FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA : HOUSE CHALLENGE BLOGGERS EDITION

Ramai yang duk tanya, "Kenapa ko kecoh sangat pasal Fear Factor Selebriti Malaysia?", "Kenapa banyak gila kau tweet pasal #FearFactorMY ?", "Kenapa banyak sangat entri di blog pasal Fear Factor?". Paling tak boleh blah, ada orang ingat entri Fear Factor Selebriti Malaysia di blog ni adalah entri Advertorial. Kemon lah, blog picisan macam ni memang tak mampu lagi nak dapat Advertorial yang besar-besar. Yang kecik-kecik, pun tak pernah dapat. Tapi, kalau ada orang nak bagi lepas ni, boleh je. No hal, kecik tapak tangan, Stadium Bukit Jalil aku tadahkan,keh3.


Jawapan untuk semua soalan di atas adalah kerana aku adalah antara orang yang terawal merasa cabaran di Zon Fear Factor bersama 29 rakan-rakan blogger yang lain.

Zon Fear Factor Bloggers Edition @ Sunway Pyramid
Credit photo : beliamuda
 
FEAR FACTOR


Sebenarnya, aku mula tertarik dengan rancangan ni semenjak kecik lagi. Nak cakap sejak baby, tipu sangat tuh. Semenjak Fear Factor ditayangkan di Astro AXN. Time tuh, aku tengok macam-macam aksi, makan perut khinzir pun ada, aksi lompat-lompat tempat tinggi pun ada, terjun sana, lompat sini, masuk terowong ada buaya dan macam-macam lagi. Jadi, tertanya jugak, bila nak ada di Malaysia.




Nak dijadikan cerita, Nuffnang mencari bloggers untuk menyertai Zon Fear Factor di Sunway Pyramid. Maka, berbekalkan minat ingin mencuba, makanya aku pun tercuit hati nak join. Syaratnya, kena buat satu entri pasal Fear Factor. Dengan sedikit pengalaman hidup yang ada, dicampur-gaulkan dengan minat mengarang, maka terhasillah entri Fear Factor (klik sini). Alhamdulillah, entri tu berjaya untuk melayakkan aku untuk sertai Zon Fear Factor di Sunway Pyramid bersama 29 bloggers bertuah yang lain.



Rasa teruja tu memanglah ada, tapi cuak pun tak kurang hebatnya. Duk pikir, apalah cabaran yang kena buat nanti. Apapun cabarannya, redah kasik pecah! Untuk Zon Fear Factor, paling syok adalah hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Mana taknya, iphone 5, xbox 360, ipad mini, macbook pro, camera dslr dan macam-macam lagi merchandise dari Astro dan pihak penaja.



Macam yang aku cerita di entri lepas (klik sini), aku hanya menang dengan kalahkan emosi sendiri terhadap cacing tanah dan katak. Tapi, tetap kalah dalam cabaran Zon Fear Factor sebab terkandas di bilik gelap bila gagal menjumpai 1 lagi bendera daripada 3 bendera yang perlu dicari dalam masa 60saat. Musuh ketat aku adalah masa. Kalau berani, tapi tak cukup masa, tak guna jugak. So, takde lah jodoh untuk bertemu dan bersua muka dengan ular dan bermesra di dalam sangkar mencari kunci untuk menamatkan saingan. Sigh! 


But, never mind. I got more than that. I got experience, friends and met with Selebriti Fear Factor. Paling best bila dapat jumpa blogger-blogger, gamat terus jadinya.


Jadi, aku simpan pengalaman di Zon Fear Factor Malaysia ni sebagai satu kenangan. Semoga next time dapat lagi join event-event macam ni. Terima kasih kepada Nuffnang dan Astro di atas jemputan untuk menyertai Zon Fear Factor. Cool! 


Sebagai kenangan, boleh la imbas balik video ni. Simpan sebagai satu kenangan, zaman berzaman. Ceeeewah!





Siaran ulangan Fear Factor Selebriti Malaysia pada hari Ahad, 130-230 petang di Astro Ria

  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||
|| Profile peserta || Selebriti Fear Factor ||
 
Cabaran Mingguan

Post a Comment

2 Comments

  1. whoa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    saya tidak berani untuk sertai:)

    Saya suka post ini kerana kamu ckp pasal personal story kamu:)

    thank you.

    http://mymiddleforest.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Jocelyn lum:
    thanks ya sebab singgah komen dan follow
    nice to know you

    sama la, tak brani jugak asalnya
    tapi dah ada di tempat tuh, redah je lah apa yang ada
    good experience actually

    ReplyDelete