I Am The Unstoppable Explorer


Aku fikir, 
Aku tak ada bakat dalam seni. Jadi, aku berjinak-jinak masuk pertandingan mewarna sebab aku suka. Bila masuk dua tiga kali, kalah itu biasa. Tapi, bila sekali dua menang antaranya termasuklah anjuran Nestle di usia 6 tahun dan 9 tahun, baru aku tahu sebenarnya aku berbakat dalam seni mewarna *perasan* Nah bukti, hasil karya semasa berusia 12 tahun : UPSR Motivation


Aku fikir,
Aku seorang yang pemalu untuk bercakap di khalayak ramai,tiada keyakinan. Bila suruh bercakap di depan orang ramai je, pasti aku gugup dan panik. Tapi, bila dipelawa untuk sertai pertandingan bercerita di usia 11 tahun, tak sangka pulak aku mampu lakukan sehingga berjaya sampai ke peringkat negeri (Kelantan). Kemudian, berbekalkan dengan sedikit pengalaman dan keyakinan yang mula ada, cuba pulak berjinak-jinak dalam pidato dan perbahasan. Baru aku tahu, sebenarnya aku ni ada minat dalam seni orator.


Aku fikir, 
Aku ni tak mampu nak bergelar atlet. Memandangkan aku suka bersukan, aku cuba berjinak-jinak masuk olahraga. Bila dinobatkan sebagai olahragawan sekolah (2000 dan 2003), baru aku tahu sebenarnya apa yang kita fikirkan tak selalu betul. Apa yang penting, kita kena berani mencuba sesuatu yang baru untuk tahu sejauh mana kemampuan kita. Semua tu, dah jadi kenangan. Dah lama pencen sejak jadi ayam daging ni, LOL. Cuma tinggal medal dan trophy untuk tatapan untuk hari ni dan hari-hari mendatang.


Aku fikir, 
Kerana aku anak bongsu, itu sudah cukup kukuh alasan untuk aku jadi anak manja. Bila aku sertai pengakap, berkhemah sana sini, baru aku tahu aku kena belajar untuk berdikari. Dari situ, timbul pulak minat untuk mengembara dan melakukan aktiviti-aktiviti luar (outdoor). Setiap pengalaman yang dikutip, dijadikan ilmu survivor dalam hidup. Mungkin sebab itulah, aku suka bila kena pergi Outward Bound School (OBS) walaupun diseksa mental dan fizikal selama 10 hari. OBS, tempat aku betul-betul explore kemampuan mental dan fizikal dan cuba atasi fear factor yang membelenggu diri selama ini. 

Aku fikir,
Aku seorang yang mudah berputus asa. Tapi, bila aku mula sertai aktiviti mendaki bukit, aku tidak mudah menyerah kalah walaupun penat macam mana sekalipun sehinggalah sampai ke puncak. Walaupun rasa gayat, takut, aku tetap teruskan pendakian. Sebab, aku pasti di puncak sana satu keindahan dan kegembiraan yang menanti untuk dikutip dan dibawa pulang. Baru aku tahu, jungle trekking dan hiking  adalah aktiviti yang menyeronokkan dalam hidup. Dah ada beberapa destinasi yang dah berjaya ditawan, antaranya Bukit Jambul, Pulau Jerejak, Monkey Beach, Air Terjun Gepai, Bukit Saga, Bukit Tabur dan paling terbaru Air Terjun Berkelah, Pahang. 

Aku fikir,
Makanan itu hanya untuk dimakan, dicerna dan akhir sekali dinyahtinjakan. Tapi, semenjak menetap di rumah sewa, aku mula hargai makanan. Mula belajar untuk memasak dan mencipta rasa di dapur. Tak sedap tak apa, asal kenyang. Tu je prinsip yang aku pegang untuk gigih bertukang di dapur masak. Hobi mula bertukar untuk memburu makanan-makanan yang enak di pandangan mata dan sedap dimakan pun dah makin menjadi-jadi. Tak sedar diri badan dah melebar, puiii. Bila tengok balik di instagram, aku rasa 80% adalah gambar makanan, baru aku sedar makanan bukan hanya sekadar makanan. Makanan adalah satu kegilaan. Dah jadi seni. Seni apa? Seni membulatkan perut, LOL.

Aku fikir, 
Melancong di dalam negara tiada apa-apa makna. Tapi, bila aku menetap di Penang selama 8 bulan, aku mula membuka mata. Merayap di tempat-tempat yang menarik di setiap pelosok Penang adalah satu pengalaman indah. Setiap tempat, tersimpan keunikan dan keistimewaan tersendiri. Nak tahu lebih lanjut, boleh terjah ke destinasi pilihan di Le Tour De Penang dan Kuching, Aku Datang! Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Am I unstoppable explorer? 
Yes, I think I am! 
I Am The Unstoppable Explorer
Explore keupayaan dan potensi diri
Explore minat diri sendiri
Explore kekuatan semangat tanpa limitasi
Explore juadah yang sedap hingga menjilat jari
Explore tempat-tempat yang mencuit hati
 
Aku fikir,  
Setiap apa yang aku terokai dan alami amat bermakna. Tapi, bila diimbas kembali, setiap apa yang diterokai dan dialami kurang bermakna tanpa adanya gambar-gambar atau video-video untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Baru aku tahu, Samsung Galaxy SII yang aku bawak hari-hari ke hulu ke hilir ni  banyak memberi makna dalam pengembaraan dan kehidupan aku. Lagi satu, power bank. Tanpa power bank, mampus la nak harap kat smartphone yang bateri tak tahan lama. Jadi, mereka lah teman baik yang selalu berdamping setiap hari, my essential gadjet. Anytime and anywhere!
 

