Burger Al-Lazat @ Burger Bakar Abang Burn

Pada 4 Julai 2013 yang lepas, aku sempat join gang bloggers untuk upacara pelancaran burger terbaru keluaran Burger Bakar Abang Burn sempena bulan Ramadan khas untuk peminat setia burger bakar. Burger kali ni diberi gelaran Burger al-Lazat. 


Korang ingat kereta, produk kecantikan dan gajet je ke ada launching? Hah, burger pun ada jugak. Hebat woo... Kagum dengan usahawan muda, anak tempatan yang mampu mencipta "brand" tersendiri dan bersaing dengan produk fast food yang lain di Malaysia seperti Burger King, Mc Donalds, Carls Jr dan lain-lain. Jujur aku boleh kata, kini Burger Bakar Abang Burn, dah mampu "duduk sama rendah,berdiri sama tinggi" dengan burger-burger berjenama yang lain.


Event kali ni memang meriah, ramai blogger-blogger terkenal yang datang. Shakiddo, Hazman, Yana Yassin, Ruby, CikEpal, Viruspadu, JMR, Yuyu, Fatin Liyana dan ramai lagi. Kalau nak tengok video pasal komen diorang pasal Burger al-Lazat, boleh terjah ke sini: Burger Al-Lazat


Tapi, sebelum kitorang try Buger Al-Lazat tuh, En Khairul Anwar Azhari, Pengarah Eksekutif Burger Bakar Abang Burn  dan En Sabrie Salleh, Pengarah Urusan Burger Bakar Abang Burn sempat bagi sedkit-sebanyak objektif dan tujuan utama pelancaran Buger Al-Lazat nih. Pendek kata, kita "makan sambil menderma". Macam mana? Hah, boleh dengar sendiri apa kata mereka di sini Al-Lazat mengumpul dana untuk fakir miskin



Korang masih ingat peraduan makan meat ball dan menang ipad? Hah, kita dah ada pemenangnya. Fuyoh. Makan meatball je pun, senang-senang je dapat ipad free-free. Apapun, tahniah kepada semua pemenang yang bertuah. Kepada yang tak berjaya, jangan putus asa. Boleh cuba lagi untuk peraduan al-Lazat sepanjang bulan Ramadan ni. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk poster di bahagian akhir entri.


Apa menu istimewa Burger Bakar Abang Burn sempena Ramadan? Hah, mai nak story sikit. Macam-macam ada. Tapi yang paling terkini, Al-Lazat yang berasaskan isi ayam juicy dengan sos percik. Gulp. Belum cuba belum tau! Layan....

BBAB Al-Lazat – RM 8.50

BBAB Al-Lazat Cheese – RM 9.50

BBAB Al-Lazat Cheesy – RM 11.50


BBAB Al-Lazat Supremo – RM 10.50

BBAB Al-Lazat Special with Beef Strips – RM 11.50

BBAB Al-Lazat special with Salami – RM 11.50

BBAB Al-Lazat Special with Turkey Slice – RM 11.50


Kalau rasa tak sempat nak pergi time berbuka, takpe. Pergi lepas terawih pun cun jugak. Sambil makan burger,  sambil menderma. Sama-sama kita menambah dana untuk fakir miskin.


Kat mana nak cari Burger Bakar Abang Burn?

Restoran Burger Bakar Abang Burn, 
No 31, Jalan Dwi Tasik 2, Cheras, 
Bandar Seri Permaisuri, 56000 
Cheras, Kuala Lumpur

Kat sini pun cun jugak, dekat dengan tempat tinggal aku. Sape-sape nak datang makan kat sini, roger-roger ye, boleh lepak-lepak sekali. Nak terawih pun mudah, dekat je dengan masjid.


Takpun, kalau duk area Kajang-Bangi boleh pergi ke sini. Taukey kat sini dengar kata handsome, boleh cuba pergi ngorat, kah3.

Ramal Junction Food Court, 
Jalan Ramal 1, Taman Sri Ramal, 
43000 Kajang, Selangor

Lain-lain lokasi, boleh tengok sini: Cawangan Abang Burn



Tu dia,abang Man dan bro Kid jadi model. Aku dan JMR jadi watak pipih je kat belakang tuh,haha

Hah, ni lah contest terkini sempena pelancaran Burge Al-Lazat.


Selamat mencuba!

Selamat beramal!


Untuk maklumat lanjut:

Facebook
https://www.facebook.com/abangburn

Blog
http://www.abangburn.com/

Twitter
https://twitter.com/abangburn


Notakaki: Dulu, kalau nak makan burger bakar Abang Burn sanggup pergi ke Kajang. Banyak kali jugak pergi. First time pergi dengan Alip Fauzi. Banyak kali jugak pergi dengan beliamuda dan Nash. Pernah sekali pergi dengan MahaMahu. Paling tak boleh lupa, ada sekali tuh bila kat Kajang tutup, terlajak sampai ke Nilai semata-mata nak makan buger bakar. Huh, gigih bak ang. Nasib baik skang dah ada yang dekat. Burger Bakar Abang Burn Sri Permaisuri, here I come!

Post a Comment

0 Comments