Sekejap masa berlalu, rasa baru semalam buat entri pasal
Convofair 2011, hari ni dah tiba masa untuk bercerita pasal Convofair 2012.
Masih segar lagi di ingatan, masa
Convofair 2011 tahun lepas sempat join
Amazing Race. Eh silap, sebenarnya
Treasure Hunt. Maklumlah, time tuh bizi dengan study di final year, final year project, final year design project (fydp) dan macam-macam lagi. Jadi, tu lah masa yang tepat untuk release tension. Tak sangka, "termenang" la pulak bila join dengan gang [AwOk]2, haha.
Untuk Convofair 2012, apa pulak yang menarik? Kaum famili nak datang bertandang ni tahun nih. Moh la kita usha-usha apa yang ada, mudah nak bagitahu mak, abang akak, anak-anak buah untuk datang.
Konsert Ezad Exist dan Amir Ukays? Adeh.. Layan je lah nanti.. Search lirik siap-siap, mudah nak karok ramai-ramai kat oval park, tepi tasik nanti.
Tahun lepas, sempat pergi jalan-jalan di Chansellor Complex, jumpa senior-senior dan kawan-kawan yang konvo sempena
Konvokesyen ke-11 UTP. Pejam celik, pejam celik, tahun ni dah tiba giliran diri sendiri untuk konvo. Oh, inilah yang ditunggu-tunggu selama ini!
Sempena Konvokesyen ke-12 UTP, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada kalian semua kerana telah berjaya mengharungi pahit manis bergelar seorang mahasiswa demi segulung ijazah untuk mak dan ayah tercinta. Ya, aku paham jerit-perih untuk mendapat segulung ijazah. Tak semudah apa yang disangka. Jom, kita raikan hari kemenangan kita semua bersama insan-insan tercinta.
notakaki : Semoga perjalanan pergi dan balik kita semua selamat, insyaAllah.. Selamat berkonvokesyen kawan-kawan. Jumpa kalian di sana :)
0 Comments