#ChurpPewPew : Laser Tag @ Galactic Laser, Sunway Pyramid



Ini kali ke-dua aku main lasertag lepas Lasertag Piala Red Mummy di e-curve bulan Februari dulu. Adil lah tu, lasertag dah dua kali, paintball pun dah dua kali main  Sri Iskandar dan Sungai Buloh. Walaupun konsep dua-dua game ni hampir sama, iaitu perang tempur, serang hendap dan strategi. Namun, setiap satunya ada keseronokan dan keunikan masing-masing. Sebab tu lah ada orang prefer paintball, ada orang prefer lasertag. Aku? Dua-dua pun aku layannnn….Janji happy... Lagi-lagi bila main ramai-ramai macam #ChurpPewPew nih.. Ohsem! Menang kalah lain kira, yang penting kita enjoy...

Credit to Churp-Churp

Kalau main paintball, lebih extreme sebab dah macam berada di medan perang sebenar. Kalau kena tembak pun, memang berbirat hingga boleh bawak balik tanda kenang-kenangan. Cuma untuk orang rabun macam aku yang pakai spek, nak pakai helmet tu agak leceh dan tak selesa sikit lah. Spek mata asyik kabus je, tup tup dah kena headshot, LOL.


Lasertag pulak lebih santai dan rilex. Arena yang gelap membolehkan kita main hide and seek. Nampak je cahaya pihak lawan, tembak kasik kena. Silap haribulan, kita dulu kena laser. Takpe,mati hidup kembali. 7 saat kena tunggu untuk active balik pun rasa macam lama jugak lah. Seronok sebab tak sakit dan setiap player akan tahu pencapaian masing-masing lepas tamat game dengan pungutan markah dan ranking di skrin utama.


LOKASI

Untuk event kali ni, #ChurpPewPew diadakan di Galactic Laser, Sunway Pyramid pada 31 May 2013 yang lepas.Thank you so much Churp-Churp untuk jemputan ke event yang ohsem ni. Memandangkan dapat invitation 1 plus 1, apa lagi... Ajak la member untuk join sekaki. Kali ni ajak Shahir Naim. Thank you bro. Next time jom berlasertag lagi. Memang tak salah aku pilih orang, hebat jugak mamat ni main lasertag.Ketiga-tiga game semua point tinggi daripada aku. Well done for the first timers! Chaiyok.

Credit to Churp-Churp

Credit to Churp-Churp
Jujurnya, main lasertag di Galactic Laser lebih seronok dan mencabar sebab dua tingkat. Huh, jenuh nak berlari-lari. Nak menyorok pun best sebab banyak port. Tak percaya, boleh la pi cuba main sekali kat sana.


DINNER

Lepas selesai registration, sebelum tunggu game start, jom dinner dulu…. Menu yang disediakan pada malam tuh adalah pizza dan fries. Bekalan tenaga sebelum berperang. Layan jugak lah makan... Lapar punya pasal, keh keh keh.

Pizza
Fries

MISSION

Untuk #ChurpPewPew event, kami ada 3 missions utama. Apa dia? Hah, mai nak story...

Credit to Churp-Churp

One Free-for-All session
Hah, yang ni semua ramai-ramai masuk dalam arena selama 15 minit. Nak tembak siapa pun, ikut suka hati lah sebab first game untuk warming up boleh tembak orang sampai lebam. Macam latihan lah. Last-last, keluar ranking. Daripada 33 peserta, aku dapat nombor 8. Not bad, walaupun tak power mana, boleh laa. Ada motivasi sikit nak lawan lepas tu, hoho.
Team Deathmatches
Churpers dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Purple, Red, Blue dan Green team. Aku ditakdirkan berada dalam team Purple dengan orang-orang yang ohsem macam Mr Big, kak Cik Lily Putih, Darren, Shahir Naim dan ramai lagi.  

Credit to Churp-Churp
Peringkat awal, Purple lawan Red. Fuyoooh, Purple menang lah. Then tunggu untuk final antara Blue atau Green team. Finally, kami bertemu dengan Blue team di final. Mak aih, team ni nampak hebat lah. Ada Zainal, ada Atika Ramlan, cam power team ni. Boleh menang ke? Luckily, we won! Walaupun beza point tipis gila,haha. Yahoooooo. Purple team is the champion for #ChurpPewPew. 


Best #ChurpPewPew Moment
Satu mission lagi adalah berperang di Instagram. Kalau share gambar-gambar yang menarik di instagram, untung-untung dapat menang hadiah. Jadi, masing-masing tak lepaskan peluang untuk snap photo sana sini. Gunakan hashtag yang mana ada. Aku pun, tak lepaskan peluang....
Wow, banyak betul hadiah. Seronok kalau menang nih...
PRIZE GIVING

Habis game semua, tibalah di kemuncak event #ChurpPewPew iaitu majlis penyampaian hadiah. Jom kita tengok team mana yang menang. Zaaasssss...
 
2nd Runner Up
Blue Team

1st Runner Up
Red Team

Champion
Purple Team

Best moment winner
Credit to Churp-Churp
Champion untuk #ChurpPewPew menang tiket wayang eksklusif daripada Churp-churp untuk premier screening untuk mana-mana movie terbaru akan datang. Fulamak, ini best bro.... Untuk pemenang best moment pulak, kami menang photobook tajaan Foto-ZZoom

Credit to Churp-Churp
Apapun, terima kasih kepada semua pemenang. Kalah menang tak penting kan? Yang penting kita happy :) Yang tak menang, tak balik dengan tangan kosong. Semua churpers dapat voucher lasertag daripada Galactic Laser untuk 2 mission. Ayuh kita berlasertag lagi yok!


Yeah, I'm ready for the next battle.
Best shooter dapat menang piala besar, teddy churp-churp dan limited edition t-shirt woooo daripada churp-churp.Syok betul. COngratulation to the best shooter, Keith!


Apa komen korang pasal t-shirt churp-churp? Nice kan? Kalau dapat sehelai ni, best jugak. Dapat jadi antara orang yang terawal dapat pakai t-shirt ni ke mana-mana event next time.Cool!

Yeah, I'm churper! Keep calm and churp.

Once again, thank you so much Churp-Churp for organizing this event. Hopefully to join next event with churpers and see you guys next time.



Berminat nak join event? Jom like facebook, follow di twitter dan instagram Churp-Churp


Memory saved!

Post a Comment

0 Comments