BLOGGER : Siapa Dkna Abza?

Segmen blogger edisi pertama blog ni menampilkan Kak Ayu sebagai blogger pilihan. Kalau nak tahu cerita pasal Kak Ayu dan nasi kerabu bunga tanjung, boleh baca sini


Kali ni, aku terpanggil nak bercerita pasal Dkna Abza. Seriously, aku tak pernah pun baca blog dia. Sebab, dunia blogger ni luas, so tak kenal pun siapa dia. Aku pun, 1000% yakin dia pun tak pernah kenal aku dan baca blog aku.


Nak dijadikan cerita, aku pernah jumpa Dkna dan Miekael (tunangnya pada masa tu) time makan-makan di Wangsa Walk lepas kitorang main bowling blogger coffee talk. Macam biasa, kalau tak kenal di alam maya, tak pernah berinteraksi di blog atau mana-mana social media, lepas jumpa tu baru aku akan follow twitter/instagram.


Nak dijadikan cerita lagi, time belek-belek instagram, ternampak gambar dalam instagram Miekael dia letak location "Melor". Aku pun terdetik dalam hati, "weh, kampung aku tuh. Ore klate jugok ko dio nih? Ingat ko ore Putrajaya". Hah, korang dengar tak apa hati aku cakap? Konpem la tak dengar, sebab korang baca, keh3. Lepas tu, aku pun start la tnya. Rupa-rupanya, Dkna yang asal dari Melor. Oh, kecik sungguh dunia ni.


Nak dipendekkan cerita, kebetulan mereka nak kahwin time cuti raya tuh. Ada jugak dapat jemputan kat fb. Lagipun dah hari-hari berkomentar di instagram, tak kan tak nak pergi kan? Kecik pulak hati Dkna, dah la tuan dia pun memang kecik, lol. Sampai kat rumah petang Sabtu tu, 3hb Ogos 2013, aku pun tanya lah mak aku

Mek, rumoh sapo nok bekwoh dekat balai polis?

Mek ambo pun start la bercerita... Bo be bo be bo be... Tup tup dia cakap

Dia mari rumoh pagi tadi.. Wak mari ramo, nok suruh buat pulut

Eh? Terkejut beruk den. Macam tak percaya pun ada jugak bila dengar. Alahai, kecik betul dunia ni. Jumpa di KL, kenal di instagram/twitter, rupanya sekampung. Dan dan pulak, mari tempah pulut kat rumah. Hak3. Sekali fikir, fulamaaakkk. Cerita ni kalau buat cerekarama tv3 konfirm meletup rating. Grrrrrr


Ok, dah habis korang baca cerita ni? Ajaib kan? Kalau David Teo baca nih, silap haribulan dia ambik jadi movie, berjudul "Blogger Sekampung". Sebenarnya, saja nak share gambar-gambar time aku bertandang ke majlis persandingan Dkna Abza dan Miekael. Hari tu dah berpakat dengan bro Jamar nak pergi sekali. Tak segan sikit,haha. Dia sekeluarga bertolak dari Jertih. Time tu jugak lah first time jumpa Dayyan. Dah besar budak nih, comel pulak tuh. Next time, jangan lupa pergi rumah uncle pulak ye.


Selamat pengantin baru kepada Dkna dan Miekael

Rombongan pengantin lelaki. Miekael segak berkacamata hitam

Dkna Abza, tersenyum-simpul tunggu putera dari kayangan tiba

Raikan cinta: Dkna Abza dan Miekail berdua bersatu!

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Eh, jap. Sebelum korang makan kasik kitorang snap photo dulu.

Giliran Dayyan bersama daddy dan mummy nye

Chop chop chop
Giliran tukang taip mana?
Mesti lah ada jugak
Ambik berkat secupak dua



Jadi, sape-sape yang rasa nak kenal Puan Dkna Abza nih, boleh lah follow dia di blog, twitter, instagram mahupun di facebook.

Blog 
 
Facebook 
 
Twitter 
 
Instagram
 
 
Notakaki: Lepas ni, mungkin segmen blogger ni mungkin menjadi lagi aktif. Memandangkan semakin hari, semakin ramai aku jumpa dan kenal blogger-blogger hebat. Ramai lagi blogger yang aku nak cerita. Terutama sekali pasal blogger-blogger ohsem yang dah aku jumpa dan kenal time trip/event/makan-makan. Mungkin cuma masa yang akan menentukan bila dan siapa.

