DURIAN RUNTUH

Masa mula-mula buat blog dulu, hanya sekadar suka-suka. Hanya untuk isi masa lapang time zaman belajar. Bosan study update blog. Stress pun update blog. Nak exam pun update blog. Join apa-apa event pun update blog. Member-member kahwin pun update blog. Pergi makan sana sini, merayap sana sini, pun update blog. Pendek kata, segala macam yang rasa menarik tertarik memang da bomb, semua nak sumbat masuk kat sini. Itu pun, kalau ada masa, mood ok, line clear, jalan......


4 tahun berlalu..............


Aku rasa dah macam susah nak tinggalkan habit update blog. Sesibuk mana pun aku, sepenat mana pun aku, mesti cari masa juga untuk update blog. Kalau dah lama tak update, rasa macam hilang satu nikmat. Gatal je jari-jemari nak tekan-tekan keyboard. Mungkin ini lah yang dinamakan hobi!


Apa yang seronok? Dulu, kenal rakan-rakan blogger di ruang-ruang komen dan di blog-blog je. Tapi kini, alhamdulillah dah jumpa blogger-blogger bila join event-event, bersua muka, beramah mesra. Seronok, sebab kita berkongsi minat yang sama. Dah jadi macam satu komuniti walaupun dari background yang berbeza-beza. Bila dah jumpa, memang dah macam kenal sepuluh dua puluh tahun. Mesra alam!


Hasilnya.....


Setakat ini, dapatlah join event-event yang best-best terutama time weekend. Paling penting, dah mula dapat advertorial (iklan berbayar). Walaupun itu bukanlah tujuan utama masa mula-mula blogging dulu, tapi bila dah dapat merasa semua tuh, nikmatnya berganda-ganda. Semangatnya pun dah jadi berkobar-kobar. Memang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan orang lain, tapi cukuplah untuk sekadar tambah perisa dalam kehidupan seorang yang bergelar part-time blogger.


Bila diimbas kembali, blog ni dah banyak berjasa kepada tukang taip. Kalau dulu pernah menang contest-contest kecil, topup dan giveaway, alhamdulillah kini dah mula rasa habuan yang lebih besar. Segalanya bermula di sini, hasil ketukan papan kekunci. Betul lah orang kata, "rezeki ada di mana-mana". 


Sekadar untuk simpan sebagai kenangan di sini, durian runtuh sepanjang bulan May 2013. Rasanya, bulan ni agak bertuah untuk blog ni. Bila fikir-fikir balik, list down semua yang tercapai untuk bulan May, ini lah hasilnya.....


#TSDayOut 


 RM 250 daripada Tourism Selangor

Kemenangan ke-2 untuk blogpost yang sama

Terima kasih Zuel tolong pergi ambil hadiah di FRIM Kepong
Hadiah sumbangan FRIM Kepong


Astro On The Go

1st Runner-Up dalam Astro On The Go Explorace di Sunway Pyramid anjuran Astro dan Nuffnang


Apple Ipad mini

RM800 (AOTG subscriber)
 *berbaloi subscribe Astro On The Go RM30 sehari sebelum event, LOL*


Line Doll @ Nisakay.Com

Peraduan komen : Nokia, Line dan Aku
Credit to Nisakay.Com

#ChurpPewPew

Highest Team Points Award

 Tiket wayang eksklusif daripada Churp-churp untuk apa-apa Premier Screening, wow!
Voucher untuk 2 mission laser tag di Galactic Laser, pew pew pew


Best #ChurpPewPew Moment @ Instagram

Photobook daripada photo-zzoom


MIMMA

Malaysia Invansion Mix Martial Art Grand Finale

 2 tiket bernilai RM50++ setiap satu


VIPER CHALLENGE

Cabaran mengharungi 22 halangan di Sepang International Circuit

2 pass percuma bernilai RM170 setiap satu


Kalau dihitung, dicongak, rasanya untuk bulan May saja dah cecah ribuan ringgit hadiah dan tunai. Ya, ini namanya durian runtuh! Walaupun ini hanya berlaku sekali-sekala je dalam hidup, nikmat ini harus disyukuri. Ini adalah hadiah terbaik dan lumayan selepas hadiah daripada Resort World Genting dan percutian bersama Malindo Air ke Kuching sepanjang bergelar blogger. Semoga ada lagi rezeki-rezeki lain yang datang bergolek selepas ini, amin... 


Notakaki : Bila hobi mendatangkan hasil, ini dinamakan bonus! Konklusi, nak capai sesuatu bukannya mudah, ni pun ambil masa 4 tahun. Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek. Macam jugak dengan hidup kita, apa yang penting kena tetap berusaha dan komited dengan apa yang kita buat. In sha Allah, cepat atau lambat, pasti ada hasilnya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang menceriakan hari-hariku di event-event yang diadakan. Nice to meet all of you. Till we meet again next time ya!


pssssst! Tolong vote Kerabu Ayam penaberkala untuk Asian Food Channel Foodie Face-Off 2013 kat sini http://woobox.com/sc9r9f/vote/for/707991 Thank you.

Post a Comment

13 Comments

  1. Tahniah di atas segala kejayaan. May all the success continues :-)

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya....
    paling best dpt ipad mini...
    hehehe...
    TSdayout sabtu ni join ke?

    ReplyDelete
  3. R.a.W | Ramble and Wander:
    terima kasih bro
    inshaAllah...
    harap-harap, suatu hari nanti dapat menang hadiah percutian macam bro jugak,hehe

    ReplyDelete
  4. Siti Hajar Masri:
    setuju,memang itu yang paling best
    tampar-tampar pipi tak percaya bila menang, kah3

    ReplyDelete
  5. Nory Zoulkefle:
    akhirnya dapat juga gajet dengan berblogging, tercapai impian...

    #TSDayOut sabtu ni dapat invitation, tapi tak dapat pergi laa..
    Nak balik kampong, hoho

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Tahniah setahniah tahniahnya,hahaha, ini bukan durian runtuh dah, manggis runtuh, nangka runtuh, segala buah semua runtuh weh,hahaha.

    Semoga makin aktif n mantop weh!

    ReplyDelete
  7. Tinta Lana:
    terima kasih Lana
    amboih,abis segala buah dia sebut
    hak3

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    habis sgala buah ak sebut ea,hehehe

    Sorry komen kat sini..yg ko tnya tu.. camna nak fix latest entry yg tak timbul kat bloglist?

    Mksdnya, entry ko tak timbul kat bloglist org lain, itu yg ak faham, betul?

    Ak..pun tak tahu sbnrnya,hehehe. Ak ad kwn blogger pkai domain, dia punya latest entry tak timbul. Tenggelam je kt bwh.

    Mcm ak plak, ak ad cek kat bloglist org lain, ad ssth blog, bila ak update, memang timbul. Tapi ak punya cuma kuar gmbr je. Ayat2 dalam entry tu takda. Org lain punya elok je kuar gambar ngn ayat skali.

    ReplyDelete
  9. oh ya, ak rasa ad kaitn dgn jenis template.. ak rasa la.. ak tak sure..mngkin ad sebab2 lain gak.

    ReplyDelete
  10. Tinta Lana:
    sebelum ni ok je.. start entri ni baru problem.. aish, pusing
    apepun, thank you lana
    kena try godek-godek setting ni

    ReplyDelete
  11. ehehehe menyesalnya tak blog betul-betul time dulu

    ReplyDelete
  12. Macikz Konah:
    dulu banyak komitmen lain kan, hehe
    bila ada masa free, baru boleh blogging
    susah jugak nak bagi masa ni bila jadi part time blogger
    Mencabar!

    ReplyDelete