#DRPB : EPISOD 7

16 Julai 2013
  7 Ramadan 1434H

Best betul lunch tadi, lemak manis je juadah yang disediakan. Lunch dengan apa? Lunch dengan santapan rohani. Kali ini tazkirah disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh beliau, berkisarkan tentang Kisah Ramadan. Gegak-gempita satu dewan. Ustaz ni memang slumber, ada je lawak sepanjang ceramah berlangsung selama 1 jam. Boleh tahan jugak punch line dia. Paling tak boleh percaya, dia pun tahu pasal video Puteri Awani, adeh. 


Sekadar perkongsian, kat sini ada beberapa perkara yang telah disampaikan oleh beliau. Antaranya, syarat untuk berubah adalah ilmu. Orang yang nak berubah ke arah kebaikan kena hadir ke majlis ilmu. Sampai satu tahap, beliau pernah turun ke Downtown bersama Sham Kamikaze dan Heliza untuk mendekati anak-anak muda. Dari pukul 11-1 pagi mereka cuba sampaikan ilmu kepada anak-anak muda yang rata-rata datang melepak. Kagum dengan usaha dakwah beliau.


Menarik bila beliau cakap, Ramadan adalah 1 bulan yang boleh dianggap sebagai sekolah,iaitu untuk mendidik kita semua. Katanya, 11 bulan akan datang, bergantung kepada persediaan kita di bulan Ramadan. Mungkin sekarang, dah ramai yang mula solat berjemaah di surau/masjid, tapi untuk 11 bulan berikutnya, belum tentu. Herm, tertampar dengan penjelasan yang diberi. Muhasabah diri kejap.


Katanya lagi, hanya di bulan Ramadan orang buat ibadat lebih ramai daripada orang buat maksiat. Contoh ketara dia cakap, cuba tengok makmum/jemaah di surau/masjid, adakah suasana ini sama dengan 11 bulan yang lain. Ya, setuju. Memang tak sama. Mungkin Ramadan adalah platform terbaik untuk kita berubah. Namun, perubahan itu perlu nya izin Allah selain dari dua faktor utama iaitu (1) environment yang bagus dan (2) kawan yang bagus.


Pesan Ustaz, jangan lupa berdoa di setiap malam di bulan Ramadan kerana pada salah satu malamnya akan berlaku Lailatulqadar. Dia cakap, paling malas pun nak bangun solat tahajud, celik mata kejap, cubalah berdoa kerana Ramadan itu bulan yang mustajab untuk berdoa. InsahAllah, sama-sama kita amalkan mana yang mampu. Tak dapat buat semua, jangan kita tinggal semua. Walaupun penyampaian ustaz ni memang sempoi, santai, tapi terkesan di hati.


Alhamdulillah, hari ni dapat dua berita baik. Pertama, menang peraduan blogging anjuran Telekom Malaysia untuk program Mencari Ramli Musim Ke-2. Dengan itu, dapat lah barangan Manchester United bernilai RM350. Ke-duanya, time balik dari kerja tadi, dapat e-mel untuk advertorial post di blog.Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadan.


Mood happy, jadi semangat nak masuk dapur dan bertukang. Resepi hari ni adalah paprik ayam. Ok, momentum di dapur sudahpun menjelma. Esok lusa, boleh cuba menu lain lagi. Target untuk bulan Ramadan tahun ni, nak cuba masak sebanyak mungkin menu-menu yang tahu dan juga menu-menu baru. Hidup mesti kena terus belajar dan belajar. Semoga semangat ini bukan hangat-hangat tahi ayam cuma.



Post a Comment

2 Comments

  1. TAHNIAH TUAN.

    Kalau lebih ramai orang bersemangat seperti Ustaz ini pasti Malaysia lebih aman.

    ReplyDelete
  2. daddydee:
    betul tuh, klu dengan cara dia sampaikan ceramah, tak mustahil ramai anak-anak muda yang akan suka mendengarnya

    ReplyDelete