MENCARI RAMLI

Masih ingat iklan TV yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2011? Kalau ingat-ingat lupa, ce baca skrip yang ada kat bawah ni. Kalau tak ingat jugak, tengok je lah video yang ada ni ye. Aku yakin, semua ingat kot. Mana tak nye, sampai kan ada macam-macam versi dekat facebook, twitter mahupun laman sesawang.


1998

Ramli : Ayah.. Ayah.. Ramli score 2 gol hari ni...

Ayah : Heh! Anak jiran sebelah tuh score 9A tau?

Ramli : Ayah... Ramli janji akan buat ayah bangga suatu hari nanti... (monolog Ramli membulatkan tekad untuk buktikan sesuatu pada ayahnya)


2011

Iklan ni sebenarnya pasal Ramli, jejaka dari Malaysia yang memakai jersi 19 yang bermain untuk pasukan bola  sepak terkemuka dunia iaitu Manchester United pada tahun 2011. Lagi mengagumkan, bila Ramli dapat skor sebijik gol. Walaweh, Ramli.....Oh Ramli.... Lu buat air mata ayah lu menitis... Janji yang terpatri pada  tahun 1998, kini sudahpun dikota. Lagi hebat, ko buat semua rakyat Malaysia berangan akan ada Ramli macam ko kat Malaysia ni suatu hari nanti. Inspired bhai.... Kau lah Ramli yang famous selepas Ramli Sarip, Ramli MS dan Ramli burger, wakaka.

Jom layan....


Tapi kan, Ramli yang hangat diperkatakan tu sebenarnya hanyalah satu fantasi. Impian yang belum menjadi realiti. Oleh sebab tu lah, pihak TM dengan kerjasama FAM, Manchester United Soccer School, dan Frenz United Football Academy berganding bahu untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia, mencari Ramli yang sebenar. Maka, wujudlah program Mencari Ramli musim pertama pada tahun 2011 dan 2 anak muda yang berbakat telah pun dinobatkan sebagai pemenang untuk beraksi di pentas bola sepak yang lebih tinggi dan terkemuka.


2012

Menariknya, 2 anak muda yang terpilih tadi jugak telah diberi peluang untuk membintangi iklan sambungan Mencari Ramli. Fulamak, iklan pun ada bersambung jugak rupanya. Siap buat recording di Manchester. Dapat jumpa player MU lagi wooo. Fuyoh! Ternyata, iklan mencari Ramli kali ini pun tidak menghampakan, menarik, tertarik, memang da bomb! Tak percaya?

Jom layan.....







Mencari Ramli merupakan program realiti tv terbaru untuk mencari bakat baru dalam arena bola sepak dalam misi memartabatkan sukan bola sepak di Malaysia terutama di peringkat yang lebih tinggi. Kalau boleh, jadi pemain bertaraf antarabangsa.


Mencari Ramli musim pertama telah pun berjaya mencipta sejarah pada tahun 2012. 30 peserta yang dipilih dari Sekolah Sukan Bukit Jalil telah dilatih dan diberi pendedahan mengenai teknik dan kemahiran untuk memantapkan lagi mutu permainan di padang. 2 pemenang telah dipilih di mana salah seorang diserap ke dalam pasukan Harimau Muda bawah 21 tahun manakala seorang lagi dipilih sebagai penyerang untuk U.S. Arezzo football club bawah 17 tahun di Itali (2 anak muda yang membintangi iklan Mencari Ramli 2).
12 lokasi

30 bakat baru


2 pemenang

1 pilihan penonton

Mencari Ramli musim 2 merupakan kesinambungan kepada program musim pertama. Apa yang menarik, untuk musim kali ini pencarian Ramli melibatkan peserta dari seluruh pelosok negara, dari utara ke selatan, dari timur sehingga lah ke barat. Tak tertumpu kepada pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja macam musim pertama. Pencarian bakat muda kali ini lebih menyeluruh dan melibatkan 12 lokasi demi mencari 30 bakal Ramli. Di peringkat akhir nanti, hanya 2 peserta yang betul-betul berbakat bakal dinobatkan sebagai Ramli oleh pihak juri dan seorang Ramli pilihan anda melalui undian pononton.



Apa tunggu lagi? Adik-adik yang rasa minat gila-gila bola sepak, jangan lupa pergi ke sesi pemilihan di lokasi-lokasi terpilih. Pendek kata, yang makan bola, tidur bola, mandi bola, memang diperlukan untuk join program Mencari Ramli 2. Mak ayah yang rasa anak-anak yang duk suka sepak-terajang barang-barang kat rumah pun, boleh la try hantar pergi ke sesi pemilihan. Hadiah untuk pemenang, lumayan woo. Belum cuba, belum tahu!

