3-4 NOVEMBER 2012
AWANA, GENTING HIGHLANDS
[ GENTING TRIP #1 ]
[ GENTING TRIP #2 ]
[ GENTING TRIP #3 ]
[ GENTING TRIP #4 ]
[ GENTING TRIP #5 ]
Lena betul tidur di rumah panjang Awana Genting. Terkekek-kekek ketar kesejukan, bak kena penyakit Parkinson. Sebelum breakfast tu, kena la pi mandi dulu. Kasik gosok gigi, mandi-manda dulu, kasik hilang tahi mata. Tapi, air nya, fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Mengucap panjang sebelum mandi. Gua rasa macam mandi ais. Mau menangis rasa time mandi. Tapi, lama-lama, layan jugak. Fresh gila otak!
Lepas mandi-manda, siap-sedia untuk breakfast. Ke mana lagi kalau bukan tempat makan yang paling best di Awana Genting Long house iaitu Pasar Ikan Bakar. Oyeah! Tak sabar nak tengok juadah apa pulak chef-chef kita sedia untuk pagi ini. Jom kita serbu!!!!!!!
Bihun goreng
Nasi lemak
Western food : Sosej - Beans - Nugget
Pelbagai jenis puff
Roti dan tembikai
Coco crunch - Corn flakes - Susu
Peanut butter - jem - kaya
Salad
Selama 2 hari 1 malam di Awana Genting, dah mula kamcing dengan member-member blogger yang lain. Selain Syafiq, Nisa, Mira, Hanis, Daniel, Kianfai, ini lah mereka yang menghiburkan saat-saat indah kat sana. Thanks guys
Ena - Fifa - Tyra - Tikah - Hibri - Khai
Sambil makan, sambil sembang, sambil gelak. Cukup, 3 in 1. Apa yang aku makan? Sah-sah la makanan popular kegemaran rakyat Malaysia, tak lain tak bukan Nasi Lemak.
Nasi lemak
Sebenarnya, aku ada satu rahsia sampai sekarang tak bagitau sape-sape. Lepas balik breakfast tuh, bila balik ke bilik aku rasa tak selesa dengan baju yang aku pakai. Kenapa ya? Tilik punya tilik, rupanya aku pakai baju terbalik. Dang! Aku konpiden takde sape yang perasan, cuma aku tak boleh tahan perasaan sendiri masa tuh. Mau tergelak sorang-sorang, lekas-lekas tukar balik kasik betul untuk next aktiviti.
Dah kenyang perut, ada lagi aktiviti. Aktiviti santai sebelum bersurai. Aktiviti seterusnya ni dipanggil telemacth, penentu group mana yang bakal jadi juara seterusnya bakal mendapat habuan yang hebat-hebat. Apakah games yang ada time telematch? Habuah apakah yang kami terima daripada pihak Resort World Genting? Tunggu cerita next episod eh. Kbye
2 Comments
jauh kat genting pon nasi lemak jg jd pilihan ati ye? :P
ReplyDeleteShalee Abdul:
ReplyDeletetu lah, pergi kat mana-mana pun, pantang nampak nasi lemak
favorite kot