Destinasi pertama lawatan kami ke Kuching adalah Sarawak River Cruise. Fuyoh! Ini pun first time nak naik cruise. Perasaan teruja mengalahkan macam nak naik Titanic, phewit! Lokasi untuk naik Sarawak River Cruise ni, tak jauh daripada tempat kami menginap, Riverside Majestic Hotel. Cuma jalan kaki dalam 5-10 minit, dah boleh sampai. Pendek kata, memang strategik lah tempat kami menginap tuh.
Untuk pelancong yang bertandang ke Kuching, kos yang dikenakan untuk menikmati keindahan di Sarawak River Cruise adalah RM69.90. Pakej ini sekali dengan free flow meal (kek lapis dan jus oren) dan set dinner. Memandangkan kami pergi di bawah tajaan sepenuhnya oleh Malindo Air dengan kerjasama Sarawak Tourism Board (STB), maka ia adalah percuma. Yahooooo!
Apa aktiviti menarik sepanjang perjalanan dengan Sarawak River Cruise? Mai nak share sikit, mana tahu ada yang nak pergi bercuti ke Sarawak kan. Jom, layan….
Menikmati pemandangan indah sepanjang Sungai Sarawak sambil tangkap gambar
Dihiburkan dengan tarian tradisional iaitu Melanau, Iban dan Bidayuh
Dapat lihat dengan dekat 2 tempat menarik iaitu Dewan Undangan Negeri Sarawak dan rumah Yang Di Pertua Negeri Sarawak
Macam mana dengan pengembaraan kami di Sarawak River Cruise? Nampak best kan? Sejujurnya, memang best. Sambil dapat menikmati pemandangan indah, dapat juga makan-makan kek lapis dan jus oren. Selang-seli dengan gelak tawa rakan bloggers yang tak henti-henti buat lawak. Sampai nak cakap pasal buaya Bujang Senang, boleh pulak tersasul sebut buaya Janda Baik.Siapa lah tu? Aishhhh
DINNER
Selepas berlayar hampir 1 jam, kami turun ke bahagian bawah Cruise untuk makan malam. Seronok betul dapat makan malam atas cruise. Romantika beb! Menu kami pada malam tu adalah nasi bersama ayam dan sos lada hitam. Nampak gaya macam nasi ayam penyet. Nampak sama, tapi bukan dia! (baca dengan nada Zizan).
Selesai makan malam, kami pulang ke Riverside Majestic Hotel untuk berehat. Aktiviti sebelah malam adalah free and easy. Kalau blogger tegar macam bro Shakiddo, time tu jugak lah dia update blog. Kaki rayap macam Hafizcyber dan Faizal Fredley, time tu mereka pergi jalan-jalan dengan member-member di Kuching. Kalau macam Yana Yassin dan Ruby, pb rasa lepas syok bedal maggi hot cup terus membuta kot, keh3.
Destinasi pb? Makan chicken chop di rumah abang sambil melawat kak ipar yang baru keluar wad di Kem Penrissen, Kuching..
Homemade punya chicken chop, sedap hingga menjilat jari. Kalau tak sebab dah kenyang, konpem 2 pinggan habis. Terima kasih chef buyong!
Waktu operasi
530 petang - 700 malam
Tiket
RM69.90 (Dewasa)
RM39.90 (Kanak-kanak 4-12 tahun)
Pakej
Pakej
Llive commentary mengenai pesisir Sungai Sarawak
Persembahan kebudayaan
Free flow fresh orange dan kuih lapis
Makan malam dengan Sarawakian Black Pepper Chicken Rice
Balik ke hotel lebih kurang pukul 1200 tengah malam. Tak sabar untuk meneruskan perjalanan hari esok. Ke manakah destinasi kami seterusnya? Nanti kita sambung, tidur dulu! ZzzzZzzzZzzz
Full series : Sarawak, Aku Datang!
2 Comments
Bestnyee gi jalan sarawak !!
ReplyDeleteAmelia Hanim:
ReplyDeletefirst time sampai Kuching, memang seronok!
Nice place to visit