#TSDayOut : Skypark Terminal, Subang

Skypark Terminal, Subang (siang)
Skypark Terminal, Subang (malam)

Skypark Terminal, Subang dulunya dikenali sebagai Terminal 3, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Tapi, selepas renovate dan penambahbaikan, sekarang tampak lebih canggih dan eligen dengan senibina moden. Lebih-lebih lagi, kalau korang pergi time malam. Sekilas pandang, WoW!


Lip lap lip lap bila jenguk ke atas. Macam kita pandang ke langit, bintang-bintang bertaburan :)

Dengan tatarias yang menarik di sudut atas bumbung dalam bangunan Skypark Terminal yang bertatahkan neon, ini memberi satu kelainan dan menjadikannya lebih eksklusif. Pendek kata, Skypark Terminal, Subang ni merupakan lapangan terbang (airport) yang mempunyai kelasnya yang tersendiri. Unik! Mungkin neon-neon yang bergemerlapan ni, nak kasik feel lebih sikit kepada pengunjung yang datang.


Mungkin ramai yang tak berapa tahu pasal Skypark Terminal, Subang kan? And, I’m one of them. Ye lah,nama pun dah tukar. Rebranding! Biasa dengar kalau orang nak naik kapal terbang pergi ke airport yang famous-famous je macam KLIA dan LCCT. Kalau ke Skypark Terminal,jarang pulak dengar.


Menurut Mr Francis Anthony,  Senior Vice President, Skypark Subang dalam sesi taklimat kepada semua peserta #TSDayOut kali ini, Skypark Terminal, Subang merupakan antara lapangan terbang domestik TOP 3 paling sibuk di Malaysia selain lapangan terbang Miri, Sarawak dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu. Wow. Good info indeed :)


Best betul dapat join #TSDayOut kali ni, selain dapat pengalaman dan pengetahuan baru, kami juga dapat melihat sendiri keistimewaan yang ada di Skypark Terminal. Then, guess what? We also got a cap from Skypark. Weeee. Ole-ole bak ang.


Biasa kita dengar……

"Kalau nak naik Air Asia, semua berpusu-pusu ke LCCT."

"Kalau nak naik MAS dan Malindo Air seumpamanya, semua berpusu-pusu ke KLIA."

Seperti sedia maklum, untuk ke LCCT mahupun ke KLIA, cara paling mudah adalah dengan public transport, ERL kalau malas nak naik bas atau teksi.

Mr Francis Anthony (Skypark) and Dian (Tourism Selangor)

Mesti ada yang tertanya-tanya dan pasti ada yang google cari,  

“Macam mana kalau nak pergi ke Skypark Terminal, Subang?”

Jawapannya?
  • Drive sendiri sama ada ikut lebuhraya Persekutuan atau lebuhraya Sprint
  • Teksi dari mana-mana lokasi atau stesen LRT
  • Bus U81 dari mana-mana lokasi, stesen LRT atau stesen bus

Kalau korang menggunakan khidmat airlines seperti Firefly dan Berjaya Air untuk penerbangan domestik mahupun antarabangsa, memang kena datang ke sini. Akan datang, penerbangan Malindo Air ke destinasi domestik seperti Kota Bharu, Alor Star dan sebagainya jugak akan beroperasi di sini. Hah, makin meriah lah lepas ni Skypark Terminal, Subang bila syarikat penerbangan baru, Malindo Air akan join the family. Untuk review pasal Malindo Air, boleh klik sini.


Lepas habis je sesi briefing, banyak jugak info yang kami dapat tahu pasal Skypark Subang. Sekarang, tiba pulak masa untuk kami ronda-ronda sekitar airport untuk tahu lebih dekat mengenai operasi yang mereka jalankan sebagai rutin harian. Apa yang dapat diperhatikan, Skypark Terminal tidaklah sesesak airport-airport lain.Paling penting, satu yang dapat pb bagi jaminan, korang tidak akan penat berjalan. Nak tahu kenapa? Jom kita terjah satu per satu kasik jelas dan terang.


