TERIMA KASIH BASKIN ROBBINS DAN NUFFNANG

Memandangkan cuti panjang tempoh hari, Deepavali + Annual Leave + Awal Muharram, so boleh la hadap facebook lama-lama. Tiba-tiba, Nuffnang post pasal event Baskin Robbins. Katanya ada event Flavor Election Finale. Tangan pulak gatal, try la klik share untuk undi Hanis Zalikha.
Sebelah petang tuh, terus dapat e-mel invitation. Walaweh, tak sia-sia tangan gatal pi klik butang share sebelah paginya. Dah la dapat makan ais krim Baskin Robbins free, tanpa had pulak tuh. Lagi happy, bila ada t-shirt free lagi. Torbaikkkkk.
Dear Nuffnanger,

You are cordially invited to the Baskin Robbins Finale this Friday! Details of the sugary event are as following:

Date: 23 November 2012 (Friday)
Time: Registration starts at 7:00pm 
Venue: The Square, Publika

TWO (2) invites have been reserved under your name and email address at this point. Kindly fill in your details to confirm your attendance by 10:00 am, 22nd November 2012 (Thursday)

Upon registration, you and your plus one will be getting a Baskin Robbins T-Shirt each, so do wear them in order to redeem your free flow of Baskin Robbins ice cream! :D Also, kindly provide us your T Shirt size in the form above ya. :)

We will see ya there!


THE SQUARE, PUBLIKA
23 November 2012

Tahukah anda? Aku tak pernah pun beli aiskrim Baskin Robbins sebelum ni. Bukan tak suka, bukan tak nak rasa, cuma mahal sangat. Tak mampu la nak beli. Bila dapat jemputan free macam ni, "bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal" lah. Eksited kemain.




Event diadakan pada 23 November 2012, Jumaat di The Square, Publika. Nak tahu di mana letaknya Publika, boleh klik sini : Publika. First time jugak tahu tempat ni dan sampai. Walaweh, interior design Publika sungguhlah cantik dan mempersonakan. Kerusi dan arca yang ada dalam bangunan Publika jelas ada ciri-ciri seni dan artistik.


VIP untuk event kali ini, tidak lain tidak bukan Shahir Naim. Thank bro. Walaupun lambat macam biasa, apadehal asalkan sampai ke destinasi dengan selamat. Tamatnya office hour terus bergegas keluar dan tunggu VIP yang ada meeting, adeh. Nasib baik dia blah awal dari meeting,haha.



Pening jugak first time sampai sini. Nak cari The Square pun susah. Tanya pak guard Bangla, dah betul bagi direction. Tanya sekali lagi mamat Cina yang jual cordial, kena kencing bhai. Cilakak betul. Akhirnya, sampai ke lokasi event. Snap dulu seround, then pergi cari surau untuk solat. Untuk pengetahuan semua pengunjung Publika, surau terletak di aras The Square. Dekat je dengan pintu keluar ke The Square. Tandas pun ada sekali. Wallpaper pun nice!



Selesai je solat, baru beratur untuk pendaftaran. Macam biasa, jumpa muka-muka sama. Ini dia, Daniel dan di kaunter tu namanya Darren (Nuffnang). Dapatlah t-shirt, air mineral dan kertas untuk mengundi. Dah dapat baju, terus pergi toilet untuk tukar pakai t-shirt. Hanya jemputan khas yang memakai t-shirt sahaja yang diberikan kebebasan untuk makan ais krim Baskin Robbins sebanyak mana yang mungkin. Awesome right?
.


Taddaaaa. Bertukar wajah demi menikmati ais krim Baskin Robbins tanpa batasan. Then, siap-sedia untuk pi serbu peti ais krim. Jom, terjah.



Tapi sebelum tuh, kena mengundi dulu. Tunggu tarikh PRU Malaysia, sampai sekarang tak tahu lagi. Jadinya, datang prektis kat sini lah untuk mengundi. Nak pangkah sape ni? Ada 5 calon yang bertanding kesemuanya dengan manifesto dan flavor/perisa masing-masing.



Undi adalah rahsia? Ye, pangkah je calon yang berkenan. Settle proses mengundi, terus terjah ke peti ais krim. Fuuuh, tak sabar nak makan sampai lebam.




Tu dia ais krim yang ada, macam-macam ada. Jamocha, World Chocolate, Very Berry Strawberry dan lain-lain. Malam tuh, semua perisa sempat rasa. Kalau kira, rasanya lebih 10 kali beratur ambik ais krim. Kalau beli kat outlet Baskin Robbins,maunya cecah ratusan ringgit. So, thank you so much Baskin Robbins and Nuffnang for the invitation.



