A POPCORN SESSION : THE IMPOSSIBLE


THE IMPOSSIBLE
 
Duration
114 minutes

Synopsis
A regular family - Maria (Naomi Watts), Henry (Ewan McGregor) and their three kids - travel to Thailand to spend Christmas. They get an upgrade to a villa on the coastline. After settling in and exchanging gifts, they go to the pool, like so many other tourists. A perfect paradise vacation until a distant noise becomes a roar. There is no time to escape from the tsunami; Maria and her eldest are swept one way, Henry and the youngest another. Who will survive, and what will become of them?


 
Meh nak habaq mai, The Impossible dah mula ditayangkan di cinema-cinema seluruh Malayisa mulai hari ni,  17 Januari 2013.
 
 
Filem The Impossible merupakan sebuah filem adaptasi daripada kisah benar sebuah keluarga yang dilanda tsunami sewaktu percutian mereka di Thailand. Kisah tentang suami isteri bersama tiga orang anak lelaki mereka bertarung nyawa demi menyelamatkan diri dalam gelombang besar tsunami. Mampukan mereka selamatkan diri mereka? Mungkinkah mereka sekeluarga akan bertemu kembali selepas kejadian tragis itu?

 
Maria(ibu)
  Henry (bapa)
Lucas (anak sulung)
Thomas (anak tengah)
Simon (anak bongsu)



Nuffnang Premiere Screening of The Impossible
16 January 2013 (Wednesday)
9.00pm
GCS Midvalley
  

Ok, ini filem ke-2 untuk tahun 2013. Rasanya, masih tema yang sama dengan movie pertama, iaitu kekeluargaan. Cuma yang tu lawak, yang ni agak touching sikit. Nama pun bencana alam kan. Nak tahu plot cerita filem The Impossible, meh nak story sikit. Kalau tak puas hati, boleh pi serbu cinema dan tengok sendiri.
 

Filem ini mengisahkan kisah sebuah keluarga yang sedang bercuti di Thailand sempena menyambut perayaan Christmas. Pasangan suami isteri, iaitu Maria dan Henry bersama 3 anak lelaki mereka, Lucas, Thomas dan Simon menikmati percutian mereka di persisiran pantai. Namun, malang tidak berbau, keseronokan percutian bertukar menjadi tragedi apabila tsunami melanda.Di saat tsunami melanda, mereka sekeluarga sedang bersuka-ria di kolam renang berhampiran tempat penginapan mereka.


Cerita ini merupakan sebuah kisah benar yang menampilkan kecekalan, ketabahan, kesengsaraan, kasih sayang dan pengorbanan mereka sekeluarga dalam menempuh badai yang melanda ketika peristiwa pahit, tsunami di Thailand pada tahun 2004 yang lalu.
  • Keperitan Lucas hilang tempat bergantung. Sewaktu ibunya, Maria dirawat di hospital, Lucas membantu pakcik-pakcik cari anak-anak mereka yang hilang.Alih-alih, bila balik ke katil ibunya, Maria sudah tiada. Lucas dalam kesedihan, tak dapat menerima kalau-kalau ibunya meninggal dunia.
  • Pengorbanan Henry yang terpaksa berpisah dengan anak-anaknya, Thomas dan Simon demi mencari isterinya, Maria dan anak sulungnya Lucas.
  • Kasih sayang antara Thomas dan Simon, saling melengkapi antara satu sama lain di saat ditinggalkan ibu bapa dan abang  mereka. Sampai Simon nak kencing pun berteman, tepi jalan pulak tuh, hak3
  • Kecekalan Lucas mencari ahli keluarganya. Sanggup kejar dan cari bila ternampak bayangan ayahnya di perkarangan hospital.
  • Ketabahan Henry mencari kembali isteri dan anak-anaknya di hospital-hospital di sekitar Thailand. Jenuh nak cari orang yang hilang nih. Aku hilang spek mata pun dah kalut, kalau handphone buleh jugak buat miscall. Inikan pulak manusia yang terpisah dek badai tsunami.
  • Kesengsaraan Maria bertarung nyawa dek kerna kecederaan parah di bahagian dada dan kaki. Perit wooo tengok darah kat kaki tuh. 

Apa keistimewaan filem The Impossible?
  1. Lakonan Naomi (Maria) yang menjiwai watak. Aku pun dapat rasa kesakitan, kesengsaraan dan penderitaan dia.Adeh, rasa lemas di kerusi dalam panggung wayang,LOL
  2. Panorama yang real, kehancuran di Thailand yang jelas dilihat selepas Tsunami
Apa kelemahan filem The Impossible?
  1. Cerita Henry bersama anak-anaknya, Thomas dan Simon tak diberi penekanan sangat sebab kita tak tahu macam mana mereka survive time tsunami melanda seperti yang mereka tunjukkan untuk Maria dan Lucas dalam filem ni. Tak cukup masa ataupun tak cukup bajet? LOL. Jadi,kat situ lost sikit.
  2. Ending macam tu je? Kasik la sikit gambaran hidup mereka sekarang macam mana. Kehidupan mereka lepas alami tragedi tu ke. Fobia wooo dilambung ombak tsunami. Nak tahu gak, macam mana mereka recover after tsunami.

Ciss, banyak pulak komen. jadi pengarah sendiri, buat filem sendiri la weh. Keh3. Bukan apa, sekadar pendapat. Overall, melayan perasaan jugak lah tengok The Impossible. Tapi tak nangis eh, tak sampai tahap tangkap leleh. Kalau berminat, bolehlah serbu cinema. Tapi takde lah aksi ganas ke apa, filem ni sentimental sikit. Kalau yang tak boleh layan cerita slow dan balada steady macam ni, mungkin boleh jadi mental, takde senti-senti dah.


Sempat jugak tonton filem ni sampai habis walaupun start lewat atas sebab-sebab masalah teknikal.Fuuuuuuh! Rasanya,cukuplah 2 movie untuk Januari. Tunggu February la pulak. Harap-harap,dapat movie yang best-best next time.
 

Terima kasih VIP jemputan kali ini :Shahir Naim
 
 
notakaki : Kalau korang dah pernah tengok filem Hafalan Shalat Delisha, tahu lah macam mana best jalan cerita dia.Lebih kurang je sebenarnya, cuma yang berbeza filem tuh di Acheh,yang ni di Thailand.  Yang tuh kisah orang tempatan,yang nih kisah orang yang datang melancon. Dua-dua sama, memaparkan keperitan sewaktu tragedi tsunami, semasa dan selepas kejadian.

Post a Comment

6 Comments

  1. macam best je..leh tengok ngn hubby..heheheh :)

    ReplyDelete
  2. HafRizah@Dátiles.Dulces:
    boleh la pi tengok nanti
    not bad, layan perasaan jugak lah filem ni

    ReplyDelete
  3. best eh? ruginya. haritu dapat tapi tiket tu aku bg org je sebab tak sempat nak balik kolej ada curfew. adoi

    ReplyDelete
  4. salam,

    lama akk xmenyinggah sini...

    dah kerja ke?

    nmpk menarik sinopsis movie ni.

    ReplyDelete
  5. SyedGraphiX:
    best jugak bro
    not bad, layannn
    owh, ada curfew jugak ke?
    tak remaja la camtu,haha

    ReplyDelete
  6. Ummi Hanie:
    wsalam kak
    tu lah, lama betul tak menyiggah kan
    saya pun, lama dah tak menjenguk blog akak
    alhamdulillah, dah keje

    jalan cerita dia best
    maybe sebab kisah benar kot

    ReplyDelete