#DRPB : EPISOD 8

17 Julai 2013
  8 Ramadan 1434H


Hari ini hari menjawab panggilan telefon. Pertama berkaitan dengan kehadiran ke press conference dan prize giving ceremony untuk blogging contest Mencari Ramli 2. Nampaknya, tak dapatlah nak join sebab event tuh hari Jumaat, pukul 11pagi. Kebetulan supervisor sekarang berada di UK, so memang tak dapat nak mintak cuti. Ke-dua, berkaitan dengan aktiviti sukarelawan. Memandangkan sekarang takde event-event berkaitan blog di hujung minggu, jadi cuba melibatkan diri dengan aktiviti sukarelawan. Motif? Hilangkan bosan takde buat apa-apa di hujung minggu dan timba pengalaman yang baru. Finally, terisi jugak jadual. 20hb majlis gotong-royong bubur lambuk. 21hb bawak adik-adik (anak yatim) shopping baju raya. 24hb majlis berbuka puasa bersama adik-adik dari rumah anak yatim. Semoga takde aral melintang untuk join kesemua program yang telah diaturkan.
Alhamdulillah, hari ni dapat bubur lambok. Head of HR datang agih di office. Dapatlah merasa bubur lambuk for the first time untuk bulan Ramadan. Balik rumah, sempat jugak berkungfu di dapur. Kali ni try masak telur bungkus for the first time. Nak masak ayam tu mudah, part nak bungkus ayam guna telur tuh yang susah. Adeh! Mencabar betul. Terus aku terpikir, patutlah telur bungkus kat kedai makan mahal, ni mesti kes susah nak bungkus. Perlukan skill, lol. Nyaris nak guna salotep dah tadi, bungkus macam hadiah, kah3. Nasib baik sedap. Makan dengan bubur lambok sebab malas nak masak nasi.


Sedar tak sedar, dahpun seminggu kita berpuasa. Lagi tiga minggu yang tinggal. Harap-harap, semoga Ramadan kali ini dapat ditempuhi dengan penuh makna. Amin

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam ramadhan & selamat Bepuasa dik..

    Sekejap je kan dah masuk seminggu lebih kita berpuasa..

    ReplyDelete
  2. Cik Nurul Siezuka:
    Salam Ramadhan jugak untuk kak Nurul
    betul tuh, cepat je rasa
    pejam celik pejam celik, tak lama lagi dah sambut raya

    ReplyDelete