkin tak ngam lagi dengan satay masa tuh. Tak kenal lagi erti keenakan sebenar makanan bergelar satay. Abang aku, Bujal kalau makan sampai siap bilang lidi lagi berapa cucuk berjaya dihabiskan. Patut gemuk pun masa kecik, ish3.Tapi sekarang, Satay Jawa dah takde kat Kubang Kerian, bankrupt kot.
Sekarang, besar-besar orang duk kecoh pulak pasal Satay Bota. Ye lah, 5 tahun duk Perak, sekali pun tak pernah try makan Satay Bota. First time aku try, masa tahun akhir belajar di sini. Lebih tepat, 28 April 2011. Ya, masa kalut-kalut duk siapkan report FYDP sampai aku tak tidur malam. Tu pun roomate belanja, Amir Maliki. Terima kasih daun keladi, kalau boleh belanja lagi. Akan aku ingat jasamu sampai ke mati. Terharu, sambut birthday dengan Satay Bota!
Belajar 5 tahun kat sini, menetap 5 tahun kat sini, tapi sekalipun tak pernah pergi makan satay di kedai Satay Bota sendiri. Rasa nak pergi tu tak payah cakap, memang membuak-buak. Tapi, time nak pergi ada je kerja. Time pergi pun, kadang-kadang timing tak betul. Ada sekali tu, time pergi kedai tutup. Melepas! At last, sampai ke Lumut.
Take note!
Waktu operasi Satay Bota
Setiap hari Khamis hingga Ahad
530 petang - 930 malam
Finally, final year, final semester, kebetulan cuti Christmas (25 Disember 2011) baru berpeluang lepak-lepak, tengok orang beratur panjang, dan makan-makan satay di Satay Bota. Nasib baik sempat pergi sebelum grad, ada jugak modal nak cerita.
Sate Bota ni betul-betul terletak di tepi jalan besar sebelah kiri (Ipoh-Lumut). Kalau tengok kereta panjang beratur tepi jalan, asap kepul-kepul macam pembakaran terbuka, tak payah pelik la. Ye la tuh, Satay Bota punya tempat.
Aku pelik jugak, kenapa asyik ramai je orang beratur beli Satay Bota ni, sedap sangat ke? Sanggup tu beratur panjang-panjang semata-mata nak beli satay. Mungkin kat Perak ni, takde sangat kedai jual satay kot. Kalau ada pun, kat pasar-pasar malam. So, jadilah tumpuan. "Nitch market", apa bisness pun boleh hidup! Tapi satay kat sini, not bad. Boleh tahan sedapnya.
Alang-alang pergi, apa lagi. Pekena satay la dulu. Nasib baik tak payah tunggu lama hari tuh, duduk 5 minit terus je dapat. Pergi awal pun satay daging dah habis, nasi impit dah habis. Tinggal satay ayam saja. Layannnnnnnnn!
Terima kasih kepada housemate, Amir, Mayak dan Pok Jak. Ada jugak member nak teman aku mari makan Satay Bota. Kalau tak, tak dapat la nak merasa makan di kedai Satay Bota yang orang duk kecoh-kecoh selama ni.
Aku makan 15 cucuk untuk 5 tahun menetap di Perak, 3 cucuk setahun la kan? lol
Memory SAVED!
10 Comments
Nice memory...
ReplyDelete15 cucuk..stended la tu...
memory saved,taste kept! (^_^)
kalau ke sana, memang amik 100 cucuk je, ekekee baru rm30.. 3 ahun lepas, 20 sen secucuk.. mmg beratur panjang tunggunya
ReplyDeletetelan air liur tengok.
ReplyDeleteBro, kalau di Kelantan, satay yg famous adalah satay Pengkalan Chepa. Di area Baung! Dekat gak dgn rumah fifi di kelate tu.
ReplyDeletennt ada masa bolehlah sama2 kita g makan satay situ; either satay malaysia or satay othman!:)
Nasrullah Jaafar:
ReplyDeleteyeah, 15 cucuk memang dah memadai
dah kenyang seadanya pun
sekali pergi pun jadi la, asal pernah pergi sendiri,haha
kenangan beb
padin:
ReplyDeleteowh, sekarang dah naik harga.
satay ayam pun dah 35sen secucuk
bab beratur tu, memang tak boleh nak nafikan
sepanjang masa asyik penuh je kedai dia
NHAR:
ReplyDeletedi Iowa susah nak jumpa satay ke?
takpe, balik Malaysia nanti makan puas-puas :)
FIFIEY LYCHEE MARATION:
ReplyDeleteowh, rasa macam pernah pergi sekali dengan famili
orite, no problem
balik kelantan nanti roger-roger la
Berapa sen sebatang satay ni? Kat KL satay sebatang kurang2 70c ke 80c
ReplyDeleteJuadah:
ReplyDeletetime pergi makan tahun 2012, masih lagi 35sen secucuk
harga sekarang tak tau lah pulak
murah la kalau nk compare dengan sate kat kl nih