ILHAM
penaberkala
Datanglah
walaupun sekejap
kerana hadirmu pastinya ku berharap
Datanglah
walaupun sedetik
kerana hadirmu pastinya berputik
Dalam hiruk-pikuk kota
Dalam sunyi-sepi desa
Kau hadir tanpa berita
Kau pergi tanpa cerita
Tak ku duga
Sepanjang zaman ku menunggu
Sepantas kilat cuma kau beradu
Hadirmu tak ku paksa
Pergimu tak ku rela
4 Comments
Lama saudara tidak hadir dalam dunia ini, terasa sepi seketika~
ReplyDeleteSelamat kembali! (Senyum)
selamat kembali saudara Penaberkala.. selalu gak buka blog ni tpi xder update.. kat twitter nampak aktif je.. biasa la kan kalau xder ilham ni.. apa2 pun moga ilham sentiasa hadir.. :)
ReplyDeleteJamal Ali:
ReplyDeleteTerima kasih saudara
Banyak limitasi, banyak benda yg tak sempat utk dikongsi
HiDa:
ReplyDeleteterima kasih cik hida
haha, tu la
skang baru nk start aktif balik
paling kurang ada update entri utk dibaca utk semua yg sudi nk singgah baca
haha, kat twitter memang
satu-satunya tempat yg best utk merapu dan meraban secara spontan