Sedang asyik duk menikmati ais krim, calon-calon sedang berkempen di pentas. Ada kuiz untuk penonton, dan pemenang bertuah berjaya mendapat key chain dan voucher Baskin Robbins.




Sorry ye, gambar ini membontoti anda semua. Sebenarnya, nak tunjuk tulisan kat baju tuh. "It's time for an ice cream revolution". Ya, malam tuh memang revolution habis. Dari makan ais krim bubur je kat rumah, malam tuh terus dapat makan ais krim Baskin Robbins. Alhamdulillah, rezeki :)


Apa yang paling best malam tuh adalah acara pertandingan makan ais krim paling cepat. First round, 3 orang 1 group bertanding antara 5 team. Shahir Naim yang join. Round 2, semua lelaki. Takde sape yang kenal join. Round 3, semua perempuan. Atika yang join. Dan round akhir, aku dan Fareed yang join. Dan aksinya, zaaassss....





Seriously, nak makan 6 mangkuk ais krim dalam masa 2 minit. Brain freeze dowh. Sengal gigi-gigi. Tapi, aku tengok Fareed relax je. Makan ais krim buat gaya macam makan nasi. Adeh. Memang layak bergelar juara!



Celebration after Atika diumumkan sebagai juara untuk kategori perempuan. Hebat jugak dia ni pun, sejak baby diasuh makan ais krim ke apa nih? lol




On that night, I called them King and Queen ais krim Baskin Robbins. Dua-dua juara makan ais krim paling cepat, menang voucher Baskin Robbins dan paling penting.....



... mereka bermurah hati bagi jugak kat kawan-kawan yang tolong support. Mau serak suara duk sokong,haha. Bolehlah merasa kat outlet Baskin Robbins pulak.




Sementara tunggu event habis, kami beratur dan terus beratur untuk rasa semua perisa yang ada. Mau kembung perut-perut.



Event tamat lebih kurang pukul 11 malam. Dan juara Flavor Election diumumkan. Pemenangnya adalah Vivy Yusof. Boleh baca sini untuk cerita event ni versi Room8Five.



Sebelum beredar, sempat snap photo bersama rakan-rakan bloggers yang lain. Tak sah kalau takde gambar. Inilah kenangan bersama untuk event Baskin Robbins. Apapun, sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Baskin Robbins Malaysia dan Nuffnang di atas jemputan untuk menghadiri event yang awesome dan superb ini especially bab-bab makan free, keh3.


SUNWAY PYRAMID
25 November 2012

Memandangkan lama tak main bowling dengan sahabat-sahabat, maka sempat juga akhirnya meluangkan masa di Sunway Pyramid. Main bowling 2 games. Amin dan sepupunya, Wan. Nipi aka Beliamuda dengan housematenya, Izzuddin.



Lepas habis bowling, kebetulan bawak voucher dalam wallet time tuh, terus singgah outlet Baskin Robbins. Ya, Baskin Robbins with friends! Nak belanja tak mampu, mujur ada voucher buleh jugak makan sikit sorang.





Terima kasih sahabat, sudi lepak sama-sama. Walaupun frust tengok game Malaysia VS Singapura. Ada masa, insyaAllah kita jumpa lagi!


Dah macam jadi duta BR la pulok. Maka, berakhirnya episod aku dan Baskin Robbin. Sejak akhir-akhir ni, rasa dah makin banyak aktiviti makan-makan. Patut badan makin kembang. Aishh, tak boleh jadi ni. Nasib baik ada futsal dan badminton tiap-tiap minggu. Ada jugak masa untuk berpeluh. Makan-makan jugak, kesihatan kena jaga :)


Notakaki : Cerita trip to Genting stop jap, sambung kemudian. Macam layan sinetron lah, duk syok-syok layan, mesti ada iklan. Ye dok? Lepas review movie nanti, sambung tekan publish balik pasal Genting. Entri beratur dalam dashboard tunggu masa untuk publish je. Style blogging terkini disebabkan kekangan masa. Lagenda Budak Setan 2 sudahpun ditonton. Adakah anda bersedia untuk menyerang cinema-cinema yang berdekatan?

Post a Comment

4 Comments

  1. perghh sakan kau yer ! hahaha.. tunggu aku balik kl nanti kita pergi sama- sama kehkehkeh XD

    ReplyDelete
  2. Khai Artzfar:
    ok bro, no hal
    jom ah, kita buat backpacking time weekend

    ReplyDelete