TERBANG KE KUCHING BERSAMA MALINDO AIR

Media Familiarization Trip to Sarawak
Alhamdulillah, pada 4-6 April 2013, pb berpeluang untuk turut serta dalam rangka lawatan selama 3 hari 2 malam bersama warga media ke Kuching bersempena dengan Malindo Air and Sarawak Tourism Board Media Familiarization Trip To Sarawak. Sebenarnya, rasa macam mimpi je boleh join trip ni sebab dapat tahu last minute, sehari sebelum penerbangan. Terima kasih kepada Melastik Bintang sebab offer untuk join trip kali ni. Kebetulan tengah bercuti pulak time tuh, so boleh la join. Yeay! Terima kasih jugak kepada warga Malindo Air yang sudi memberi peluang untuk pb turut serta dalam trip yang super ohsem ni.
 
Cindy - Kelly - Rabiatul Adawiyah - Irfan - Shakiddo - Yana Yassin - penaberkala
Agak excited untuk terbang dengan Malindo Air bersama rakan-rakan bloggers dan warga media yang lain iaitu dari BernamaTV, Santai TV, Media Sukses, Gaya Travel, Kosmo, Berita Harian dan lain-lain. New people, new friends. Itu yang penting. Cewah!

Malindo Air : Not Just Low Cost
Sebelum potpet potpet berceloteh panjang pasal trip ke Kuching dan tempat-tempat menarik yang telah dikunjungi, apa kata kita cerita dulu pasal Malindo Air. Mesti ramai yang nak tahu apa keistimewaan Malindo Air. Tanpa Malindo Air, tak sampai la pb ke Kuching, Sarawak tempoh hari. Ye dok?


Destinasi utama Malindo Air
So far, Malindo Air sudahpun menyediakan penerbangan Kuala Lumpur-Kuching dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu sebanyak 4 kali sehari. Jadi, ini berita baik untuk orang-orang Kuching/Kota Kinabalu untuk pulang dan paling penting memberi peluang kepada orang-orang semenanjung untuk melancong ke sana. And, I'm one of them. Cool!


CHECK IN

First time jumpa Hafizcyber
Check in bermula 3 jam sebelum waktu penerbangan dan akan berakhir 45 minit sebelum penerbangan. Untuk penerbangan kami tempoh hari, kami berkumpul di KLIA seawal 930 pagi. Untuk penerbangan KL-Kuching, counter check in adalah di F14-F19

Untuk penerbangan lain, maklumat check in seperti di berikut:
  • Kuala Lumpur - Kota Kinabalu / Kuching : Kaunter F14-19
  • Kota Kinabalu - Kuala Lumpur : Kaunter C
  • Kuching - Kuala Lumpur : Kaunter C7-C9

PERLEPASAN

Aerobridge
Untuk keselesaan penumpang, pihak Malindo Air menyediakan Aerobridge untuk memasuki pesawat. So, tak payah nak berpanas dan panjat tangga. 

KUL - KCH

OD 1608
Perjalanan kami dari KLIA ke Kuching menaiki pesawat Boeing 737-900ER OD 1608. Nak tahu selesa ke tak? Jom layan gambar kat bawah...

Business class
Ni seat untuk Business Class. Ada 12 seats kesemuanya. Bezanya dengan Economy Class adalah keluasan tempat letak kaki dan had maksimum untuk free luggage selain seat yang lebih empuk.

Business Class
Extra leg room : 45" seat pitch
Free Luggage : 30kg
Economy Class
Ni pulak seat untuk Economy Class. Ada 3 seats untuk setiap wing. Kalau nak duk tepi tingkap, boleh lah pilih seat A ataupun F. Boleh tengok awan nano nano nano.

Economy Class
Extra leg room : 32" seat pitch
Free Luggage : 15kg

TIPS : Luggage yang melebihi berat yang telah ditetapkan akan dikenakan bayaran RM10/kg untuk penerbangan domestik. Untuk luggage/bag yang nak bawa naik on board, tak boleh lebih 7kg dan saiz tidak melebihi dimensi ( 22x 14x 9 Inch)
Nice view from seat 9F
On the way pergi, dapat seat 9F. So, dapatlah duk tepi tingkap. Seronok betul snap gambar awan yang berkepul-kepul macam gula kapas. Kalau yang duk seat kat tengah-tengah, tak tahu nak buat apa? Jangan bimbang, Malindo Air ada sediakan hiburan untuk korang.

