Biasalah, first timer. Bola asyik tuju longkang je memanjang, pin tersengih tak berganjak. Budak kampung masuk bandar, jumpa bowling macam jumpa benda ajaib di dunia. Not bad, sejak dari tuh mulalah minat main bowling.
Tahun silih berganti, kalau ada reunion ke, lepak dengan member-member ke, memang tak sah kalau tak main bowling. Ok lah, ada improvement. Dari semasa ke semasa, dari masuk longkang dah mula tembak pin. Dari tak pernah strike dah mula belajar strike. Dari tak spare, dah mula pandai spare. Dari tak tahu istilah-istilah semua ni, dah tahu sikit-sikit. Awesome!
Tapi, bila masuk u, dah Nampak kegilaan. Lebih-lebih lagi time final year. Boleh dikatakan, tiap-tiap minggu at least sekali seminggu pergi Ipoh Parade gi main bowling di Ampang Superbowl. Tak kira, sesibuk mana pun dengan FYP, FYDP, Exam, Test, Quiz, Lecture, dan sebagainya, bowling tetap bowling. Heaven!
Sebab tu lah kot, mulai 9 September 2011 dah mula rekod score untuk setiap game sampailah sekarang. Dah jadi hobi, dah jadi gila dengan bowling. Takpe lah, jadikan ia sebagai satu medan untuk menguji tahap konsentrasi dan konsistensi. Cewah! Ya, hidup kena ada tujuan. Begitu juga dengan main bowling. Tujuan adalah untuk sentiasa berusaha pecahkan rekod peribadi dan tingkatkan average jatuhan pin.
STATISTIK
Rekod baru peribadi sudahpun tercipta. Mampukah nak pecahkan rekod 221 untuk tahun 2013? Overall, average jatuhan pin untuk 2012 semakin meningkat berbanding 2011. Walaupun kurang main bowling untuk tahun 2012 berbanding 2011, tapi score yang dicatatkan lebih baik. Strike paling banyak, masih lagi 4 kali berturut-turut iaitu four-bagger!
Stikes : four-bagger
186 pins
1 Disember 2011
Ampang Superbowl, Ipoh Parade
Stikes : 1 double and 1 turkey
221 pins
23 October 2012
Mutiara Bowl, Billion, Kota Bharu
ANALISA JATUHAN PIN : SEPTEMBER 2011 - DISEMBER 2012
PERBANDINGAN ANTARA 2011 DAN 2012
notakaki : Untuk tahun 2013, kemungkinan jumlah games tu lagi lah kurang agaknya. Macam tak sempat je nak gi main bowling skang. Cuma, aim untuk tahun baru 2013 agar average makin naik dan dapat buat rekod peribadi yang baru. Kalau ada tournament kecik-kecik ke, nak try la join sekali. Cari pengalaman... Kawan-kawan, kalau nak main bowling, roger-roger la ye... Kalau ada masa free, boleh join sekaki.
2013,Here we go!
6 Comments
ado bola sdiri ko?? kalu xdok lg, ejah beli la.. aku bleh tlg cari kalu nok muroh gak.
ReplyDeleteSiapakah gerangan si Anonymous ini?
ReplyDeleteTakde bola pun.. main suka-suka je
tak mampu lagi nak beli bola sendiri
kawanmu jugok la nih, haha.. main suka2 pon, main sokmo tu... guno bola sendiri x bermakna kena masuk tourney.. untuk keselesaan je.. lgpn kalu bola sndiri, size ikut tangan mu.. rm50 kot, xkn xleh.
ReplyDeletekawanku ramai lah wahai kawan
ReplyDeleteyang mana satu tuh?
RM50? adeh.. jarang main macam tak berbaloi je nk beli lagi
lek lu, sampai masa boleh la beli
tunggu pro dulu,haha
kawan hok duk kat bangi, haha.. nok tunggu pro gak parok la abe, aku pon xpro jugok tp ado bola sendiri. segalanya demi keselesaan :)
ReplyDeletelorh,mat din ko ni?
ReplyDeleteserba-saloh nok beli bola boh
payoh nok kilik gi mari,haha
main jah bola hok mano ado di gelanggang dulu
layannnnn