Kejap masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun ke-3 beraya bersama Samsung. Kenapa? Kalau nak tahu, tahun 2011 merupakan tahun pertama aku beraya bersama Samsung. Time tuh first time beli smart phone brand Samsung, iaitu Galaxy SII. Perasaan memang cukup eksited, sampai tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Ye lah, sebelum ni telefon cabuk je. Tiba-tiba dapat memiliki smart phone yang serba canggih, mana tak gembira kan? Memang kena dengan gaya hidup aku yang suka snap photo, main games, blogging dan jadi penunggu setia social network macam twitter, facebook dan instagram.
Walaupun baru 3 tahun bersama Samsung, tapi banyak kenangan manis sudahpun tercipta. Seminggu lepas beli, sudah diberi peluang untuk beraksi di depan lensa kamera untuk video viral Samsung Galaxy SII. Sebab Samsung jugak, dapat jumpa blogger famous macam Broframestone, Kusa Hafiz, dan Taufulou. Bros, if you still remember this moment. In case you've forgotten, just pay a visit here : Kantoi 2.0
Tutup cerita pasal Samsung, kita cerita pasal Raya pulak. Bagi aku, setiap tahun sambutan hari Raya Aidilfitri pasti ada kelainan yang tersendiri. Cuma satu je yang sama, beraya tanpa arwah ayah di sisi. Ya, jujur aku katakan, memang agak hiba terutama di pagi Aidilfitri. Biasanya dapat bersalam-salaman dengan mak ayah, tapi kini hanya mampu mengucup tangan bonda tercinta saja. Tahun ni, genap 7 tahun pemergian ayah. Al-fatihah.Pesanan untuk korang yang masih ada kedua-duanya, peluk cium puas-puas sementara mereka masih ada.
Bila fikir balik, aku takde satu pun gambar di hari Raya Aidilfitri bersama arwah ayah. Cukup kecewa. At least, kalau ada boleh simpan buat kenangan. Sebab tu, sekarang aku memang gila ambil gambar. Bukan apa, aku suka mengabadikan moment-moment menerusi lensa kamera. Setakat ni, Samsung Galaxy SII yang menjadi teman setia. Sebab itu aku namakan blogpost kali ni, Raya Moments of Closeness with Samsung. Dengan kata lain, detik-detik indah Raya bersama Samsung.Tanpa telefon Samsung Galaxy SII aku nih, tak mampu aku nak abadikan gambar-gambar menarik. Pendek kata, lepas ada telefon ni jugak rezeki aku di arena blogging semakin mencurah-curah. Banyak dapat ads, join event, menang contest dan kenal lebih ramai bloggers. Alhamdulillah.
Sebenarnya aku ada tengok iklan raya terbaru dari Samsung di youtube. Korang dah tengok? Kalau belum tengok, boleh klik play di video kat bawah ni. Serious, ini best! Memang patut aku share kat sini terutama kepada semua yang belum sempat nak tengok. Tersentuh hati beb, terus rasa nak balik kampung bila tengok iklan macam ni. Jom, layan….

Kalau korang nak tahu, time nih broframestone macho habis, cekeding je. Rambut pulak spike habis, keh3. Kat sini la jugak kenal dengan bakal isteri dia (ketika itu) iaitu Misi Iera. Sekarang dah pun jadi bini dia. Dan kami sempat makan tengah hari bersama di KLCC.Bro merupakan blogger pertama yang aku kenal di dunia maya dan jumpa di dunia sebenar. Nice to meet you bro!
Tutup cerita pasal Samsung, kita cerita pasal Raya pulak. Bagi aku, setiap tahun sambutan hari Raya Aidilfitri pasti ada kelainan yang tersendiri. Cuma satu je yang sama, beraya tanpa arwah ayah di sisi. Ya, jujur aku katakan, memang agak hiba terutama di pagi Aidilfitri. Biasanya dapat bersalam-salaman dengan mak ayah, tapi kini hanya mampu mengucup tangan bonda tercinta saja. Tahun ni, genap 7 tahun pemergian ayah. Al-fatihah.Pesanan untuk korang yang masih ada kedua-duanya, peluk cium puas-puas sementara mereka masih ada.
Bila fikir balik, aku takde satu pun gambar di hari Raya Aidilfitri bersama arwah ayah. Cukup kecewa. At least, kalau ada boleh simpan buat kenangan. Sebab tu, sekarang aku memang gila ambil gambar. Bukan apa, aku suka mengabadikan moment-moment menerusi lensa kamera. Setakat ni, Samsung Galaxy SII yang menjadi teman setia. Sebab itu aku namakan blogpost kali ni, Raya Moments of Closeness with Samsung. Dengan kata lain, detik-detik indah Raya bersama Samsung.Tanpa telefon Samsung Galaxy SII aku nih, tak mampu aku nak abadikan gambar-gambar menarik. Pendek kata, lepas ada telefon ni jugak rezeki aku di arena blogging semakin mencurah-curah. Banyak dapat ads, join event, menang contest dan kenal lebih ramai bloggers. Alhamdulillah.