Aku fikir,
Aku boleh hidup tanpa Astro. Tapi, bila hujan je, siaran Astro tertanggu sekejap, aku mula rimas. Bila Astro tak berfungsi dua tiga hari, aku dah naik lemas. Bila kena travel atau pergi ke mana-mana, aku mula tak sedap hati sebab rancangan favorite di Astro akan terlepas. Bila aku tahu sekarang adanya Astro On The Go (AOTG), baru boleh senyum. Kalau nak pergi ke mana-mana, dah tak perlu risau takut terlepas tengok rancangan favorite di Astro. Sebab sekarang Astro di hujung jari. Aku boleh layari  Astro On The Go (AOTG) di smartphone saje. Yeazzzza!

AOTG’s programmes
|Disney’s Wreck-it Ralph|Raja Lawak|MasterChef Selebriti|Jodoh|
|Oh My English|Pearl Harbour|
|Alice in Wonderland|The Thieves|CZ12 (Jackie Chan)|Hua Hee Everyday|
|Empresses in the Palace|Jang Ok Jung|TLC’s Cooking Challenge|
|Discovery’s Survival Skills|UEFA Champions League|
|UEFA Europa League|Barclays Premiere League|
|PGA Tour: Golf|Romantika|

Nak tahu lebih lanjut pasal AOTG, boleh klik www.astroonthego.com


Aku fikir, 
Aku takde idea nak karang entri untuk join Astro On The Go (AOTG) Explorer competition. Alih-alih, bila aku letak je jari-jemari di keyboard, laju pulak dia menari. Hah, kan dah siap satu entri. Panjang berjela pulak tuh. Harap-harap, terpilih lah untuk jadi salah seorang peserta. 
Explorer-On-The-Go contest
Event details
Date: 18 May 2013 (Saturday)
Time: 10.00AM onwards
Venue: Sunway Pyramid
**********

Setiap daripada kita adalah pengembara. Sejak dari mula dilahirkan, belajar meniarap, merangkak, bertatih sehinggalah boleh berlari, berceloteh dan ketawa, sebenarnya kita memulakan pengembaraan kita di dunia ini. Jatuh bangun, ketawa menangis, suka duka silih berganti kita tempuhi dan terokai dalam pengembaraan yang dinamakan kehidupan. Kita meneroka potensi dalam diri, kita meneroka minat kita dan kita meneroka benda-benda dan tempat-tempat di sekeliling kita.


Sehingga ke saat ini, kita masih meneroka dan mengembara. Cuma, destinasi kita berbeza-beza. Pastinya, pengembaraan kita di dunia ini tiada titik noktahnya melainkan satu, iaitu mati. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu lah kita perlu menjadi peneroka dan pengembara. Apa jua halangan dan dugaan, kita perlu tempuhi tidak kira dengan senyuman mahupun tangisan. Kerana apa? Kerana hidup itu indah! Hanya sekali. Manfaatkan setiap inci ruang dan peluang yang ada.   

penaberkala

Post a Comment

11 Comments

  1. good luck! anis tak dapat join sebab anis ada dinner malam tu, dan anis jadi organisasi.. apa2 pun all the best :)

    ReplyDelete
  2. bnyak fikirnya, all the best ! :D

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaa.. banyaknya medal n trophy!!

    follower ke 444
    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/


    ReplyDelete
  4. sebenarnya banyak yg kita x tahu tentang kebolehan diri kita, sebab itulah kita kena mencuba, kalau x cuab kita x tahu .. kan.. heee..

    singgah sebentar nak ucap terima kasih sebab sudi follow teman balik.. =)

    ReplyDelete
  5. Anis Athia:
    Laa, ye ke...btw, thanks for the wish
    apepun, good luck untuk event dinner
    Selamat makan-makan

    ReplyDelete
  6. fadh leyanie:
    banyak fikirnya kan? hahaha
    tapi, bukan ahli fikir

    ReplyDelete
  7. tenku butang:
    terima kasih follower ke 444
    cayalah

    betul tuh, selagi tak cuba selagi tu tak tahu kebolehan diri sendiri

    ReplyDelete
  8. Sop:
    thanks bro
    jumpa esok
    selamat berexplore race

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Bak kata fadh, banyak beno fikirnya,hehehe

    2 perenggan terakhir tu.. memang penutup terbaik krol. :)

    ReplyDelete
  10. Tinta Lana:
    Alhamdulillah,sebab entri banyak fikir ni lah bawak tuah kat tuan blog menang Ipad Mini :)

    terima kasih Lana
    penutup tu, saja nk bagi motivasi kat diri sendiri

    ReplyDelete