Pemenang Mencari Ramli 2
  • Sesi latihan selama 2 minggu di Manchester United Soccer School 
  • Peluang melawat Old Trafford dan menyaksikan Manchester United beraksi secara langsung
  • 3 tahun biasiswa untuk mengikuti Frenz United Football Academy

Konsep

Mencari Ramli 2 merupakan sebuah siri dokumentari realiti (docu-reality) untuk mencari pemain muda berusia bawah 16 tahun yang terbaik di Malaysia untuk dipilih dan dihantar ke Manchester United Soccer School. Pemenang yang bertuah akan dilatih dan diberi pendedahan khusus di Manchester untuk menjadi “Ramli” yang dicari iaitu pemain bola sepak unggul Malaysia di masa akan datang.


Objektif
  • Platform untuk anak-anak muda untuk mencapai impian mereka dalam arena bola sepak 
  • Meningkatkan mutu permainan bola sepak tempatan dan mencungkil bakat-bakat baru
  • Menggalakkan ibu bapa untuk mengenal potensi anak-anak dalam melahirkan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa dan memberi galakan sepenuhnya
  • Memupuk semangat Team Malaysia menerusi rancangan yang dipaparkan

Siapa Ramli? 
Remaja lelaki Malaysia yang berumur 16 tahun ke bawah. Berbakat besar dalam bola sepak. Seorang yang memiliki semangat juang yang tinggi, berkepimpinan, semangat berpasukan dan paling penting seorang yang berwawasan demi mencapai cita-cita.


Ramli boleh jadi penjaga gol (goal keeper). Mungkin juga pemain pertahanan (defender). Ataupun pemain tengah (midfilder). Dan keberangkalian seorang penyerang unggul (striker). Sesiapa pun boleh jadi Ramli asalkan berbakat dan komited dalam sukan bola sepak.


Kalau tanya aku, apa ciri-ciri Ramli? Mudah je, tak segak bergaya tak apa, rambut tak stylo pun tak apa, asalkan kaki dapat merembat kencang, main bersungguh-sungguh atas padang, dan tidak perjudikan diri dengan kontroversi murahan. Rasanya tu cukup lah untuk jadi Ramli yang skillful atas padang.


Daripada ribuan peserta yang datang ke sesi pemilihan, hanya 30 peserta terbaik seluruh Malaysia sahaja yang akan berpeluang untuk menyertai misi Mencari Ramli 2. Daripada 30 peserta yang terpilih, cuma 2 peserta terbaik, “cream of the cream” sahaja yang akan dipilih untuk menyertai Manchester United Soccer School dan menikmati percutian ke Manchester untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.



Jadi, jangan lepaskan peluang yang ada. Sesi pemilihan peserta diadakan di seluruh Malaysia sudah bermula Februari 2013 dan akan berakhir pada bulan May ini. Jom serbu 2 lokasi terakhir pencarian Ramli musim ke-2 iaitu di Melaka dan Kuching.


Jadual pemilihan peserta Mencari Ramli 2 seluruh Malaysia

Negeri
Lokasi
Tarikh
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka    
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak         
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May


Untuk keterangan lanjut mengenai Mencari Ramli 2, boleh merembat ke pintu gol
Mencari Ramli 2 

 Aishh, tak sabar rasanya nak tengok Ramli beraksi di Manchester

Ayuh, Team Malaysia! 

Jom kita beri sokongan padu kepada bakat-bakat muda yang bakal mengharumkan nama negara di persada dunia


Karok dulu seround kasik semangat dengan lagu Gemuruh Suara (klik sini)

Mancari Ramli 2
Setiap Jumaat
730 malam
TV3

Notakaki : Kalau nak tengok episod mingguan Mencari Ramli musim ke-2 dan menangi trip ke Sydney menonton perlawanan Manchester United secara live, boleh klik sini 

Post a Comment

5 Comments

  1. dulu nama ramli tak famous pn skng famous dah sebab program ni.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Satu malam kan, aku sembang ngan adik aku..tiba2 kuar iklan Ramli tv program ni. Selama ni ak tak amik port sgt pun, cuma ak memang sokong program mcmni.

    Adik ak tnya...

    "Kenapa pilih nama Ramli?"

    Sebab nama tu lebih mengingatkn dia pda Ramli burger. Ak pn taktau nak jwb pa.

    ReplyDelete
  3. fadh leyanie:
    dah jadi nama komersial skang
    untung sape-sape bernama Ramli
    dah jadi siulan orang,haha

    ReplyDelete
  4. Tinta Lana:
    program macam ni patut ada bukan hanya untuk bola sepak, sukan-sukan lain dan bidang apa jua sekalipun
    sebab, melentur buluh kena dari rebung :)

    pasal nama Ramli tu, tak tau pulak asal-usulnya
    Penulis skrip suka makan burger Ramli kot,wakaka

    ReplyDelete
  5. bgs gak ade rancangan nie kanss.. ade pelapis untuk bola sepak...

    ReplyDelete