Pada 13 Julai 2013 yang lepas, iaitu pada hari Sabtu, sekali lagi aku berkesempatan untuk bertandang ke Shazana Pau Shop & Cafe yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Aku dah pernah cerita pasal restoran ni dalam entri yang lepas. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh terjah ke sini: Buffet Ramadan 2013 Shazana Pau Shop & Cafe
Untuk kali ke-dua ni, aku pergi dengan beliamuda atas jemputan Kak Lily untuk majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Kasih Bestari dan Nur Zaharah. Sayang la akak ni sorang, bab-bab makan memang dia selalu jemput. Terharu, sob3.
Apa yang aku tahu, event berbuka puasa macam ni diadakan tiap-tiap tahun kat sini. Dah jadi macam annual event. Ye lah, sempena hari baik bulan baik ni, apa salahnya kita meraikan adik-adik ni semua kan? Paling kurang, kita bagi kegembiraan kepada mereka. Kalau nak tahu, event tahun ni agak special dengan kehadiran selebriti tanah air untuk memeriahkan suasana. Nak tahu sape yang join sekali? Hah, boleh scroll down ke bawah.
Aku sampai kat sini dalam pukul 630petang. Tu pun lepas ronda-ronda di param Kampung Baru. Sebab hujan duk kejar, terus menapak ke lokasi. Tengok penganjur duk sibuk setup apa yang patut. Tak lama lepas tuh, adik-adik dari kedua-dua rumah anak yatim sampai ke lokasi. Sempat jugak snap suasana sebelum berbuka.
Semua cantik bergaya malam tuh. Seronok betul berbuka puasa beramai-ramai. Lagi seronok bila macam-macam juadah istimewa dari Shazana Pau Shop & Cafe dihidangkan kepada semua tetamu yang hadir.
Berbuka dengan kuih-muih tradisional. Kuih ketayap ada, seri muka ada, samosa ada, kek lapis pun ada. Tak ketinggalan feveret aku, cupcake red velvet. Pavlova dan choch cupcake pun ada. Oh, syok habis.
Kali ni aku tak lepaskan peluang untuk try laksa Johor. Perghhh, sedap bak ang. Ini first time aku try. Kuah dia pekat, kaw kaw punyerr. Tak lengkap berbuka kalau tak pekena nasi. Macam pergi arituh, nasi beriani memang tak miss. Marvellous! Macam-macam menu lagi ada, dari kuih tradisional, sampailah ke western, hinggalah ke ABC pun ada. Menu berbuka puasa kat sini berubah-ubah mengikut hari, boleh refer facebook Shazana Pau Shop & Cafe
Malam tu ramai jugak blogger yang datang. Antaranya kak Yana Yassin dan pasangan. Eh! Dan mom and dad wannabe iaitu kak Ruby dan encik superman, bro Naim. Kalau dah jumpa diorang ni, macam-macam la duk borak. Silap haribulan, time duk tengah syok makan boleh tersembur keluar, haha.
Tu dia, adik-adik beratur ambil juadah berbuka daipada selebriti yang hadir. Masing-masing tersenyum-simpul. Lepas majlis berbuka, adik-adik diberi duit raya. Antara selebriti yang datang adalah Aril AF, Ayu OIAM, Shiha Mentor, Lutfi dan beberapa orang lagi *tak kenal, wakakaka* Seronok je tengok adik-adik senyum dapat duit raya. Awal benor dapat duit raya, puasa baru berapa hari, hehe.
Kalau datang berbuka kat sini, jangan bimbang. Nak solat maghrib, ada ruang solat yang disediakan. Tak pun, masjid dekat je. Nak terawih lepas berbuka pun cun juga. Masjid Jamek, Kampung Baru.
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut memang suka hati. Apa lagi, lepas kenyang makan, bergambar kenang-kenangan la pulok. 4 jejaka paling macho pada malam tuh, kah3.
Inilah barisan kita. Antara bloggers yang datang. Terima kasih kepada pihak penganjur atas menu-menu berbuka yang lazat. Alhamdulillah. Tahniah jugak sebab berjaya buat majlis amal macam ni. Keep it up, semoga mendapat ganjaran dariNya, amin.
Dalam syok-syok duk bergambar, tiba-tiba Aril datang mencelah. Nak join bergambar katanya.Ce tengok background, nice kan? Best makan kat sini, boleh nampak KLCC melambai-lambai, grrr.
Tengok balik gambar ni, aku konpius. Ruby histeria jumpa Aril ke, Aril eksited jumpa Ruby, hahaha. Baru perasan, time ni kak Yana dah balik eh? Patut lah takde dalam gambar.
Ini first time tahu pasal Lutfi. Sempat chit-chat lepas dia bagi CD untuk promosi single terbaru yang berjudul Cinta Tiada Lagi. Nanti boleh la share lirik lagu kat blog untuk next next entri. Nak dengar, boleh search di youtube.
Selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua. Member-member yang rasa nak try berbuka puasa kat sini, boleh la buat tempahan. Maklumat lanjut, boleh check entri kat sini
Credit photo: Ruby and Husband
2 Comments
MERIAH MAKANAN..
ReplyDeletefairus:
ReplyDeletememang meriah
kalau mai Kampung Baru, boleh try