Sebenarnya aku ada tengok iklan raya terbaru dari Samsung di youtube. Korang dah tengok? Kalau belum tengok, boleh klik play di video kat bawah ni. Serious, ini best! Memang patut aku share kat sini terutama kepada semua yang belum sempat nak tengok. Tersentuh hati beb, terus rasa nak balik kampung bila tengok iklan macam ni. Jom, layan….
Konklusi daripada TVC ni, kepada semua anak-anak di perantauan, balik lah jenguk-jenguk mak ayah di kampung terutama di Hari Raya Aidilfitri. Kepulangan kita amat besar maknanya buat mereka. Sementara mereka masih ada, jom sama-sama kita cuba membahagiakan mereka. Nak balik time lain mungkin kita sibuk dengan urusan kerja, jadi di kesempatan yang ada, di hari baik, bulan baik sempenan hari Raya Aidilfitri ni, jom kita pakat balik kampung.
Rentitan daripada tengok video iklan raya 2013, automatic buat aku imbas balik kenangan manis menyambut hari lebaran bersama kaum family, sanak-saudara dan sahabat-handai. Jom, imbas balik moment-moment raya aidilfitri yang menggamit perasaan dan sanubari. Nasib baik ada telefon Samsung Galaxy SII, boleh jugak aku rakam detik-detik manis especiallty keletah-keletah anak buah. Tiada apa yang manis tentang masa lampau melainkan kepingan foto yang dapat ditatap terutama dikala rindu melanda.
Tanpa foto-foto ni, kita tak kan nampak perbezaan di setiap hari Raya Aidilfitri. Sebab tu Raya Moments tu penting. Kalau boleh, snap la photo banyak-banyak. Biar jadi khazanah di kemudian hari. Contoh? Cuba tengok gambar anak buah aku yang sempat dirakam dari tahun 2009, 2011 dan 2012. Tengok perbezaan mereka. Dari 2 beradik, tup tup dah jadi 3 beradik. Bila besar nanti, Damia, Danish dan Darwisy boleh bukak blog ayah su baca balik ye, hehe.
Aku juga cuba nak terapkan budaya biar ada potret famili tiap-tiap tahun raya kepada kakak-kakak dan abang-abang aku. Ya, kami dulu time kecik-kecik takde pun potret famili macam nih. Jadi, aku taknak benda yang sama berlaku kepada anak-anak buah kesayangan. Paling tidak, bila besar nanti mereka mampu mengukir senyuman tengok balik gambar-gambar macam ni.
Selain moments bersama family, moments bersama sahabat karib dan rakan-rakan jugak penting untuk diabadikan. Sebab kita tak tahu bila pulak kita akan bertemu. Alang-alang dah berkumpul beramai-ramai, apa kata kita abadikan foto sekeping dua sebagai kenang-kenangan.
Contohnya, sahabat aku Faris. Tahun lepas dia sempat lagi beraya di bumi Malaysia. Tengok! Tahun ni dah terbang ke Australia untuk melanjutkan pelajaran. Nampak gaya, memang kena beraya di sana. Harap-harap, sempat la ye buat salam perantauan di akhbar kepada kawan-kawan di Malaysia tahun ni, hehe.
Ini pulak famili CJ7 semasa menyambut hari Raya Aidilfitri terakhir sebagai student. Now, masing-masing bawa haluan sendiri. Kalau jumpa pun, mustahil nak kumpul ramai-ramai macam ni. One fine day, harap-harap kita semua akan berkumpul kembali macam ni. I miss you friends!
Sempena Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tiba, Samsung Malaysia
ada menganjurkan contest Samsung Potraits of Raya. Time ni lah boleh
godek-godek folder gambar raya tahun-tahun lepas untuk mengimbau
kenangan. Kalau jumpa gambar yang best-best, boleh upload kat Samsung Potraits of Raya.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau bernasib baik, boleh
menang tiket wayang dan free pop corn untuk family daripada Samsung. Jom
try!
Aku pun dah join, boleh lah korang tolong tekan “love” banyak-banyak ye untuk gambar ni..
Thank you!
Thank you!
Raya 2013?
Aku rasa, untuk Raya 2013 aku perlukan Samsung Galaxy camera. Dengar cerita, power jugak kamera nih. Siap boleh upload terus ke media social. Not bad. Kalau dah ada kamera ni, makin rancak la keje aku time raya nanti duk asyik snap gambar je. Silap haribulan, lubang hidung pun aku snap, kahkahkah.
Source: http://www.samsung.com/levant/promotions/galaxycamera/img/camera_white_03.jpg |
Kalau yang mengikuti Diari Ramadan Penaberkala #DRPB, mesti tahu apa yang aku buat hari-hari. Tak pun di instagram. Ya, aku sedang gigih memasak. Now, mood memasak tiba-tiba memuncak. I’m addicted! Macam-macam menu dah berjaya dicuba. Tapi kan tiba-tiba aku rasa kalau Raya Aidilfitri nanti aku dapat buat red velvet cake dan cheese cake sendiri. Perghhh, syok jugak. Untuk Raya Aidilfitri 2013, aku rasa ia akan jadi lebih meriah dan bermakna kalau ada ketuhar gelombang micro (microwave) daripada Samsung, memang ohsem. Boleh buat kek special dengan microwave Samsung untuk family dan para tetamu yang datang beraya nanti. Konpem lepas ni boleh belajar buat kek dan pastry pulak. Mesti moment raya tahun ni lebih manis kalau nak dibandingkan dengan manisnya pavlova dan red velvet cake, ecececeh.
Source: http://malayandroid.com/wp-content/uploads/2012/02/zipel_oven.jpeg |
Apapun, di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan selamat memaknakan hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Dah apply cuti ke belom? Yang belum apply cuti tuh, cepat-cepat la ye. Nanti tak dapat cuti, mau menangis tak berlagu. Yeay, cuti raya aku dah approved! Thank you bos.
Bagi aku, Raya Aidilfitri.....
Not just A Day Of Celebration, wearing new clothes, meeting relatives
& friends and "duit raya". It's all about happiness and
togetherness!
Apa pula makna hari Raya Aidilfitri pada korang?
*5 komen terbaik bakal menerima duit raya daripada penaberkala*
23 Comments
Good luck Nuar harap2 boleh dapat camera hehehehehe... nanti ambil gambar aku ok..
ReplyDeleteMakna aidilfitri? Tentunya saling bermaafan antara keluarga dan ziarah saudara mara serta jiran. Jgn dilupa juga pd yang telah pergi. Alfatihah..
ReplyDeleteTerbaik lah bro.. jom lah beraya dengan aku nanti. Nak bagi aku duit raya eh
ReplyDeletesetiap raya ada kenangan indah tersendiri
ReplyDeleteplg ptg ialah bersama keluarga, adik beradik, saudara mara dan rakan2
setiap kali raya akan berubah.. :)
best of luck ^^
ReplyDeletePehhh.. Hebat ouh blogger ni.. hehe... Btw, selalu jgk stalk insta kau, jadi segan pulak aku kau lagi pandai masak dari aku.. haha
ReplyDeletesetiap kali raya, disebalik gembira, ada sedihnya..... gembira sbb dpt berkumpul beramai2, tgk telatah anak2 yg berpakaian baru, dan dpt bg duit raya. yg sedihnya mengenangkan arwah....(al-fatihah) dan mula pokai lepas raya. wawawa....

ReplyDeletehaha. melampau sangat nak snap gambar lubang hidung. anyway selamat menyambut bulan ramadhan, dan SELAMAT HARI RAYA PENABERKALA !!!!
ReplyDeleteSamsung ohsem! Walapun dapat Apple, Samsung masih menjadi pilihan utama..
ReplyDeleteMakna Hari Raya? To me Hari Raya = Family. Tak semestinya baju raya sedondon, berhari raya di desa, mahupun juadah enak. Semua tu tak bermakna tanpa keluarga.
ReplyDeleteDan sudah semestinya Hari Raya = Syawal. Bulan kemerdekaan dari lapar dan dahaga. Bulan kebanyakan kita makan percuma ajaaa..
Xtido sblm mlm raya..
ReplyDeleteesok terus pergi sembahyang raya.
Semua org bergembira..
tp jangan lupe bermaafan sesama kita..
Selamat Hari Raya penaberkala..
Meh hulur sikit duit rya..
Hahahaha..
Xtido sebelum raya..
ReplyDeleteEsok terus pergi sembahyang raya..
semua org bergembira..
jangan lupa bermaafan sesama kita..
SELAMAT HARI RAYA Penaberkala..
Bak sikit hulur duit rayaaaaa..
hahahaha..
snap byak2...duit raya pun nak byak juga tau...he3x!!! yang paling best dpt makan cake ice cream....
ReplyDeletegood luck bro!!!
ReplyDeletedunia dihujung jari.teknologi semakin maju.hanya aku yang masih setia dengan hp nokia murah belum berkeinginan mahu membeli yang lain lagi.lagi pula ia masih elok untuk di guna pakai lagi...
ReplyDeleteDah jadi macam blog rasmi samsung, hee. lama tak jenguk sini ^_^
ReplyDeleteNice story..sy pun penggina tegar smsung
ReplyDeletesy pun nk duit raya;p
Nice story..sy pun penggina tegar smsung
ReplyDeletesy pun nk duit raya;p
Yg pasti..
ReplyDeleteTradisi sy kpd kamu.
InsyaAllah dtruskn..
#mr. Statisticians
good luck bro :)
ReplyDeleteI datang lawat blog u mau tq u punya gambar ^^
ReplyDeleteMakna raya bagi saya ialah kita semua org dapat cuti, kalau ada jemputan open house, kita dapat pergi makan juga sambil menjalinkan hubungan yang lebih rapat dgn kawan...hehehe
I datang lawat blog u mau tq u punya gambar ^^
ReplyDeleteMakna raya bagi saya ialah kita semua org dapat cuti, kalau ada jemputan open house, kita dapat pergi makan juga sambil menjalinkan hubungan yang lebih rapat dgn kawan...hehehe