14 Julai 2013
5 Ramadan 1434H
Hari Ahad, hari bermalas-malasan. Hari rilek-rilek sedunia. Niat di hati macam nak masak tomyam untuk berbuka. Tapi, malas punya pasal, niat terkubur begitu saja. Malasitosis, penyakit paling bahaya. Apepun tak boleh. Takde penawar, takde ubat melainkan ada antidot rajin.
Ronda-ronda di gerai-gerai di kawasan tempat tinggal. Herm, tengok apa yang ada, beli apa yang patut. Paling menarik perhatian, akok. Bulan puasa dan akok tiada terpisah. Nampaknya, harga akok sekarang sudah mencecah 50sen sebiji. Kuih-muih pulak dah 5 biji RM2. Dua kali jugak ulang-alik dari hujung ke hujung. Blurr, tak tau nak beli apa. Akhirnya, sekali lagi beli nasi kerabu untuk juadah berbuka. Kali ni, beli nasi kerabu daging bakar bersama solok lada,cuma RM4.70. Berpatutan. Paling penting, sedap. Dek kerna kempunan nak makan akok, rembat akok RM2 (4 biji) dan juga roti John kecil RM2.30. Cuma konpius bab air, kenapa banyak-banyak perisa air yang ada dijual, aku pi beli sirap selasih? Adoyai. Mabuk barangkali.
Suasana terawih di Masjid An-Najihin meriah seperti biasa. Cuma, jemaah dah makin surut sikit. Mungkin sebab hujung minggu. Ramai yang berada di luar kawasan.Pesta mercun makin berleluasa. Kadang-kadang terkejut beruk jugak aku dibuatnya. Duk rilek-rilek jalan, tiba-tiba "pang" bunyi. Lemah jantung beb.
Ok,get ready untuk sahur. Kalau rajin ingat mau masak. Kalau malas, minum air saja. Isnin, selamat datang!
Ok,get ready untuk sahur. Kalau rajin ingat mau masak. Kalau malas, minum air saja. Isnin, selamat datang!
0 Comments