FEAR FACTOR

Korang pernah tengok Fear Factor di channel AXN? Ataupun di youtube? Atau di mana-mana saja. Rasanya, kalau ada kat Malaysia, korang nak join tak? Tapi tolak tepi lah makan benda-benda yang merapu-merapu tuh. Kita buat alakadar je, janji happening!


Kalau tanya aku, memang aku jawab nak lah. Syok jugak kalau dapat join Fear Factor versi Malaysia nih. Boleh tahu, apa sebenarnya Fear Factor yang ada dalam diri kita terutama sekali yang kita belum tahu. 


FEAR FACTOR


Apa Fear Factor korang? Maksudnya, apa fobia yang korang rasa paling sukar untuk dihadapi. Aku dah jumpa macam-macam orang kat atas dunia ni. Ada yang takut tinggi, takut ular, takut lipas, takut kucing pun ada? Takut bercinta? Jangan sampai macam tu ye. Apa yang utama, takut mati itu pasti!


Kalau ada yang tanya aku, “What your biggest fear is and how it affects your life?” , apa yang aku ada dalam kepala 2 perkara je sekarang. Nak tahu? Kena baca la sesi membongkar rahsia diri sendiri kat sini.


Pertama, Herpetophobia (Info) dan keduanya Aquaphobia (Info). Nak tahu apa benda alah ni? Dan bagaimana ia memberi kesan dalam hidup aku? Jom lah, hari ni aku berterus-terang apa yang paling aku fobia dalam hidup ni. 


HERPETOPHOBIA 
Fear of Reptiles


Fear factor pertama adalah takut kepada reptilia. Nama saintifiknya adalah Herpetophobia. Ko bagi je lah apa jua haiwan reptilia, tak kira ular ke, buaya ka, labah ke, memang aku seram-sejuk dibuatnya. Sebenarnya, katak (amfibia) pun aku geli-geleman jugak. Yucks!


Kesannya, bila jumpa ular/buaya/labah yang palsu aku beria lah nak begambar/main-main. Tapi, kalau bagi yang real punya suruh sentuh, "Maaf, Kesulitan amat dikesali".


Bujang senang di Bukit Merah Laketown Resort


 AQUAPHOBIA 
Fear of Water

Aquaphobia ni maksudnya takut air. Bukan maksudnya takut mandi pagi tuh. Maksudnya, takut air terutamanya kawasan yang dalam macam kawasan air terjun, laut, sungai mahupun tasik. Hah, ni la masalah aku. Nak tahu kenapa aku fobia sangat dengan air? Sebernarnya.... Sebenarnya..... Sebenarnya.... Aih segan nak cakap. Sebenarnya aku tak gheti berenang, wakaka. Tu lah,kecik-kecik nak mandi sungai mak ayah marah. Kan besar-besar tak pandai berenang, sob3.


 
 Credit photo : First Foray


Orang kata, "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Tapi bagi aku, "Jangan takut dilambung ombak, terutama kalau nak bergambar di pantai", lol


So, apa kesan Aquaphobia dalam hidup aku? Ya, memang aku tak pandai berenang. That's why, aku rasa takut kalau orang ajak mandi laut, mandi air terjun terutama di kawasan yang dalam-dalam. Cetek punya kawasan, tarak hal la beb. Namun, itu semua bukan menjadi faktor penghalang untuk aku tidak melakukan aktiviti-aktiviti lasak di laut mahupun di air. Takut macam mana pun, aku cuba buat. Lautan luas sanggup ku redah! Bukti? Sila tengok.....


 Banana Boat di Pulau Pangkor


Seingat aku, ini first time aku cuba naik banana boat, lokasinya di Pulau Pangkor. Macam korang tahu la, naik benda ni dia tarik dengan bot laju-laju. Sampai tengah-tengah laut, dia buat u-turn dengan kejam sampai terpelanting semua dalam laut. Huh, lemas beb first time naik. Terkapai-kapai, aku kelemasan..... But, safety jacket kan ada. Yeah! I did it. Mission accomplished.


 Jet ski di Pulau Pangkor

Di lokasi yang sama iaitu di Pulau Pangkor. Memang tepat aku datang tempat macam nih untuk atasi Aquaphobia yang ada dalam diri aku. Masa ni, acab yang bawak aku yang bonceng.Tak berani bhai aku nak bawak. Tengok ombak macam nak telan orang, grrr. Boleh tahan jugak acab bawak, laju nak mampus sampai ke tengah laut. Walaupun aku takut amat masa tu, buat muka slumber je. Cover baik punya,haha. Apapun, it was a great experience in my life!


