BLOGGER : nasikerabubuahtanjung.blogspot.com




Siapa sangka, dulu hanya kenal di blog, tetapi hari ini sudah dapat bertemu dan bersua muka. Itu lah kelebihan dan keseronokan menjadi seorang blogger. Dapat kawan baru, dapat kenalan baru, kalau ada event, dapat jumpa dan bertukar-tukar business card.


Kali ni,nak cerita sikit pasal seorang blogger. Namanya Roshidayu Che Mat, orang Pasir Puteh,Kelantan. Aku selesa panggil dia dengan nama Kak Ayu.  Tetapi, kalau di alam siber dikenali sebagai Akuzle. Dia nih seorang teacher, mengajar English sekolah menangah. Nak blajar grammar, boleh la contact dia, nak hantar anak tuisyen English ke, boleh la contact dia,hehe. Kini, menetap di Shah Alam, Selangor. 


Setelah 4 tahun bergebang sahaja di alam maya. kini sudah berjumpa dan rapat pula di alam nyata..eheheh", Akuzle Ayu - 16 Disember 2012
 


Sebenarnya, kenal Kak Ayu ni lebih kurang 4 tahun yang lepas. Masa tuh, awal-awal melibatkan diri dalam dunia blogging. Ye lah, budak baru nak bertatih blogging katakan, bila ada yang dah otai masuk blog kita, eksited la rasanya. Tambahan lagi, Kak Ayu ni suka benor komen kat entri-entri yang aku tulis. Lagi la semangat nak blogging time tuh. Makin hari,makin rapat. Cuma di dunia blog je lah. Real life tak pernah jumpa pun.


Apa yang aku ingat pasal komen dia adalah komen di entri HERO TELUK KUMBAR

ini rupernyer hero teluk kumbar... hebat orgnyer... bersemangat waja.. kagum melihat whiteboard itu... seorang haji yahya cukup utk mendidik segenap umat... layanan terhadap tetamu juga tip top... teringin nk melawat dier... 

lagik 1, ralit dok bc psl penceritaan awk neh menarik... kak share kt FB bole? cian kt pacik yahya neh... nampk mcm dier kesunyian... korg pon rajinlaaa g melawat2 dier... bole mkn buah pree...eheeheh, acah2 ajer...  

Akuzle Ayu, 22 Ogos 2010


Nak dijadikan cerita, pada 15 Disember 2012 semasa event Zon Fear Factor,Sunway Pyramid first time jumpa Kak Ayu. Hari tuh, dia datang dengan husband dia, Abang Zam. Masa tuh, slumber badak je aku pi tegur dia, "Ni kak ayu ke?". Nasib baik betul, kalau silap orang malu setempek. Apa yang best, dia masih ingat dan kenal aku walaupun hanya jumpa di blog je sebelum ni,haha. Rupanya, ada jugak orang admire dengan penulisan aku. Thank you kak!


Lepas dari event tuh, rasa makin rapat dengan Kak Ayu. Dia nih sempoi jugak, kalau berborak, mau pecah perut dibuatnya. Gelak memanjang. Alang-alang dah kenal tuh, ajak dia untuk event Video Shooting BuddyzNever bersama Lisa Surihani di DiGi HQ, Shah Alam. Terima kasih sebab join Kak Ayu! Nanti kita buat review pasal event tu kalau ada masa.


Jadi, sape-sape yang rasa nak kenal Kak Ayu nih, boleh lah follow dia di blog, twitter mahupun di facebook.

Blog 

Facebook 

Twitter 


Hari ni, 6 Disember 2013, Kak Ayu menjemput semua bloggers terutama sekali yang jumpa time event Zon Fear Factor,Sunway Pyramid ke terataknya di Shah Alam. Katanya, nak buat potluck. Jadi, menu hari ni dari Kak Ayu sendiri adalah Spaghetti bolognaise, Teh O Lemon ais "vaa vaa voom" dan Teh O panas "malatops".Tak sabar rasanya nak merasa masakan Chef gandingan hebat, Kak Ayu dan Abang Zam.


Ok, sempena potluck hari ni, aku dan beliamuda pun dah sepakat nak buat satu menu istimewa. Kami pilih dessert. Nak tau apa? Apa lagi kalau bukan "Cocktail hooray hooray" LOL

Post a Comment

6 Comments

  1. Sedak jugak Cocktail hooray hooray tu! =D

    ReplyDelete
  2. alalalalaaahaiii... bestnye jumpe blogger di alam nyata.... bilelah saya ade peluang nk jumpe blogger kan... kadang2 maybe pernah terjumpa di dunia nyata tapi tak terperasan or tak bape cam kot..heeeee :P

    ReplyDelete
  3. beliamuda:
    terima kasih
    ada rezeki,boleh buat lagi lain kali
    no problem

    ReplyDelete
  4. HafRizah@Dátiles.Dulces:
    klu jumpe saya tepi-tepi jalan tu tegur la jugak eh
    tu la, best bila dah lama kenal kat blog
    tiba-tiba jumpa depan mata
    terus kamcing dah macam kenal 10 taun,lol

    ReplyDelete
  5. Uih, bakpe k ayu baru perasan entri ni dan belum komen? Haish x bleh jadi. Kena komen dan yg penting share laa weh. Ok tqvm, Nuar for this entry. Akak terharu..sobsobsob

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kak ayu bizi sangat.. dok dang nk mai baca sini,wakaka
      most welcome kak.. entri tanda penghargaan untuk pekenalan dengan blogger akuzle :)

      Delete