Post a Comment

35 Comments

  1. Dayyan oyak, nnt kelik kg, nok umoh abe penarberkala lok..tp nok gi makey nasi minyok gok la..supo ngn aunty dkna..

    ReplyDelete
  2. dkna pun ade dlm frend instagram aku... kawen dah kawan kita kan... ko bile lagi?

    ReplyDelete
  3. waaaahh... citer blogger sekampung pasti menarik.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. wah.. memang kecik dunia ni. hahahaha. rupanya member sekampung je.hehehe

    ReplyDelete
  5. JMR:
    bereh Dayyan, inshaAllah panjang umur, ada jodoh dapat lah jemputan nanti. Doa-doa lah blako,hehe

    ReplyDelete
  6. Sam Banjamin:
    kawen time raya hari tu bro
    aku? aku pun tak tau bila lagi,haha..
    dah kena plan nih

    ReplyDelete
  7. boni kacak:
    balik kampung pun tak pernah jumpa..
    di social media jugak baru kenal

    ReplyDelete
  8. mohamad khairul nizam:
    senyum sokmo :)

    ReplyDelete
  9. Tue ler pasal kan, dunia blogging nie luas betul. Padahal ekampung x kenal, sebab blogging boleh kenalan.

    ReplyDelete
  10. hoh.. saing sekapong ko tuh? molek bbena weh.

    ReplyDelete
  11. nak bekwoh oyak awal2 deh...sene dkna nak planing balik kampung make gulaaaaii hihiiii

    ReplyDelete
  12. Lawak kan...dkna tanyo 'long,pernah dgr dop penaberkala?,pernah.. Y? Dkna gi ghumoh dio..tempoh pulut! Kikiii. ..kecil je dunia ni. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami.

    ReplyDelete
  13. selamat pengantin baru untuk Dkna Abza dan suami, makin meriah raya tahu ni lah...

    ReplyDelete
  14. Salam perkenalan.. :)

    Best dapat jumpa blogger masa kenduri :)

    **Slamat Pengantin Baru Dkna**

    ReplyDelete
  15. YaNa Yassin:
    pelik tapi benar..
    cerita ni kena ingat sampai mati,haha

    ReplyDelete
  16. encikarman:
    dok skor pulok skapong,haha
    jadi kijo molek

    ReplyDelete
  17. Dkna Abza:
    inshaAllah Dkna..
    doa-doa biar cepat sampai jodoh

    ReplyDelete
  18. Kak Mahh:
    tu la Kak Mah, sekali fikir, nok suko jugok bila tringat balik,haha

    sama-sama Kak Mah
    Terima kasih atas jemputan
    sedap gulai arituh :)

    ReplyDelete
  19. Denaihati:
    aah kan, dulu beraya sorang, sekarang dah dapat beraya berdua

    ReplyDelete
  20. Myra Jay:
    Salam perkenalan..
    terima kasih singgah :)

    best jugak.. bukan selalu kan dapat pergi.. kebetulan time cuti raya

    ReplyDelete
  21. encikarman:
    uish, dok eh boh
    tak kenal pun sblum ni..
    kenal time event blogger jah..

    ReplyDelete
  22. Simple and sweet je, huhu tahniah DKNA

    ReplyDelete
  23. Zuan:
    alhamdulillah, diorang dah settle
    kita bila lagi? haha

    ReplyDelete
  24. Khairul Zamri:
    steady je dorang ni...
    style!

    ReplyDelete
  25. sohoque:
    baru kenal dam baru tau,haha
    tu lah keajaiban di dunia blogging

    ReplyDelete
  26. sama la ngan sya.. duk sembang2 kat fb.. lama2 terdetik nak tanya pasal family sbb duk daerah sama.. rupanya dia tu anak sepupu.. nk wat mcm mne, x pernah jumpa.. huhuu..

    Tahniah dan selamat pengatin baru tuk Dkna dan Miekael..

    ReplyDelete
  27. HiDa:
    tu lagi dahsyat...
    seb bek tak bergaduh je kan kat fb tu, klu tak sure malu nk jumpe

    ReplyDelete
  28. tq sebab komen di blog :-) syok jumpa blogger sebabnya kita share the same interest kan...

    ReplyDelete
  29. Ezna:
    ye, betul tuh
    asal blogger je,mesti suka snap gambar,haha


    ReplyDelete
  30. Salam perkenalan. Wah dapat pergi majlis perkahwinan Dkna. Saya membaca dari blog sahaja. Tanniah buat mereka berdua.

    ReplyDelete
  31. akubiomed:
    salam perkenalan bro
    tq singgah dan komen

    takpe, kita doakan semoga mereka bahagia sampai bila-bila :)

    ReplyDelete