FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA : EPISOD 2

Nampaknya, Episod 2 Fear Factor Selebriti Malaysia sudahpun ditayangkan di Astro Ria. Walaupun tayangan serentak dengan Perlawanan Kelantan VS ATM untuk Piala Sumbangsih, sempat jugak aku layan walaupun half-way,lol. Kena tengok balik ulang-tayang nanti nih. Nasib baik ada siaran ulangan.


Jadi, sape-sape yang tak sempat tengok tadi, jangan bimbang sebab Ahad, jam 130-230 petang ada siaran ulangan di Astro Ria. Tengoklah sendiri pelbagai aksi para selebriti dalam 2 cabaran yang cukup-cukup mencabar mental dan fizikal. Dengar cerita,Johan Ashari siap baca ayat suci al-Quaran time alihkan ular dari kotak kaca.

Untuk cerita Episod 1,klik sini :Episod 1


Episod 2
Cabaran 1 : Peti kaca dan Ular

Untuk  cabaran Episod 2, penggambaran dilakukan di hospital terbiar, iaitu Hospital Conradie. Grrrr, memang meremang bulu-bulu roma tengok ular-ular yang melilit di sini sana.



Dalam cabaran 1, setiap kumpulan perlu menamatkan cabaran dalam masa yang telah ditetapkan. Seorang perserta kena pindahkan ular dan cari kunci, sorang lagi kena baring dalam peti kaca yang berisi ular dan siap-sedia untuk dihujani ular-ular yang dipindahkan oleh peserta lagi sorang tadi, Fuuuuuuh. Geli-gelaman beb!


Untuk cabaran 1, hanya 2 kumpulan yang gagal menamatkan cabaran iaitu kumpulan Johan dan Kaka serta Didie Alias dan Sham. Antara 2 kumpulan yang gagal ni, salah satu kumpulan akan tersingkir. Namun, masih ada satu peluang untuk mereka berusaha dalam Cabaran 2 bagi mengelakkan diri dari disingkirkan dengan cara mencatat masa terpantas.


Cabaran 2 : Titian kabel dan Bendera

Dalam cabaran 2, hanya seorang wakil kumpulan yang perlu bersaing untuk meniti di atas tali kabel dan kutip bendera. Sampai di mid-point, peserta kena ambil kunci, buka mangga dan terjun. Gayat habis bhai. Mana taknya, dengan perlu laju lagi,bergoyang-goyang lagi, tinggi pulak tuh. Cabaran ini dilakukan di tingkat 11 bangunan. Phewww


Untuk aksi ini, syok tengok Alam Wakaka bersaing dengan Zaween. Walaupun Zaween mendahului pada mulanya, namun kelincahan Alam yang bergerak macam lipas kudung berjaya menamatkan cabaran terlebih dahulu. Cayalah!


Pemenang ditentukan berdasarkan catatan masa terpantas untuk kedua-dua cabaran. Peserta yang disingkirkan ditentukan melalui cabaran yang tak berjaya dilaksanakan dan catatan masa terburuk.


Juara Mingguan
Hairul
Dazrin
Tahniah, kerana berjaya memenangi RM10, 000!
Peserta yang tersingkir
Didie Alias dan Sham


Tahniha kerana berjaya sampai ke Episod 2


Credit photo : Fear Factor Malaysia

Siaran ulangan Fear Factor Selebriti Malaysia pada hari Ahad, 130-230 petang di Astro Ria

  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||
|| Profile peserta || Selebriti Fear Factor ||

Post a Comment

4 Comments

  1. hehehehe
    aku tunggu download baru leh tgok

    ReplyDelete
  2. Hans:
    kena tengok Episod 2 bro, torbaikkk
    lebih sengit saingan skang
    sape-sape pun boleh menang

    ReplyDelete
  3. sesiapa yang masuk mmg orang yang berani tidak kira ada menang atau tidak.

    http://mymiddleforest.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Jocelyn lum:
    betul tuh, sebab setiap minggu ada cabaran tersendri
    juara fear factor selebriti malaysia pun tak tau lagi sape
    sebab sape-sape pun boleh jadi juara
    Janji berani dan cepat!

    ReplyDelete