Inflight Entertainment System
Setiap seat ada touchscreen. Boleh pilih, nak tengok movie, tv series, main games, baca berita ataupun baca pasal Malindo Air. Seronok kan? Takde lah nak buat tahi mata je on board. Sambil tengok movie, makan refreshment yang disediakan. Layan.....


TIPS : Sila bawa earphone siap-siap. Kalau lupa bawa, jangan bimbang. Stewardess Malindo Air ada jual, RM5 satu. Lagi satu, jangan lupa bawa USB cable kalau-kalau nak charge handphone.


Penerbangan dari KL ke Kuching mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. 


KCH - KUL
 
OD 1621
Perjalanan pulang kami pada 6 April 2013, jam 645 petang. Cuaca kurang baik, hujan dan sedikit kilat. On the way balik, duduk di seat 15D. So, tak dapat tengok ke luar tingkap melayan perasaan. Tapi takpe, boleh layan Ice Age di screen depan seat. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA jam 815 malam.


Overall, trip Malindo Air ke Kuching sangat best. For more info and story about my trip to Kuching, I'll share later on. Stay tune!

Malindo Air staff : Nisa - Eli - Irine
Di kesempatan ni, pb nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada wakil Malindo Air : Nisa, Eli dan Irine yang handle perjalanan kami pergi dan balik sepanjang trip ini. Korang memang ohsem! Nice to meet all of you. Ada next trip, jemput la lagi ye, hehe.


Terima kasih jugak kepada Sarawak Tourism Board untuk destinasi-destinasi yang menarik seperti Sarawak River Cruise, Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak Cultural Village, Lonely Cat Statue, Sarawak Museum, Pasar Satok, Main Bazaar, Serapi Corner and TopSpot Foodcourt (seafood). Paling penting, penginapan yang selesa di Riverside Majestic Hotel. Till we meet again next time.


::Notakaki::

Untuk masa akan datang, Malindo Air akan melebarkan sayap dan terbang ke lokasi domestik yang lain seperti Sandakan, Tawau, Labuan, Miri, Sibu, Bintulu,Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Alor Star, Langkawi, Pulau Pinang.

Bukan setakat domestik, malah Malindo Air juga akan terbang ke Indonesia (Medan, Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Surabaya, Bali), ke India (Kolkata, Delhi, Ahmedabad, Bombay, Chennai, Trichy) dan ke China (Guangzhou, Shengzen, Macau, Hong Kong).

Sementara ada promosi ni, apa tunggu lagi. Boleh la start booking ticket untuk ke Kuching atau Kota Kinabalu. Jom.....

Online booking:
Website : www.malindoair.com

Facebook : Malindo Air

Instagram : malindoair

Twitter : @Malindo_Air

Call center : 03-7841 5388
  
Not Just Low Cost



Cerita kami di Kuching, Sarawak bermula di sini (klik)!


Full series : Sarawak, Aku Datang!

Post a Comment

11 Comments

  1. Kota Bharu? Yeah! Hok tu nok dgr tu.. hhoho

    ReplyDelete
  2. Faris:
    Yes, Kota Bharu tu one of the proposed route in the near future
    Coming soon....
    Just wait and see :)

    ReplyDelete
  3. Nice.... simple dan straight foward info.... p/s : gambar ngan stewardess sorok buat koleksi yea.... hahahaha

    ReplyDelete
  4. hazman aka species1980:
    Ni baru opening, banyak lagi post pasal Malindo Trip to Kuching akan menyusul :)

    tak sempat plak nak bergambar dengan stewardess,haha

    ReplyDelete
  5. cool dan simple, hanya aku je kot yg sempat dengan stewardess kat belakang. haha

    ReplyDelete
  6. Irfan Chek:
    untung la ko bro, siap boleh bergambor dengan CEO Malindo Air dan pilot

    ReplyDelete
  7. Irfan tu kan femes... U org cepat giler update!

    ReplyDelete
  8. Cindy Tong:
    saja up entri awal-awal, takut makin lama makin banyak entri lain yang nk kena update
    Ni just opening Cindy, more posts coming soon :)

    ReplyDelete
  9. Hello hello
    I baru buat my post.. balik2 kuching tak sihat lah pulak..hahaha...

    ReplyDelete
  10. LadyJava:
    Get well soon :)
    Tak sabar nk sambung cerita pasal Kuching Trip ni
    Happy blogging

    ReplyDelete
  11. Comel tu wa.. ejah lallu wat bini..

    ReplyDelete