Jom, kita tinjau apa yang menarik di sekitar Skypark Terminal,Subang. Cekidout…..

Kaunter tiket 



Masuk je dari main entrance, toleh ke kiri korang akan nampak kaunter tiket untuk syarikat penerbangan yang bernaung di bawah Skypark Terminal, Subang. Buat masa ni, Berjaya Air, Firefly - MAS, dan Air Asia. Akan datang, akan tambah lagi satu iaitu Malindo Air.

Bagasi 



Sebelum check-in, nak letak luggage kat mana? Hah, tak payah jalan jauh-jauh, masuk je dari main entrance, jalan depan je sikit, dah ada tempat luggage. Convenience, right?

Kaunter chek-in



Lepas pass luggage semua tuh, jalan sikit je lagi, terus masuk ke kaunter untuk check-in. Untuk pengetahuan korang semua, kaunter check-in ada 13 kesemuanya. Hah, dah nampak kan begitu dekat jarak antara tempat-tempat ni kan? Pendek kata, kalau kentut pun, dengar lah. 


Yellow lane



Mesti korang tertanya-tanya, apa fungsi garisan kuning kan? Ini bukan sign untuk, "kenderaan orang berat, sila ikut kiri" ke apa ke. Ini untuk panduan kepada orang yang kurang upaya penglihatan dan jugak panduan kepada semua penumpang untuk menuju ke balai perlepasan. Just follow. 

Security check 



Jalan je follow garisan kuning, tak lama lepas tu korang akan jumpa security check. Serahkan segala-galanya untuk diperiksa. After scanning, done! Dah sampai ke balai perlepasan untuk tunggu penerbangan.

Balai perlepasan



Banyak seat disediakan untuk korang rehat-rehat, borak-borak, dan tidur sejenak pun boleh. Jangan terlepas penerbangan sudah.


Cut To The Chase



Kalau rasa kering tekak, lapar dan seumpamanya, jangan risau. Kat sini ada Cut To The Chase. Sebuah cafe yang sediakan makanan dan minuman. Boleh santai-santai kat sini sementara tunggu penerbangan.

Lapangan terbang



Kalau diikutkan, kami dah follow semua steps macam orang yang nak fly. Cuma, kami takde boarding pass. So, hanya mampu tengok dari jauh je sambil snap-snap photo. Btw, a good exposure.


Balai ketibaan 



Cukup tawaf satu airport. Akhirnya, sampai ke balai ketibaan. Kat sini, penumpang akan ambil bagasi masing-masing. Ini bukan tempat jual sushi ye, LOL.

Skypark Terminal, Subang





Amacam, menarik tak Skypark Terminal? Pb rasa, memang cukup menarik. Lepas ni, mungkin akan jadi alternatif untuk pergi selain dari LCCT atau KLIA kalau mau fly ke mana-mana.

Group photo

Macam biasa, sebelum meneruskan aktiviti lain, kami memang gila bergambar. Group photo sebagai tanda kenang-kenangan.


Mai kita tanya apa komen crew Skypark Terminal, Subang pasal #TSDayOut




Jom, kita dengar apa pula pesanan gadis-gadis manis dari Skypark Terminal, Subang untuk korang semua





KEMUDAHAN DI SKYPARK TERMINAL

Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang bercerita pasal Skypark Subang, gatal pulak jari-jemari nak share pasal kemudahan yang ada di Skypark Terminal, Subang. Harap-harap, info yang ada ni sedikit-sebanyak dapat membantu korang yang nak ke sana especially yang first timer macam pb. Semoga bermanfaat!

Transportation

Airlines

Shopping


Choco Pot


Dining

Other facilities



Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk di laman media sosial Skypark Terminal, Subang


SkyPark Terminal Sdn. Bhd.
M17, SkyPark Subang Terminal
Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
47200 Subang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel.: 603-7845 1717
Fax: 603-7845 2727

For general enquiries : info@subangskypark.com

For media enquiries : media@subangskypark.com

For leasing enquiries : leasing@subangskypark.com

Post a Comment

0 Comments