  Kayak di Pulau Pangkor


Tak cukup dengan aksi extreme banana boat dan jet ski, kami teruskan lagi aktiviti dengan berkayak. Berkayak mengelilingi Pulau Pangkor. This is best bro. I told you, you should try once. Awesome. Dalam senyum bergambar tu pun, aku tengah cuak sebenarnya. Korang nampak? Kayak tengah senget tuh. Aku mengucap panjang dah tu, takut-takut kayak terbalik. Mampoih!


\
Whaling dari Outward Bound School Lumut to Pantai Syawal


Whaling merupakan aktiviti latest yang aku buat iaitu pada Mei 2012 yang lalu di Outward Bound School Lumut. Selama 10 hari kat sana, macam-macam aktiviti lasak dan extreme kitorang buat. Antaranya, Water rafting, wall climbing, jungle tracking (8 jam) dan solo camping. Whaling ni pun lebih kurang 6 jam baru sampai ke destinasi. 


Cabarannya, kena kayuh tanpa henti melawan ombak badai. Tahan mabuk laut (seasick), tahan panas terik mentari, dan tahan dengan ketakutan dalam diri sendiri. Arghh, tak dapat bayangkan aku berjaya berada di tengah-tengah laut. Baru tahu cabaran besar seorang nelayan. Sanggup menggadai nyawa demi sesuap nasi. By the way, I think, this challenge amat memberi kesan dalam hidup aku. Paling tidak, sekarang aku dah tak takut laut. Tapi dengan syarat, kena ada safety jacket, hoho.


That's why, I think I'm ready enough to join Astro Fear Factor House roadshow. Dear Nuffnang, please invite me to the event, ok!


::Date::
15 December 2012 (Saturday)
::Time::
11.00am – 2.00pm (all 30 Nuffnangers) *registration starts at 10.00am
2.00pm – 4.00pm (top 3 Nuffnangers)
::Venue::
Sunway Pyramid


Syok woo nampak hadiah yang ditawarkan.. Tak percaya? Sila tengok sini : Dominate your fears at Astros fear factor house

FEAR FACTOR 

“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!” 




Another good news untuk semua rakyat Malaysia terutama pelanggan Astro, malam-malam anda akan diselubungi ketakutan/keseraman. Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).


Nak tahu siapa hos Fear Factor Selebriti Malaysia?

Jeng jeng jeng....




Eh, silap upload photo pulak dah.

Hos Fear Factor Selebriti Malaysia, tidak lain tidak bukan pelakon kacak bergaya pujaan ramai....


Aaron Aziz


Kat sini, aku selitkan sedikit-sebanyak pasal Fear Factor Selebriti Malaysia untuk makluman readers. Amboih, korang tengok Aaron Aziz terus eksited nak tengok eh? Tapi dia dah hitam-legam lepas buat penggambaran rancangan nih, kesian.

 
Seramai 30 orang selebriti terkenal tanah air sudahpun berkelana sebulan di Cape Town, Afrika Selatan untuk menjalani penggambaran dan melalui ujian getir untuk program Fear Factor Selebriti Malaysia pada 23 Oktober hingga 15 November 2012. Patut pun Aaron Aziz rentung, keh3.






Antara barisan artis/selebriti yang mengambil bahagian dalam Fear Factor demi merebut hadiah lumayan bernilai RM200,000. Fuyoh, kayaaa. Kesemu 30 artis/selebriti yang turut serta dibahagikan kepada 15 kumpulan, 2 orang sepasukan.

Dr Faiz & Jehan Miskin
Farish Aziz & Akim AF7
Celina Khor & Arthur Tan
Atu Zero & Azri AF9
Ajak Shiro & Elfira Roy
Alif Hadi & Gambit Saifullah
Alam Wakaka & Arja Lee
Zoey Rahman & Dafi
Iz OIAM & Zawen
Johan Ashaari & Kaka Ashraff
Roslan Shah & Azam Pitt
Dazrin & Hairul Azreen
Didie Alias & Norisham Ismail
Hafizul On Air & Hefny On Air


Tengok pada barisan peserta, aku pilih Dr Faiz dan Jehan Miskin selaku juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Nak tahu kenapa? Sebab aku yakin dengan kemampuan mental dan fizikal kedua-dua peserta ni. Lebih-lebih lagi bila digandingkan dalam satu kumpulan. Superb!


Untuk ketahui lebih lanjut, aktiviti apa yang diorang buat, gambar-gambar mereka gigih beraksi dan info terkini pasal Fear Factor Selebriti Malaysia, bolehlah klik LIKE di Astro’s Fear Factor Malaysia




  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||

Post a Comment

4 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete