10 Julai 2013
1 Ramadan 1434H
Seronok tengok terawih malam pertama, masjid penuh sampai jemaah
melimpah keluar. Nak kata sebab aku baru jumpa jalan ke masjid time bulan puasa sampai masjid jadi penuh, tak logik jugak kan. Hah, maksudnya kita semua sama, hehe. Part kurang seronok bila budak-budak dah start bakar
mercun pung pang pung pang.
Sempena bulan Ramadan, waktu office hour sedikit berubah. Biasa, balik 545 petang, sekarang pukul 500 petang dah boleh on your mark, get set, go. Biasa lah, dugaan hari pertama puasa, duk ready-ready nak balik, bos pulak datang suruh siapkan bajet untuk training bagi second half 2013 dan 2014. Urgent katanya, nak kena submit hari ni. Layan je lah, tak baik derhaka kan? Tup tup, kena balik lewat sikit dari yang dirancang. Rosak plan nak gi beli barang dapur dan masak untuk first day puasa. Betullah, kita hanya mampu merancang, Dia yang berkuasa menentukan segalanya.
Alang-alang dah plan nak gi shopping barang dapur, maka aku turutkan kata hati, penuhi hajat untuk ke pasaraya Hero. Barang-barang dah list siap-siap, tapi list dalam lima enam benda, kenapa time beli jadi sembilan sepuluh benda? Ajaib. Part paling lawak, time nak beli ayam. Ambik sekor ayam, timbang, then suruh orang yang jual tu potong.
"Potong empat ye", aku cakap dengan nada konfiden
"Hah, yang ni potong empat", dengan nada sinis cakap kat member dia
"Potong berapa? Empat?", sekali lagi dia duk ulang suara sambil gelak terbahak-bahak dengan member dia. Cis
"Potong besar-besar, bukan potong kecik", aku mula cover, dah konpius betul ke tak aku cakap tadi,lol.
Aku rasa time tuh muka dah merah padam macam traffic light dah. Bila pikir balik, jadi konpius. Betul ke dak ayam boleh potong empat? Adeh! Potong lapan pernah dengar jugak. Dah siap potong, cepat-cepat aku blah. Malu beb, malu. Hah, ni la dia jadinya bila orang yang jarang gi pasar mengada nak gi pasar. Apa dehal, janji konfiden. Takpe, kita takkan belajar sesuatu kalau kita tak pernah buat silap.
Memandangkan sampai rumah dah lewat, nak masak konpem tak sempat. Nasib baik ada bazar Ramadan kat bawah flat. Ada la dua tiga gerai yang masih berniaga. Antara yang ada, nampak gerai nasi kerabu yang paling mencuit hati.
"Nasi kerabu satu", order dengan tergesa-gesa sebab dah lewat.
Tauke kedai duk sibuk layan pelanggan yang lain. Eh, dengar diorang duk cakap dalam loghat Klate. Apa lagi, terus aku tukar slang. Dah tak sorok bau budu.
"Nasi kabu so deh. Buh solok ngan lauk aye", hah ni baru tak berpintal lidah.
"Sambal lebih deh", aku menyampuk time dia duk membungkus nasi.
Siap bungkus, aku terus tanya, " Brapo ya?"
"Tujuh ya (RM7)"
Terkejut jugak aku dengar. Biasa kalau beli nasi kerabu daging bakar, telur masin, solok lada pagi-pagi dulu paling mahal RM6. Nasi kerabu sedap di Kampung Baru pun RM6. Aish...
"Brapo?", buat-buat ulang tanya. Saja nak test kalau-kalau dia silap kira.
"Nasi tigo ya, solok siya, ayam tigo ya," terus dia bagi details. Nasib baik tak bagi resit je.
Aku hulur note RM10 sambil fikir, mahal jugak datang beli lewat pun. Ingat ada diskaun ke apa, keh3. Dah dapat balance, terus cabut balik rumah. Panjat tangga sampai tingkat 6,huh tiba-tiba rasa kurus.
Alhamdulillah, nasib baik nasi kerabu RM7 tuh sedap. Ingatlah peniaga bazar Ramadan sekalian, kalau berniaga makanan tuh, mahal tak kisah asalkan sedap. Sebab, lidah tak pernah menipu dalam merasa.
0 Comments