JUARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA


Mesti tertanya-tanya kan siapa juara Fear Factor Selebriti Malaysia? Malam ni, 30 Mac 2013 merupakan malam kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia. Siapakah yang bakal dinobatkan selaku juara Fear Factor Selebriti Malaysia? Semua bakal terjawab malam ni di Astro Ria, jam 9 malam.

Sebelum kita main teka-teki siapa yang akan jadi juara, jom kita kenal dulu finalist untuk malam ni. Cekidout!

Finalist Fear Factor Selebriti Malaysia

Dazrin dan Hairul antara team favorite untuk menjadi juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Sebabnya? Boleh dikatakan tiap-tiap episod mingguan, kalau tak menang pun, mereka akan bagi saingan sengit kepada pasukan lain. Menjadi juara mingguan lebih dari sekali, maksudnya team ni agak kuat! 


Lagi satu team favorite untuk menang adalah Hefny dan Hafizul. Dua orang ni nampaknya serasi dalam melakukan setiap cabaran mingguan. Boleh dikatakan, dua-dua berani dan suka sahut cabaran. The spirit memang boleh puji. Dua orang ni pun pernah jadi juara mingguan jugak.Cuma, kadang-kadang catatan masa yang tidak menyebelahi nasib mereka.


Zoey dan Dafi? Kekuatan dalam team ni adalah Zoey. Dalam kebanyakan cabaran, Zoey yang akan melakukan aksi-aksi yang extreme berbanding Dafi. Mungkin, Zoey ni orang nye lebih kental. Tapi, untuk sesetengah cabaran, Dafi pun turut membantu Zoey. Kalau tak, mana mungkin mereka dapat menang juara mingguan dulu. Nak kata calon juara? Rasanya, agak susah. Sebab Hairul-Dazrin dan Hefny-Hafizul lagi mantap kot. Apepun boleh jadi, kita tunggu dan lihat je nanti.


Kalau nak tau, ni lah satu-satunya team underdog yang layak masuk final. Tu pun, lepas Elfira Loy menangis tak ingat dunia, ingatkan dah tersingkir di minggu terakhir sebelum pentas final. Mana taknya, kecewa habis kalau tersingkir sebab beza 1 saat je. Nasib baik, at last dapat jugak masuk final. Ajak dan Elfira, memang struggle tiap-tiap kali cabaran. Kagum jugak lah tengok team ni, satu-satunya pasangan lelaki dan perempuan yang kekal sampai akhir. Calon juara? Rasanya, tidak mungkin. Melainkan, keajaiban yang berlaku.


Hah, siapa juara sebenar Fear Factor Selebriti Malaysia ni? Ce teka... Jawapannya adalah....... (duduk depan tv, bukak Astro Ria, tunggu sampai habis rancangan dari pukul 9-10), keh3.


Selamat berhujung minggu

[UPDATE]

Akhirnya, terjawab sudah siapa juara Fear Factor Selebriti Malaysia.

Nampaknya, ramalan aku not bad, 2 team favorite layak ke cabaran akhir manakala 2 team lagi yg kurang favorite, terkandas di cabaran pertama. Walaupun cabaran akhir, faktor nasib yang memainkan peranan penting, namun faktor keberanian dan strategi untuk meletopkan kereta pada saat yang betul, turut memainkan pernanan penting.


Tahniah kepada Dazrin dan Hairul yang dinobatkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia sekaligus membawa pulang RM200,000. Di sebalik keseronokan menyaksikan cabaran terakhir itu, aku tertarik dengan hasrat murni 2 peserta ni sebelum dinobatkan selaku juara.

Kata Dazrin, "Saya nak menyumbangkan sebahagian apa yang saya dapat kepada anak-anak yatim dan golongan yang lebih memerlukan".

Kata Hairul, "Saya nak bawak mak dan ayah saya ke tanah suci Makkah".

Alhamdulillah, berkat usaha keras mereka, akhirnya mereka berjaya.Tahniah diucapkan dan selamat merealisasikan impian.

Post a Comment

0 Comments